Ramai Tak tahu bahawa sofa adalah antara perabot yang WAJIB dicuci. Sebelum ini, artikel yang disiarkan pernah mengupas bahawa tilam perlu dicuci sekurangnya 2 kali setahun dan cara untuk mencucinya. Untuk artikel lengkap, [klik sini]. Sofa di kediaman anda juga tidak terkecuali terutamanya bagi anda atau terdapat ahli keluarga yang alergi.
Kadang kala, dalam tak sedar punca penyakit adalah datang dari sofa, tilam atau karpet itu sendiri. Hal ini lebih bahaya jika anda mempunyai anak yang masih kecil kerana immun badana mereka tidak cukup kuat untuk melawan bakteria atau mikroorganisma yang telah menjadikan sofa anda sebagai habitat.
Memang ada banyak produk dijual di pasaran untuk membunuh mikroorganisma yang terdapat di dalam sofa anda. Namun, bahan-bahan tersebut mempunyai kandungan kimia yang juga akan mengancam kesihatan anda kelak. Sedar akan risiko tersebut, seorang ibu kepada 3 orang anak berkongsi cara mudah mencuci sofa hanya dengan menggunakan bahan dapur yang mudah didapati.
Ads
Ahli keluarga saya mempunyai masalah alergi kulit yang teruk termasuk bayi yang masih berusia 7 bulan. Jadi, saya perlu WAJIB memastikan setiap tempat bersih dan terhindar dari sebarang kekotoran sama ada secara kasar atau pun tidak. Walaupun telah menggunakan pencuci yang terdapat di pasara, ia mengundang masalah lain pula. Jadi saya hasilkan satu campuran khas untuk digunakan bagi tujuan mencuci kotoran pada sofa. Selain itu juga, cecair pencuci ini sesuai diguanakan pada tilam mahu pun karpet.
Bahan-bahan:
5 sudu baking soda/ soda bicarbonate
5 sudu perahan lemon
1 cawan air
Ads
Ads
cara-cara:
1. Vacume keseluruhan sofa. sebaiknya gunakan penyambung kepala turbo
2. Sental perlahan bahagian kotor dengan menggunakan span dan bairkan ia semalaman
3. Keesokkan hari nya, vacume sekali lagi keseluruhan sofa dan lihat lah hasilnya. Kotoran hilang dan sofa berbau harum
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bagai tidak ada penghujungnya jika kita bualkan tentang perkara hias dan memilih perabot di ruang sempit. Bukan apa, kini kediaman yang ada tidak lagi seluas dahulu dan banyak perkara yang tuan rumah perlu peka agar tidak membuat kesilapan dan mengigit jari. Apakah langkah yang boleh kita rancang sebelum menghias kediaman kecil sebelum menjelang hari lebaran?
MEMILIH PERABOT TEPAT!
Perkara yang paling utama adalah kenal pasti kedudukan ruang tamu anda. Adakah ia sesuai untuk menempatkan perabot sofa 3, 2, 1 atau cukup buah sofa 3 tempat duduk bersama sebuah sofa? Atau sebuah sofa L shape yang memaksimakan ruang yang ada?
1. Ukur ruang tamu anda terutama dinding utama
2. Ukur pula panjangnya ke hadapan terutama menghala ke dinding televisyen.
3. Laraskan konsep kediaman dengan saiz rumah. Elakkan memilih perabot untuk rumah agam atau rumah besar di kediaman kecil.
4. Pastikan reka bentuk dan materialnya tidak mencederakan kita. Maklumlah kalau dah kecil adakala tergeser.
PILIHAN SOFA MODEN KONTEMPORARI BANYAK YANG DIREKA SELARAS DENGAN SAIZ RUMAH HARI INI. WARNA BEIGE SEMEMANGNYA SESUAI UNTUK RUANG TERHAD.
SOFA DUA TEMPAT DUDUK SELALUNYA PALING SESUAI BAGI RUANG KEDIAMAN KECIL. RONA BIRU TERANG CUKUP HANYA PADA SEBUAH KERUSI SEBAGAI GANTI KEPADA FEATURE WALL.
5. Warna dan corak. Adakah ia tahan lasak atau pun sarat berbunga?
6. Dalam menghias tidak semestinya kita menghias sofa lengkap setnya. Adakala cukup sebuah sofa utama dan yang lain adalah kusyen kecil.
Jadi anda sudah boleh mencari-cari perabot yang sesuai untuk ruang tamu anda menjelang hari raya ini. Jangan tersilap pilih ya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai yang salah langkah apabila mencuci langsir. Sebab tu, langsir anda mudah rosak atau kelihatan buruk selepas dicuci. Sebenarnya, untuk mencuci langsir bergantung kepada jenis material kain tersebut sama ada ia boleh dibasuh dengan mesin basuh ataupun tidak. Sebagai contoh, material kain langsir yang lebih ringan adalah sesuai untuk pembasuhan di dalam mesin basuh manakala jenis material berat, tidak digalakkan. Berikut ialah teknik – tekniknya;
1. Jika mesin basuh anda dilengkapi dengan kitaran basuhan untuk fabrik lembut, pilih untuk menggunakan sistem itu. Jika sebaliknya, pilih penggunaan kitaran cool wash ataupun slow spin.
2. Tuangkan pencuci fabrik harian anda di dalam mesin basuh lebih kurang dua penutup.
3. Sekiranya kain langsir terlekat kotoran degil, sebelum membasuh dengan menggunakan mesin basuh rendamkan terlebih dahulu kain langsir lebih kurang 15 – 30 minit di dalam sebatian baking soda dan cuka putih. Kemudian bilaskan kain langsir dan masukkan ke dalam mesin basuh.
4. Jika anda bimbang kain langsir merenyuk, jangan ambil risiko membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh. Lakukan dengan basuhan tangan sahaja.
5. Untuk mengekalkan langsir yang cantik dan bebas bau yang kurang menyenangkan, gunakan vakum ataupun berus lembut untuk menyingkirkan habuk dan kotoran. Serta semburkan dengan haruman fabrik.
10 TIP CUCI LANGSIR IMPIANA
1. Sheer curtain anda menjadi kelabu? Jangan bimbang, rendam sahaja langsir anda dan biarkan semalaman. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Jika keadaannya masih agak kekuningan disebabkan oleh kesan kimia cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting dengan cucian sempurna ia bukan sahaja berbau wangi dan segar, malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
2. Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendamkan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendamkan keseluruhan langsir. Sebelum merendamkannya ke dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus merendam ke dalam cecair pencuci agar bau kencing kucing hilang, malah tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
3. Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk yang melekat pada langsir. Lakukan seminggu sekali terutamanya jika anda menetap di kawasan bandar. Manakala bucu langsir pula boleh disedut dengan menggunakan penyedut hampagas. Ada kalanya debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik nampak kotor dan kelabu terutamanya bagi anda yang memilih fabrik daripada jenis renda kasar.
4. Bagi yang menggunakan renda, anda juga boleh merendam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran pada celah-celah jalinan benang.
5. Awas! Jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan anda menggunakan mesin basuh daripada cucian lembut supaya ia tidak merosakkan kain.
6. Pastikan anda hanya mencuci langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutamanya jika anda membasuh langsir yang berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur .
7. Anak anda suka menepek gula-gula getah pada langsir? Tentu anda sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
8. Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan gantikannya dengan fabrik baharu yang bersesuaian terutamanya di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
9.Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh terutamanya jika anda menggunakan swag daripada jenis satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk anda menggosokkannya nanti.
10.Bagi yang memilih langsir klasik, tali ikatan dengan tassel jangan dibasuh dengan menggunakan mesin basuh. Seandainya kotor, memadai dengan merendamkan tassel tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Mencuci pakaian adalah tugas hakiki yang tidak pernah berkesudahan di rumah. Hari-hari, Wajib ada pakaian kotor. Kalau ditangguh-tangguh kerja mencuci, boleh jadi menimbun. Bila dah minumbun tu biasal lah BERAT MATA YANG MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL.
Kalau menggosok baju pon ada trik untuk memudahkan, menyenangkan dan mencepatkan kerja ibu [untuk artikel lengkap klik sini] mencuci pon ada tip yang boleh memudahkan tugas anda. Sudah pasti trik memudahkan anda mencuci pakaian pun ada. Antara tip dan trik mencuci pakaian adalah seperti berikut:
1. Elak stokin hilang ketika mencuci
Mak-mak memang sangat faham situasi ni. tertekannya bila nak sidai stokin tu ada je yang hilang. Bertenang lagi, kot-kot nanti masa dah nak lipat atau kering mesti jumpa pasangannya. Tapi… kalau masih tak jumpa mesti tertekan kan?
Untuk atasi masalah ini, sediakan satu bekas khas untuk letak stokin sahaja. Bila nak cuci, sediakan satu beg jaring yang bertutup. masukkan semua stokin di dalam beg tersebut. Jadi bila nak jemur, tak ada lah tercari-cari. Semua ada dalam beg tu
2. Sediakan bakul beroda
Biasalah, mak-mak ni perlu jadi SUPER MOM dan multi task. Dari satu bilik ke satu bilik mengemas dan mengumpulkan pakaian kotor. Bila dah terlalu berat dan tangan tak muat, bakul lah pilihan terbaik.
Mak-mak oi! jangan terlalu kuat. Pinggang tu nak pakai lama lagi. Memang sekarang ni tak berasa angkat bakul berat-berat tu, tapi kelak akan merana. Jadi, cara terbaik adalah sediakan bakul beroda. Tapi nak beli bakul beroda agak mahal juga kan. Apa kata makeover sendiri je bakul lama macam akak ni buat. Nak tahu DIY bakul baju beroda [klik sini]
3. Bekas sabun super mudah
Kebiasaan nya kalau dah keluarga ramai, sudah pasti sabun pencuci pakaian yang dibeli pon mesti berskala besar. Bila dah beli pencuci baju dalam botol besar tu nak tuang pun agak rumit. Silap-silap boleh comot. Apa kata sediakan satu botol khas atau dispenser untuk letak pencuci baju anda. Bukan setakat mudah kan kerja malah ruang mencuci anda cantik dan kemas
4. Baju cepat kering
Nak baju dalam pengering kering extra? Tambah masa untuk tujuan pengering pun belum tentu dapat hasil yang anda inginkan. Masukkan sehelai tuala bersaiz besar ke dalam mesin basuh ketika proses pengeringan terakhir dilakukan. Tuala tadi akan menyerap kelembapan yang masih terperangkap pada baju yang dibasuh. Lepas tu sidailah. Tempoh menjemur pon jadi lebih pendek.
5. Cuci ikut label
Nak fabrik yang dicuci tahan lama dan tak mudah rosak, ikut care label yang di lekatkan pada setiap fabrik. Kalau anda tak paham maksud-maksud simbol yang tertera [klik sini]
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!