Siapa kata duduk rumah apartmen tak boleh berkebun. Walaupun balkoni dia sangat terhad, Gee Ja berjaya tanam pelbagai jenis sayuran di balkoni rumahnya yang terletak di tingkat 10.
Kali pertama nak berkongsi di sini. Kebun kecil di balkoni tingkat 10, untuk bekalan makan sendiri & stress relief.
Angin kuat, pasu tergolek tu biasa. Saya tak guna pasu yang berat nanti susah nak alih-alih.
Balkoni saya agak terlindung, hujan memang tak kena, cahaya matahari pun agak terhad. Kena gilir-gilir alih pasu supaya semua sayur dapat cahaya yang cukup.
Sangkaan awal saya kalau bertanam di tingkat tinggi ni kurang perosak. Sebenarnya tidak. Banyak serangan aphid, spider mite (ni paling susah nak lawan), mealy bug & fungus
Kawalan serangga perosak organik
Setakat ni guna cuka kayu & juga buat spray cili+garlic+sabun cuci pinggan utk control. Tak berjaya sgt. Apa lagi ya yang boleh diguna? Saya tak nak guna racun.
Kepala & Kulit Udang Jangan Dibuang, Boleh Jadi Baja “POWER” Untuk Tanaman! Kebiasaannya bila siang udang, kulit dan kepala udang kita buang begitu sahaja, ataupun dijadikan ‘stok’ penambah rasa menyedapkan lagi masakan.
Rupanya selain digunakan dalam masakan, kepala dan kulit udang ini juga boleh dijadikan baja organik yang bagus untuk tanaman sebagai antibodi menguatkan pokok dan membantu melawan jangkitan fungus.
Nak tahu caranya bagaimana buat baja dengan kulit dan kepala udang ni, boleh rujuk perkongsiaan daripada Azuan Abdullah ini.
Bila siang udang tu, kepalanya jangan buang ya. Boleh buat baja power tau. Ada 3 cara nak buat baja kepala udang/kulit udang ni.
1. Rebus Kepala Udang
Yang paling mudah, kita rebus kepala udang tu hingga mendidih. Lepas tu biarkan sejuk. Asingkan air dan kepala. Air tu boleh siram terus atau nak simpan pun boleh.
Saya suka simpan dulu sebab ia jadi lagi power. Bau pun boleh tahan. Masa nak siram tu kena buat pencairan dulu ya. Kepala yang direbus tadi nak letak pada pokok terus pun boleh. Syaratnya kena kambus dengan tanah ya.
2. Sangai/ Jemur
Cara yang kedua, kita tak rebus pun kepala udang tu. Kita sangai/jemur terus hingga ia rapuh. Lepas tu tumbuk atau blender. Yang ni lagi power dari cara no 1. Boleh simpan lama buat macam ni.
3. Peram Gula Merah
Nak paling power boleh peram ia dengan gula merah. Kepala udang tadi tak perlu sangai/jemur, memadai tos je hingga air kering. Lepas tu peram dengan gula merah.
Lepas sebulan, tapis ambik airnya sahaja. Air ni memang padu sangat buat sembur kat pokok. Pokok cili kalau kena air ni, dia punya antibodi tu jadi kuat tau.
Nak guna kena tambah air 2-5 ml untuk 1 liter air bergantung pada umur pokok.
Info Ekstra!
Kulit udang memang bagus sebab mengandungi citosan. Pokok yang sakit cepat pulih.
IMPIANA: Menarik juga buat baja organik daripada kulit dan kepala udang ni. Sebelum ni selalu guna kulit telur, kulit bawang, air basuhan beras dan ikan, jadi boleh cuba kulit dan kepala udang pula nanti. Semoga pokok makin sihat dan subur hendaknya.
Laman Cantik Berseri Pilih Pokok Senang Dijaga, Tak Perlu Siram Selalu. Bagi pemilik kediaman yang mempunyai laman yang luas, pemilihan pokok-pokok untuk landskap laman sangat penting. Pilihlah pokok dan tanaman yang jenis senang dijaga serta tak perlu disiram selalu supaya ia kekal hidup subur menghijau di laman walaupun tanpa penjagaan rapi.
Laman indah milik Irwan Nurulini boleh dijadikan sumber inspirasi.
Saya share sikit laman saya. Saya newbie lagi. So saya akan pilih pokok-pokok yang senang untuk dijaga. Baja dan trim 2 minggu sekali InsyaAllah pandai la dia hidup sendiri.
1. Pokok Pagar (Eugenia)
Disebabkan rumah saya punye tembok rendah dan tak bole buat apa-apa renovation, saya tanam pokok pagar Eugenia. Pokok ni senang sangat tumbuh. Nak siram pun tak perlu hari-hari. Kalau 3 hari tak hujan tu bole lah nak siram. Kalau tak biar je dia hidup sendiri.
2. Skirting (Jasmine)
Untuk skirting, saya tanam pokok jasmine. Ni pun baja 2 minggu sekali. Kalau nak jimat pakai baja taik ayam pun ok sangat. Tahan bau jek la.
3. Belakang Rumah (Heliconia)
Untuk belakang rumah, saya tanam Heliconia. Ni dulu saya tanam memang berape batang je. Dalam masa setahun lebat dan berbunga. Ni just baja 2 minggu skali. InsyaAllah pandai di hidup sendiri. Trim je mane daun yang dah kering.
4. Tengah Laman (Kemboja, Thaumatococcus, Helicornia Batik)
Untuk main feature pokok di tengah laman, saya tanam Pokok Kemboja. Memang sangat mudah. Daun kering cabut je. Nanti laju akan tumbuh balik. Nak tambah cabang, kene potong ranting dia. Nanti naik cabang lain. Bunga dia wangi. Bunga dia bermusim gak. Kalau kene time banyak, banyak sungguh. Kalau tak daun je banyak.. Bawah kemboja saya tanam Thaumatococcus dan Helicornia Batik.
5. Tanaman Berpasu (indoor-Money Plant)(Outdoor- Garcinia)
Untuk pokok pasu, indoor punya saya tanam money plant. Siram seminggu sekali pun ok. Untuk pokok pasu luar, saya tanam pokok garcinia. Ni pun dalam 3 hari sekali boleh siram. Kalau tak hujan.
6. Rumput (Cowgrass)
Dan last sekali, rumput cowgrass. Ni memang rumput sedia ada. Sebelum ni plan nak tukar artificial/rumput karpet/Philipine/Japanese, tapi takpela, pakai je ni..sebab ni port main bunga api dengan main bola anak-anak. So kene rumput lasak. Cowgrass pun potong trim dan baja 2 minggu sekali.
Itu sahaja sharing dari newbie macam saya. Semoga bermanfaat. Kalau ade pokok-pokok mudah jaga boleh share. Mane tau nak tambah pokok..
IMPIANA: Memang cantik dan berseri landskap laman ini, ditanam pula dengan menggunakan pokok-pokok pula jenis mudah dijaga. Boleh menjadi inspirasi bagi yang berhasrat untuk buat laman seperti ini.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!