{VIDEO} MakeOver Ruang Tamu & Ruang Makan. Dah lama berkurung dalam rumah dah mula rasa bosan dengan dekor dalam ruang rumah anda. Impiana ada banyak tip menarik dengan video yang mampu memberi inspirasi pada semua.
Sebut sahaja Elyza’s pasti semua akan terbayang langsir bukan? Owh! kali ini IMPIANA nak kongsikan tip menarik bersama Elyza’s, bukan hanya langsir malahan 1001 tentang dekorasi yang Elyza’s tawarkan kepada anda semua.
Kalau nak tahu apa dia tengok video ni sampai habis. Raya nak dekat ni sesuai la… kalau nak makeover ruang tamu & ruang makan anda.
Elayza’s menawarkan pelbagai perkhidamatan untuk kediaman anda, pendek kata macam One stop center untuk kediaman anda. Usah bimbang mana nak cari tempat hiasan kediaman anda untuk raya tahun ini.
Tak perlu la tunggu raya, yang mana baru dapat kunci rumah pun dah boleh ke Elyza’s. Pemilik rumah yang dan bosan dengan dekor lama rasa macam inginkan nafas baru dalam kediaman anda ini lah masanya.
Menghias rumah adalah satu keperluan yang amat penting masa kini. Sebagai mana yang kita tahu menghias rumah kini menjadi satu perkara utama. Bahkan pula kini kita semua banyak menghabiskan masa dirumah berbanding di luar.
Rumahlah tempat paling indah jika anda inginkan sebuah ketenangan dan keharmonian berpanjang. Tatarias yang sempurna amat penting bagi menyempurnakan gaya kehidupan kita seharian.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Pembasmi Semut Dan Lalat “Homemade” Guna Cuka Dan Sabun Pencuci . “DI MANA ADA GULA, DI SITU ADA SEMUT.” Peribahasa ini sangat sinonim dengan kehidupan kita seharian kan. Ini bermakna ceruk mana pun kita duduk, selagi ada sumber makanan, semut akan datang. Plastik makanan nak-nak gula yang belum buka pun semut boleh masuk.
Kita pun beli lah bekas kedap udara yang mahal-mahal untuk simpan gula. Tiba-tiba terlupa nak tutup pulak kan.. dah ada road tour baru untuk semut. Macam-macam produk dah digunakan untuk mencegah dan menghapuskan semut. tetapi masih tidak berjaya. Kenapa perkara ini berlaku?
1. Semut dapat kesan sisa makanan terutamanya gula walaupun saiz nya hanya sebesar habuk.
2. Semut akan merembeskan bahan kimia untuk satu perjalanan yang baru. Jadi apabila ada makanan yang di kesan, semut akan pulang ke sarang dan inform koloni dia. Nanti ramai-ramai semut ke tempat makanan yang baru dijumpai tadi dengan menggunakan laluan yang telah ditinggalkan kesan kimia.
3. Anda tak musnah atau ambil tindakan terhadap semut yang kelihatan berseekoran. Tahu tak, sebenarnya mereka sedang mencari makanan baru untuk dijamu koloni. lain kali. musnahkan segera.
4. Segera musnahkan koloni semut yang dijumpai. Kalau tidak, jumlah koloni bakal berkembang biak pulak kalau tindakkan segera tak diambil.
Untuk membantras semut di dalam rumah, anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh yatieimra di Facebooknya
Bahan-bahan:
¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
Cara-cara:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
Cara menggunakan spray:
1. Spray di kawasan laluan semut secara kerap. Memang lepas spray, kimia yang dihasilkan oleh semut akan hilang, tapi semut akan hasilkan laluan lain.
2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak.
3. Jadikan semburan untuk mencuci dapur selepas masak
4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).
5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh mati kalau terkena)
6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.
Kucing jiran membuang hajat di laman rumah anda? Anjing jiran sepahkan sampah depan rumah anda? biasa lah, nama pun hidup berjiran. Memang tidak akan lari dari masalah bukan sahaja sesama manusia yang mempunyai akal, namun pada haiwan peliharaan nya juga.
Yang boleh tahan, ANDA HEBAT. Tapi, yang dah tak sanggup hingga menyebabkan kerosakan harta benda, ini perkongsian peguam hartanah Syazwan Mohd Jafri
Bila sebut hal hartanah, pastinya tidak boleh lari dari hidup berjiran. Hidup berjiran, pasti timbul isu haiwan peliharaan, kucing dan anjing terutamanya. Mungkin isu sensitif terhadap sesetengah, tapi penting untuk tahu. Saya cuba ringkaskan dan straight to the point.
Antara undang-undang di Malaysia yang menyebut tentang tanggungjawab Pemilik haiwan peliharaan (bagi pemilik anjing) adalah:-
Seksyen 6 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336): Jangan biarkan anjing peliharaan mengejar orang.
Seksyen 7 Akta 336 – Jangan biarkan anjing peliharaan menyebabkan bahaya atau merosakkan harta benda.
Seksyen 8 Akta 336 – Jangan biarkan anjing peliharaan menyerang atau menakutkan orang.
Jika biarkan juga dan didapati bersalah, boleh didenda RM100 jika jiran report polis.
Untuk kucing pula, undang-undang lebih umum iaitu Seksyen 80 dan 81 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) – Jika pemilik kucing biarkan si bulu mereka berkeliaraan dan berak merata (contohnya), dikira “kacau ganggu” dan jiran boleh report ke Pihak berkuasa tempatan.
Jika jiran-jiran mendapati haiwan peliharaan menganggu mereka, sememangnya mempunyai hak untuk mengadu. Maka tanggungjawab adalah pada kita sebagai pemilik untuk memastikan si bulu dan si comel kita, tidak menganggu mana-mana pihak. Pelihara haiwan, dan Pelihara keharmonian kejiranan juga.. Maka jelas lah undang-undang berkait dengan haiwan peliharaan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dinding Merekah Dan Ade Kesan Paku, Sumbat “Wall Plaster” Ni Je. Memang sakit mata tengok dinding yang ade kesan paku, sompek atau merekah. Mesti ramai yang buntu tak tahu nak buat macam mana. Ramai yang hanya terfikir nak tutup dengan tampalan simen baru. Betul tak?
Sebenarnya ada cara lebih mudah dan cepat yang boleh anda lakukan.Apa kata gunakan wall plaster dalam tube ni.
Selain digunakan untuk menutupi lubang-lubang paku dan rekahan, ia juga boleh digunakan sebagai penyelesaian grout atau celah jubin yang dah tercabut. Nak buat coreection pada dinding yang tersalah tebuk pun boleh je guna wall plaster khas ni.
Nak beli wall plaster khas ni boleh klik link ni je. https://invol.co/cl9uw1i. dekat kedai ni paling murah, harga tak sampai RM4 dan telah terjual lebih 60k unit
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.