
TUTUP SUIS SELEPAS GUNA
Okay. Ini semua orang tahu, tapi sengaja saja mahu ingatkan. Suis apa pun, lepas guna terus tutup. Termasuklah charger telefon. Jangan tarik saja telefon dari pengecas sahaja tanpa menutup suisnya. Lampu, kipas, televisyen dan lain-lain pun termasuk juga.
TUKAR MENTOL
Gunakan lampu LED untuk lebih penjimatan elektrik. Lampu LED bukan sahaja menggunakan kurang tenaga elektrik, malahan tidak memerlukan masa untuk warm up sebelum menyala. Lampu LED juga lebih tahan lama berbanding lampu biasa.
CAHAYA SEMULA JADI
Pada waktu siang, kalau boleh banyakkan guna cahaya matahari berbanding cahaya lampu. Buka tingkap dan selak langsir supaya cahaya matahari dapat menerangi kediaman anda tanpa bantuan lampu.
GOSOK BAJU DALAM KUANTITI BANYAK
Seterika anda memerlukan banyak tenaga elektrik untuk panas. Jika anda buat hari-hari dalam jumlah yang sedikit, jumlah tenaga yang anda perlukan berlipat ganda berbanding jika anda seterika pakaian dengan banyak dalam satu masa sahaja.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ini Cara Mudah Hilangkan Bau Melekat Dalam Bekas Makanan

Selalu sangat kan lepas kita mencuci bekas makanan atau ‘tupperware’ tu, bau kurang enak masih tak hilang. Apa cara nak hilangkan bau kurang enak ni? Jangan risau, dengan menggunakan beberapa bahan semulajadi ni, bekas makanan anda confirm berbau wangi kembali!
1. BAKING SODA
Gunakan baking soda atau serbuk penaik untuk menyerap dan menghapuskan bau.paling berkesan!
Caranya mudah, campurkan soda dengan air suam, kemudian gosokkan pada bahagian dalam bekas makanan yang berbau. Biarkan seketika dan bilas.
Jika masih berbau, biarkan ia terendam dalam larutan soda penaik dengan lebih lama, iaitu lebih kurang semalaman.
2. SURAT KHABAR
Gunakan surat khabar lama yang telah diramas dan direnyukkan. Sumbat ke dalam bekas makanan yang kering dan telah dicuci. Tutup penutupnya dan biarkan semalaman.
Jangan lupa cuci dan bilas sedikit bekas tersebut sebelum menggunakannya kembali.
3. CUKA
Selain 2 bahan di atas, cuka juga adalah egen pencuci semulajadi yang efektif.
Setelah mencuci bekas makanan atau minuman anda dengan sabun pencuci, tuangkan cuka ke dalam bekas dan biarkan selama lebih kurang 3 minit untuk menghilangkan bau kurang enak.
Kemudian, buang cuka dan bilas semula dengan sabun dan bilas dengan air.
4. GARAM
Selepas mencuci bekas makanan, taburkan secubit garam ke dalamnya. Tutupkan bekas dan biarkan selama 1-2 jam.
Secara semulajadi, garam akan bertindak menyah bau makanan atau minuman yang masih tertinggal.
5. PERAHAN LIMAU NIPIS/LEMON
Perahkan limau nipis atau lemon dan gosokkan limau berkenaan ke seluruh bahagian dalaman bekas tupperware. Biarkan sebentar sekitar 2-3 minit dan bilas semula dengan air bersih.
Lemon bukan sahaja membantu menghilangkan bau tetapi juga boleh digunakan bersama garam untuk menghilangkan kotoran degil yang masih tersisa.
6. SERBUK TEH
Satu lagi bahan semulajadi yang mampu menyerap aroma dengan pantas adalah teh. Anda boleh menggunakan serbuk teh yang telah digunakkan atau belum.
Setelah bekas dicuci, letakkan uncang teh ini dan tutup bekasnya hingga bau kurang enak itu hilang.
7. JEMUR TENGAH PANAS
Paling mudah! Jemurkan bekas makanan yang telah dicuci tadi di bawah sinaran matahari.
Anda akan dapati tiada lagi bau yang tersisa di dalamnya.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(VIDEO) Ramai Tak Tahu Periuk Non-Stick Antara Punca Penyakit Barah, Ini Sebabnya

Semua orang tahu akan kepentingan makanan yang berkhasiat. Tapi ramai yang tidak sedar dan tidak tahu bahawa peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan berkhasiat juga sesuatu yang penting. Walaupun anda menggunkan bahan yang organik, dari sumber yang segar berkhasiat serta terhindar dari sebarang racun dan pengawet, Ia juga bakal menerima kesan yang buruk jika memilih peralatan memasak yang salah
Oleh itu, anda wajib tahu apakah peralatan masakan yang terdapat di dapur anda yang membahaya dan mengundang toksik di dalam makana. Jika dah tahu, lepas ini anda perlu elakkan dari menggunakan peralatan tersebut Umum tahu bekas plastik, pinggan yang bercorak atau berwarna membuat anda terdedah kepada bahan toksik. Tapi tahukah anda bahawa periuk atau kuali non-stick yang terdapat di dapur menyebabkan anda lebih terdedah kepada bahan bertoksik di dalam makanan?
Periuk non-stick atau tidak lekat sentiasa menjadi pilihan bagi anda yang cuba mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Peralatan masakan non-stick ini juga dikenali sebagai Teflon. Setiap perkakas masakan teflon dilengkapi lapisan PTFE atau Polytetrafluoroethylene. Ia merupakan lapisan plastik polimer yang mudah membebaskan toksik apabila tertdedah kepada kepanasan haba 572oF.
Kesan toksik ini akan menyebabkan penyakit yang diberi nama Teflon Flue. Pesakit akan mengalami suhu tinggi di dalam badan dan pening kepala. Ini kerana, kesan toksin yang terbebas di dalam makanan ketika menggunkan perkakas teflon menyerang sistem paru-paru. Selain itu juga, pesakan akan berasa sesak nafas dan ruang dada yang sempit hingga menyebabkan batuk.
Satu lagi bahan kimia yang digunakan untuk membentuk dan menghasilkan peralatan memasak taflon adalah PFOA atau Perfluorooctanoic asid atau C8. Bahan toksik ini akan kekal mendiami tubuh kita dalam satu tempoh yang lama jika ia terbebas di dalam makanan.
Kesan menunjukkan kandungan toksik ini yang terpendam di dalam badan menjadi salah satu pencetus kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser payu dara, Prostate dan kanser ovari
Walaupun terdapat kajian menunjukkan bahawa kandungan PFOA hanya sedikit di dalam peralatan masakan teflon dan tidak mengancam kesihatan manusia, kandungan toksik ini boleh dijumpai di dalam peralatan dan bahan lain yang anda gunakan secara harian antaranya ialah air minuman.
Oleh itu, sebaiknya kurangkan pendedahan diri kepada bahan toksik ini. Sebagai pilihan, apa kata anda gunakan peralatan masakan yang di lapisi atau diperbuat daripada granit atau cast-iron. Kedua-dua bahan ini tidak membebaskan sebarang toksik walaupun dalam suhu yang amat panas.
Sumber: https://mommingschool.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Perunding Hartanah Kongsi Susun Atur Ruang Rumah Apartment Yang Praktikal, Jangan Lupa ‘Check’ Kiblat

Perunding hartanah kongsi susun atur ruang rumah apartment yang praktikal, jangan lupa ‘check’ kiblat. Apartment adalah sejenis rumah bertingkat tinggi (high-rise) yang memang biasa di Malaysia, dan telah wujud berabad lamanya. Kediaman jenis ini ditawarkan dengan unit bertaraf rendah pada harga yang berpatutan.
Sebuah apartment atau pangsapuri ‘dikawal’ dan berada dalam kawasan pagar, serta lebih dari lima tingkat. Ia dilengkapi dengan lif dan disambungkan dengan ruang letak kereta di luar.
Apartment mempunyai kemudahan asas seperti taman permainan dan kawasan landskap. Kediaman jenis ini didatangkan dengan status kediaman (strata) dan dilindungi oleh HDA.
Jika anda pemilik sebuah apartment, pernahkan anda terfikir cara yang praktikal untuk mendekorasikan kediaman anda? Apakah dekorasi yang sesuai dan terbaik agar kediaman dengan keluasan terhad ini dapat disempurnakan dengan baik demi keselesaan penghuninya?
Berikut perkongsian bermanfaat daripada perunding hartanah, Azizul Azli Ahmad
APARTMENT YANG BAIK?
1. Ini antara contoh susun atur ruang bagi sebuah apartment yang baik. Apartment ini hanya rumah mampu milik sahaja.
2. Dengan ruang terhad, arkitek berjaya bahagikan ruang ini kepada tiga zon ruang yang jelas.
*Public
*Semi public
*Privasi
3. Ruang dapur sedikit tertutup dan menghalang pandangan orang lain.
4. Kedudukan ruang makan menjadi pengikat antara ruang dapur dan ruang tamu.
5. Zon bilik jelas dan terjaga privasinya ketika pintu bilik dibuka.
6. Kedudukan bilik airnya juga baik untuk penghuninya.
Sebagai catatan tambahan, sebagai Muslim, buat semakan kedudukan kiblat kita di mana nantinya. Lebih manis jika kita solat, tidak menghadap bilik air kita.
Elakkan membeli unit studio soho, sovo, sofo sebagai kediaman pertama anda. Ia bukan pulangan yang baik bagi sebuah pelaburan.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI