Memiliki dapur putih sememangnya menjadi idaman ramai orang kerana ia nampak luas, putih dan bersih. Tetapi masalah paling utama ialah ia cepat kotor dan ada kalanya cepat melekat kesan kotoran hitam yang lama kelamaan akan membuatkan kabinet dapur kelihatan berdaki dan kusam. Teknik yang diajarkan oleh wanita ini mampu mengekalkan kabinet dapur anda kelihatan bersih dan cantik sepanjang masa.
Tekniknya ialah lakukan pembersihan dan perlindungan pada permukaan kayu putih tersebut dengan menggunakan larutan cuka dan air dan lapkan permukaan kabinet tersebut. Kemudian sudahi dengan menyapu olive oil sebagai protection daripada kesan kotoran. Lakukanj setiap 6 bulan dan hasilnya kabinet putih anda tahan lama dan kelihatan putih berkilat seperti baru.
6 Tahun Tidak Tukar Sarung Tilam, Jadi Syurga Parasit Bahaya
Sanggupkah anda tidur di hamparan parasit, kutu dan hama yang berjuta ekor saban hari? Inilah yang dihidap oleh seorang wanita di China yang menderita kerana bulu matanya menjadi sarang lebih 100 parasit . Gara-gara tidak menukar sarung bantal dan cadarnya sejak 2012, seorang wanita di China menderita selama dua tahun kerana bulu matanya menjadi sarang parasit.
Memetik dari Dailymail, wanita yang dikenali sebagai Xu itu, menyangka matanya hanya mengalami kegatalan biasa namun keadaan semakin teruk dan menyebabkan matanya terus merah . Selama dua tahun beliau hanya menggunakan ubat titis mata untuk mengurangkan kegatalan pada mata sehingga kekotoran yang yang ada pada matanya melekat dan menyukarkan beliau untuk membuka mata.
Doktor memeriksa mata Xu dan mendapati bulu matanya kini menjadi sarang lebih 100 parasit malah salah satu daripada bulu matanya juga dihuni oleh 1 koloni parasit yang terdiri daripada 10 parasit. Jadi di sini , usah berkira membeli sarung bantal dan cadar baru. Cucilah sarung bantal dan cadar sebersihnya dan jemur ditempat panas agar mencegah segala serangga seni untuk bermastautin di hamparan tilam kita.
Jadi pastikan kita menukar cadar tiga bulan sekali. Jika anda jenis tidur tanpa baju, seelokkanya sebulan sekali bagi mengelakkan kesan peluh menghitamkan fabrik cadar anda dan bau yang kurang menyenangkan.
Jika anda rasa kurang selesa dengan cadar anda, tidak salah jika anda merendam cadar dengan air panas dan bahan pencuci bagi mendapatkan hasil cucian sempurna.
Cucilah dalam 2,3 kali cucian dan gunakan bahan pencuci anti bakteria
Jemur di tengah panas dan rentang agar semua kawasan dijemur bawah terik matahari.
Jika anda kurang selesa, pastikan kamar beradu anda juga disimbahi cahaya matahari dan jangan biarkan ia gelap lembab.
Sembur anti bakteria yang sesuai pada cadar jika anda merasa kurang selesa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Berikutan harga rumah dan pasaran hartanah yang kian meninggi, memaksa generasi Y dan milenial tampil lebih kreatif melalui pemilihan dan pengubah-suaian kediaman yang ideal. Nah, IMPIANA berikan anda idea kediaman loft yang memaksimakan kegunaan ruang dalam sentuhan sempurna.
1 – LOFT PUSTAKA
Sesuai buat si ulat buku, hanya tinggal susun buku-buku telahan anda itu di segenap ruang. Pamer dan berbanggalah dengan buku-buku anda. Sayang sekiranya ia disorok di ruang storan. Biarkan tetamu terpegun melihat koleksi buku disusun rapi dan cantik sekali.
2 – LOFT SUDUT TERSEMBUNYI
Kadang-kadang kita perlukan ruang privasi tersendiri. Ruang yang boleh membuatkan kita bebas melakukan apa sahaja. Dari membaca, melakukan rutin yoga atau hanya sebagai ruang tidur siang. Jangan takut jadi beruang comel yang berhibernasi.
3 – LOFT KATIL TERSEMBUNYI
Penggunaan ruang yang maksimum. Katil yang boleh ‘disembunyikan’ ketika waktu siang, dan digunakan pada waktu malam. Ketika siang, ruang bebas digunakan untuk aktiviti lain dan bertukar menjadi ruang tamu.
4 – LOFT BERUNSUR KAYU-KAYAN
Bagi penggemar suasana luar/outdoor dan yang ingin merasa perasaan hangat kayu-kayan. Berasa seperti Hobbit yang duduk di dalam sebatang pokok balak. Atau mungkin juga Shrek? Terserah anda mencorakkannya.
5 – LOFT KANAK-KANAK
Bukan sahaja bertujuan menjimatkan ruang, ia juga mengajar anak-anak supaya membesar dengan lebih kreatif. Bak kata pepatah, melentur rebung biarlah dari rebungnya.
6 – LOFT BOTANI
Menyatu dengan alam. Jadikan kediaman loft anda itu tadi seperti sebuah taman kaca dalam kediaman. Percayalah perasaan tenang itu akan hadir dengan sendirinya.
7 – LOFT KAYANGAN
Ingin menjadi puteri atau putera kayangan? Idea ini sesuai buat anda. Pastikan keseluruhan perabot dan dinding dicat berwarna putih atau berwarna dari keluarga pastel. Corak kan sedikit dengan hiasan kayu putih dan lampu-lampu kerdipan yang ‘terapung’ di seluruh ruang.
8 – LOFT TANGGA BERLINGKAR
Klasik, pada masa sama unik. Tangga berlingkar eksentrik sebagai tiang seri kediaman loft anda. Biarkan tetamu bertanya. Dari mana anda mendapat idea ini? Atau yang utama, dari mana anda dapat tangga lingkar ini?
9 – LOFT KERANGKA
Tiang dan kerangka loft yang terdedah. Ia mungkin tidak cantik atau tidak kemas pada mata seseorang, tetapi percayalah kerangka terdedah memberi impak geometri yang cantik pada ruang yang luas.
10 – LOFT BERPAGAR
Idea yang bagus untuk mereka yang takut dengan ketinggian. Atau kata mudah, buat mereka yang gayat. Pagar memberi suatu perasaan keselamatan dan juga cantik kalau pandai mengolah
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sekiranya mempunyai bajet yang sederhana, cat adalah pilihan terbaik untuk membentuk feature wall. Terdapat beberapa teknik cat yang anda boleh lakukan.
PANEL KAYU
Gaya feature wall yang ditemani kemasan daripada jenis panel kayu boleh digabungkan bersama beberapa sentimen seperti kedudukan perabot, wajah ruang kediaman serta pemilihan aksesori.
VARIASI KERTAS DINDING
Kertas dinding merupakan material yang paling popular untuk membentuk feature wall. Namun, bagi mendapat kelainan anda boleh menambah sedikit aksesori sebagai pelengkap gaya.
PANEL FABRIK
Selain menarik dan mampu milik, pilih apa sahaja jenis fabrik kegemaran anda untuk menutup kelemahan dinding terutamanya bagi anda yang tinggal di kediaman bertingkat.
PANEL KONKRIT BERTEKSTUR
Rekaan unik, berkarakter serta eksklusif ini mula menjadi tarikan kediaman moden pada zaman sekarang. Tekstur konkrit seperti bata merah mampu membawa kelainan pada kediaman anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...