Semua orang berkebun sekarang ni. Walau punya ruang sekangkang kera, tiada halangan untuk berkebun. Tak cukup lantai, boleh kat dinding. Dinding dan lantai pun dah penuh, boleh gantung. Tambahan, berkebun tidak semestinya memerlukan bajet yang banyak.
Seperti perkongsian dari Youtube Chanel C4U Shaiju Mallu Media. Hanya menggunakan bahan-bahan terbuang seperti botol mineral dan batang paip PVC, C4U Shaiju Mallu Media berjaya menghasilkan ruang tanam tergantung seperti chandelier.
Ads
Ads
Ads
Nak tahu cara-cara hasilkan bekas tanaman gantung chandelier dari C4U Shaiju Mallu Media, boleh tonton video yang disediakan:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ada sesetengah mesin basuh baju disediakan program untuk mencuci tiub atau dram. Namun itu bukanlah jaminan kepada kebersihan bahagian-bahagian yang tersembunyi. Ini kan pula bagi mesin basuh yang tiada option tersebut. Habis, macam mana nak cuci mesin basuh? takkan perlu tanggalkan setiap bahagian untuk mencuci?.
EH! tak perlu susah-susah. Kita ikut sahaja langkah yang telah disediakan oleh perkongsian sahabat kita di laman facebook. Radi apiz hanya guna dua bahan mudah sahaja untuk mencuci mesin basuhnya. Dan yang paling penting, tak perlu dibuka drum atau mana-mana bahagian. Lakukan seperti cucian baju bisa.
Sejak pakai mesin basuh baru, ni la pertama kali saya cuci. Setahun lebih jugak la saya beli mesin ni. Akhir-akhir ni bila cuci baju ada keping-kepingan habuk melekat pada baju. Jadi, saya google la cara-cara nak cuci mesin basuh. Pagi tadi saya try buat. Memang puas hati tengok keladak-keladak mesin tu keluar. Guna 2 bahan je iaitu cuka dan baking soda. Moga bermanfaat.
1. Buka penapis ni dan cuci bersih. Kemudian pasang semula.
2. Masukkan baking soda di ruangan sabun. Kalau tak ada, boleh tabur terus dalam drum
3.Masukkan cuka di ruangan sabun. Campuran ini akan menghasilkan buih
4. Pilih program tube clean. Kalau yang tak ada boleh guna cucian biasa dan aras nya maximum
5. Biarkan proses berlangsung seperti biasa
6. Keladak dari dinding drum atau tube mula kelihatan
7. Lakukan beberapa kali bilasan sehingga semua keladak terperangkap di dalam penapis dan buangkanya
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cat epoxy untuk kemasan lantai kebiasaanya menjadi pilihan kegunaan industri. Namun kini ada sesetengah pemilik kediaman menggunakan jenis cat epoxy untuk mengganti hamparan tikar getah yang sering mengundang pelbagai masalah seperti menggelembung dan mudah terkoyak. Kaedah ini turut digunakan oleh Man Masyitah.
Dari tikar getah lama yang koyak rabak, tukar kepada cat epoxy untuk lebih jimat dan cantik.
saya pun baru pertama kali menggunakan cat epoxy ni dekat rumah yang saya sewa. Sebelum ini menggunakan tikar getah. Idea ni dapat dari group Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr. DIY
Cat ni nama epoxy ivory heavy duty. saya beli 5 liter RM 135. Cara-cara penggunaanya seperti berikut:
1. Sapu bersih permukaan yang hendak di cat dan pastikan permukaan lantai kering
2. Bancuh cat epoxy dengan epoxy hardener. Selepas bancuhan, pastikan ia habis digunakan kerana jenis cat ini akan cepat mengeras selepas diadun dengan hardener
3. Sapukan cat pada bahagian sisi terlebih dahulu menggunakan berus kecil. Kemudian, baru cat bahagian tengah menggunakan roller
4. Untuk kering, cat epoxy mengambil masa 2 jam. Sebaiknya untuk lebih cantik 1 hari
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai antara kita yang memilih untuk hantar toto atau comforter ke dobi kerana beranggapan toto yang tebal pastinya leceh untuk dicuci.
Walhal, dengan mengikuti teknik genius perkongsian Puan Nurul Ain Syed Mohd ini, memang ternyata amat mudah untuk mencuci sendiri toto sendiri.
Tak perlu lagi anda susah-susah angkat keluar/masuk kereta toto yang berat tu.
Lihat caranya :
CARA BASUH COMFORTER/ TOTO
Dulu selalu pakai cara A. Namun selepas jumpa cara basuh comforter/toto/selimut dengan betul itu hari, sekarang saya guna cara B pula. Katanya dobi pun basuh macam ni.
Kenapa? Untuk elak material comforter dari rosak. Tak mahulah terburai isinya atau terkoyak apabila habis proses basuhan nanti kan. Hurm. Mungkin ada betulnya juga.
Caranya mudah ya amat.
1. Gulung gulung dulu sebelum masuk mesin
Gulung ikut saiz mesin. Saya guna mesin 8kg
2. Pastikan masuk secara menegak seperti dalam gambar B.
3. Letak bahagian kotor dibahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif.
Hasilnya, memang bersih dan material tak rosak. Perlu letak cecair pencuci lebih sikit.
Apapun ini sesuai untuk kotoran minor sahaja.
Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masuk mesin. Taknak masuk mesin pun tak mengapa. Lambatlah sikit keringnya nanti. Terpulang.
.
Kalian pula guna cara yang mana. A atau B?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.