Mencuci jubin terutamanya di dapur mahupun bilik air bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Lebih lagi jika ada kotoran yang sudah lama tidak dicuci atau degil. Oleh itu, sedikit tekanan atau tugas menyental perlu dilakukan.

Tahukah anda, Menyental akan mengakibatkan permukaan jubin anda calar dan menghakis lapisan perlindungannya? Ada yang mengambil langkah mudah dengan menggunakan bahan peluntur berat untuk mencuci kotoran degil pada jubin. Namun, masalah lain pula yang timbul. Ia memberi ancaman kepada kesihatan.

Jadi apakah cara yang paling berkesan untuk mencuci jubin di bilik air dan dapur tanpa perlu menyental dengan teruk dan tidak membahayakan kesihatan? Apa kata kita guna bahan ajaib yang banyak membantu dalam tugas-tugas pembersihan di rumah iaitu baking soda. Namun sebelum menggunakan nya, anda perlu campurkan dengan beberapa bahan lain untuk menjadikan ia lebih berkesan.

Ads

Guna Bahan Dapur Untuk Mencuci Jubin Dengan Kotoran Degil

Caranya:

Ads

Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.

Tip tandas sentiasa bersih dan wangi:

Ads
  1. Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
  2. Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
  3. Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
  4. Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
  5. Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.

Panduan Menghias Bilik Mandi:

  1. Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
    Pasang cermin muka di dinding bilik air.
  2. Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
  3. Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.

Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak:

  1. Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
    Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
  2. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
    Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI