
Akhir-akhir ini harga durian melambung tinggi. Ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi namun penghasilannya masih rendah. Permintaan yang secara tiba-tiba menjadi tinggi ini disebabkan oleh durian mula dieksport ke luar negara.
Sedar akan kehendak dan keperluan ini, ramai yang mengambil keputusan untuk menanam sendiri durian. Tapi kalau tanam durian dari anaknya, lambat pula untuk mendapat hasil. Bagi anda yang telah mempunyai dusun durian atau ada yang saja suka-suka ingin menanam durian, anda digalakkan untuk melakukan cantuman dewasa atau kahwin pokok dewasa.
Apa faedah cantuman dewasa?
1. Memulihkan pokok dewasa yang tidak produktif
2. Menghasilkan varieti yang lebih berkualiti dan mendapat permintaan
3. Hasil boleh di tuai dalam tempoh 2-3 tahun berbanding dari anak pokok yang memerlukan tempoh matang sahaja 5 tahun.
4. Tidak memerlukan penanaman semula
5. Kos minimum dan jimat
Nak tahu macam mana cara untuk buat cantuman dewasa pokok durian, boleh tengok video yang di sediakan
Batu Krikil, Bina Laman Bajet, Cantik Dan “Less Maintenance”

Penggunaan batu kerikil sebagai kemasan lantai laman bukan lah sesuatu yang baru. Ia menjadi pilihan bagi pemilik yang inginkan lantai landskap atau laman padu namun masih poros dan mudah diselenggara. Adakalanya, landskap atau kediaman yang dihampari dengan batuan kerikil ini kelihatan lebih menarik walaupun tanpa sebarang perincian.
APA ITU BATU KRIKIL?
Batu kerikil biasanya diperbuat dari pecahan batu granit. Kebiasaanya, saiz batu krikil terdiri daripada 2mm-75m. Ia merupakan salah satu bahan asas yang digunakan untuk pembinaan. Ia juga menjadi pilihan sebagai turapan jalan yang mempunyai penggunaan tidak lasak seperti “drive way” dan lantai landskap
APAKAH KEGUNAAN BATU KRIKIL DI LAMAN?
Selain sebagai lapisan asas permukaan berturap lantai landskap, batu krikil juga sesuai digunkan untuk membuat laluan pejalan kaki, lantai patio, driveways dan pelbagai lagi. Ada juga yang menggunkan batu sebagai sungkupan tanaman. Batu krikil yang digunakan sebagai sungkupan bukan sekadar kemas, malah dapat mengawal pertumbuhan rumpai dan mengekalkan kelembapan
APAKAH TEKNIK TERBAIK UNTUK MEMASANG BATU KRIKIL DI LAMAN?
Berbanding bahan hardscape yang lain, pemasangan batu kerikil di laman lebih mudah. Secara umumnya, tentukan terlebih dahulu ruang yang perlu diletakkan batu krikil. Bersihkan permukaan tersebut dari sebarang rumpai.

Untuk pemasangan batu krikil sebagai laluan, sebaiknya selepas menentukan ruang yang hendak di letakkan, korekkan sedikit tanah dengan kedalaman 6 inci. Lapisan pasir sebagai asas diperlukan antara 1-1.5 inci tebal. Seterusnya baru diletakkan krikil dengan ketebalam 3 inci. Pasir tadi berfungsi menstabilkan kedudukan batu krikil di bahagian atas disamping menjadi kawasan laluan air.
Namun, disibabkan sifatnya yang berderai dan mudah beralih atau bergerak jika menerima tekanan, sebaiknya letakkan sempadan yang kukuh untuk mengelak masalah tersebut. Jika dibiarkan, lama kelamaan kawasan yang dihampar batu krikil akan makin berkurangan
APA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MEMASTIKAN PERMUKAAN KRIKIL SENTIASA CANTIK?
Untuk membersihkan sampah yang terperangkap di atas permukaan krikil, anda hanya perlu gunakan penyembur angin atau pencakar rumput. Teknik ini dapat memastikan batuan krikil yang dihamparkan sentiasa kelihatan baru. Batu krikil tidak mereput, namun lama kelamaan ia akan mendap terutamanya apabila menerima tekanan. Sebaiknya, kawasan yang telah mendap perlu di tambak dengan batu baru sekurang-kurangnya 3-4 tahun sekali
4 Petua Elak Kediaman Anda Jadi Tempat Melepak Dan Tandas Kucing Jalanan

Tak kira anda pecinta kucing mahupun tidak. Sekiranya kehadiran kucing ini hanya sekadar melepak, tak apa lagi Yang paling menyirap adalah kediaman kita menjadi tandas si bulu ni pula. Nak di marah, tak ada gunanya. Mereka haiwan yang tidak mempunyai akal. Dah macam-macam cara dilakukan. Sapu minyak tanah, sembur air kari dan sebagainya.
Sebenarnya, ada cara nak halau dan cegah kucing jadikan kediaman kita sebagai tandas. Berikut, antara petua orang dulu-dulu:
SERBUK LADA HITAM
Taburkan serbuk lada hitam di sekeliling kawasan yang menjadi laluan si kucing. Aroma tengik dan kepedasan serbuk lada hitam tidak digemari oleh kucing. Taburkan lebih di kawasan yang menjadi tempat melepak dan tandas kucing. Namun, kaedah ini kurang berkesan kerana serbuk lada hitam antara bahan mudah larut dan mempunyai aroma yang tidak lama. Jadi perlu kerap tabur serbuk lada hitam tersebut sekurang-kurangnya seminggu sekali
SEMBURAN AIR
Air adalah medium paling berkesan mengusir kucing. Kucing akan rasa tertekan apabila tubuhnya terkena air terutamanya pada kepala. Tapi sayangnya, kebanyakkan org mengusir kucing dengan menggunakan air dengan cara yang kasar dan terlalu banyak. Tak perlu sebenarnya, cukup sekadar semburkan air pada bahagian kepalanya sedikit.
AIR DALAM BOTOL
Kelihatan, ramai yang menggunakan petua ini. Air dalam botol diletakkan pewarna merah. Seperti tip di atas, air antara musuh kucing. Oleh itu, susun seberapa banyak air dalam botol di laluan kucing. Tinggalkan 1/4 ruang botol tidak berisi dan tidak perlu tambah pewarna merah. Melihat susunan air dalam botol tadi membuat kucing takut jika terkena air
PENYAPU LIDI
Ini petua yang banyak digunakan oleh nenek moyang kita dahulu. Jika ternampak kehadiran kucing disekitar rumah, tepuk atau pukul penyapu lidi tersebut pada lantai atau dinding. Tak perlu pukul kucing.
Ini Cara Betul Berkebun Di Atas Tanah Berbatu Atau Tidak Subur

Bagi anda yang baru berpindah rumah nak-nak rumah yang baru siap selalu hadapi masalah ini. Ruang landskap atau tanah yang terdapat di dalam lot kediaman berbatu. Kebiasaanya, batu yang terdapat di dalam tanah kediaman yang baru siap nia adalah lebihan dari batu pembinaan. Ia termasuklah sisa konkrit. Bagi yang nak berkebun, perkara pertama yang anda fikirkan adalah untuk membuang semua batu-batu tu kan. Tapi sebenarnya, tanah macam ni tak subur. Termasuklah tanah jenis liat dan berpasir.
Sebenarnya, ada cara untuk bercucuk tanam di atas tanah yang berbatu atau tak subur ni. Langkah yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:
1. Korek lubang 2 kaki (lebar) x 2 kaki panjang) x 2 kaki (dalam).
2. Lagi besar lubang lagi bagus. Banyak input pertanian dapat dimasukan.
3. Masukan Input Pertanian dalam lubang.
~kapur pertanian 2 kg
~Baja Phosfat (baja akar) 200 gram
~Tinja ayam 10 kg atau baja organik
~Siraman effective mikrob (e.m)
~Top Soil secukupnya.
~Bahan sabut utk simpan (absorb) air.
4. Gaulkan input dan kambus. Biarkan selama 3-4 minggu.
5. Check juga pH tanah utk pastikan dlm fasa neutral: pH 6.5 ~7. Gunakan pH meter.
6. Buka lubang & anak pokok boleh tanam.
7. Dapatkan kayu pancang utk mengikat anak pokok.
8. Sungkupan daun kering di tepi pangkal pokok. Utk kekalkan kelembapan tanah. Jika pasang “mulching mat” pun ok.
9. Pasang netting hitam 50% cahaya masuk atas & tepi. Antara netting tepi & atas elok ada ruang kosong.
10. Siraman konsisten 2 kali sehari (pagi & petang) waktu kemarau.
11. Terbaik, jika ada sistem siraman air automatik.