
Bonggol pisang dibuat kerepek? Pernah anda bayangkan apakah rasa kerepek bonggol pisang? Kerepek bonggol pisang amat terkenal di indonesia. Pokok pisang yang telah dituai akan di tebang. Namun kebiasaannya kedengaran batang pisang digunakan untuk membuat baja dan bonggol nya diguna semula untuk tujuan pembiakan. Namun di Indonesia, ia menjadi produk IKS terbaru.
Idea tercetus apabila beberapa orang pengusaha IKS yang telah dilatih mengalami kekangan terhadap sumber bekalan. Melihat batang pisang yang melambak dan tidak digunakan lagi selepas pisang nya diambil untuk dibuat kerepek, mereka cuba mengolah menjadi sesuatu yang boleh dimanfaatkan terhadap sumber ekonomi.
Nak tahu cara untuk hasilkan kerepek bonggol pisang? Jom tengok video yang telah disediakan.
2 Resepi Mujarab Pencegah Serangga Perosak Dari Sabun

Berkebun secara organik kian popular di Malaysia. Tapi ramai tak tahu cara mudah mengawal serangga perosak di kebun atau taman adalah dengan mebggunakan sabun. Terdapat banyak produk Pencegah Serangga Perosak Dari Sabun. Namun ia amat mudah untuk dihasilkan sendiri. Semburan pencegah serangga perosak dari sabun ini tidak memberi kesan kepad tanaman kerana ia tidak menyerap atau kekal lama di permukaan pokok . Ini bermakna, ia selamat dan tidak akan merubah rasa dan tekstur tanaman sama sekali
Bagaimana Pencegah Serangga Perosak Dari Sabun befungsi
Tiada kajian terperinci terhadap keberkesanan sabun ini kepada serangga perosak. Namun, semburan sabun ini efektif untuk mencegah serangga perosak seperti aphids, mealybugs, psyllids dan lain-lain lagi. Apabila semburan cecair sabun terkena pada badan serangga, ia akan merosakkan permukan perlindungan yang menutupi keseluruhan badan perosak ini. Akhirnya ia menyebabkan badan serangga yang terkena semburan sabun tadi cepat mengering dan akhirnya mat!
Baca juga: Pencegah Serangga Perosak Dari Kulit Limau Wangi Dan Mujarab
Resepi Sabun pencegah serangga perosak
Terdapat banyak resepi pencegah serangga berasaskan sabun. Namun, 2 resepi ini paling mujarab dan banyak digunakan:
Resepi 1:
2 sudu besar syampu
1 sudu besar minyak masak
1 gallon air bersih
Resepi 2:
2.5 sudu besar sabun pencuci pinggan
2.5 sudu besar minyak sayuran (boleh gantikan dengan minyak sawit atau kelapa)
1 gallon air
Cara penggunaan yang berkesan
1. Lakukan semburan pada keseluruhan tanaman. Pastikan bahagian bawah daun dan batang yang terlindung
2. Lakukan semburan setiap 4-7 hari sekali
3. Pastikan iklim tidak panas terik ketika semburan dilakukan atau lebih tepat bawah 90 darjah
4. Selepas beberapa jam, segera siram tanaman untuk membersihkan sabun yang melekat. Ia dapat meamstikan sabun yang disembur dapat bertindak sempurna pada serangga perosak namun tidak sempat merosakkan tanaman
5. Campurna ini tidak sesuai pada tanaman yang mempunyai daun berbulu seperti terung kerana sabun tadi akan merosakan tanaman
Sumber: https://homeguides.sfgate.com/
Mudahnya Tanam Timun Hanya Ikut Langkah Ini

Pokok timun atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Cucumber’ tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia merupakan sejenis tanaman sayuran berbuah yang sangat popular di negara kita. Nama saintifiknya ialah Cucumis sativus dan ia tergolong dalam famili tumbuhan Cucurbitaceae. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari utara India. Pokoknya adalah dari jenis menjalar dan berbatang lembut. Oleh itu ia memerlukan sokongan untuk memanjat dengan melilit menggunakan sulur pautnya (tendrils). Pertumbuhan batangnya yang lembut itu boleh mencapai sehingga 5 meter panjang. Pokok ini mempunyai sistem akar berserabut yang berkembang luas di sekitar kawasannya. Batang pokoknya berbulu dan bersegi empat dengan sulur paut yang ringkas. Daunnya pula berwarna hijau dan hijau kekelabuan serta berlekuk. Pokoknya mengeluarkan bunga jantan dan juga bunga betina yang berasingan berwarna kuning. Bunga betina tumbuh di hujung putik buahnya yang berbentuk silinder memanjang berwarna hijau muda. Apabila disenyawakan dengan debunga jantan putik buah inilah yang menjadi buahnya yang bertukar warna menjadi sedikit kuning atau perang apabila masak.
Kepelbagaian kegunaan:buahnya boleh dimakan ketika masih segar, muda dan mentah sebagai ulam atau salah satu ramuan mentah dalam masakan seperti nasi ayam, nasi lemak, rojak dan laksa. Namun buahnya juga sedap digandingkan bersama ikan dalam masakan kari atau gulai atau dibuat jeruk atau acar. Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa pucuk timun juga boleh dijadikan sayuran seperti dibuat masakan sayur lemak.
Buahnya juga mampu melicinkan kulit bagi mengekalkan awet muda. Oleh itu ia sering digunakan dalam pembuatan pelbagai barangan kosmetik atau dikisar mentah disapu pada muka sebagai maskara. Jus dari buahnya yang dikisar juga boleh dijadikan minuman yang berkhasiat yang dikatakan mempunyai antioksiden yang tinggi dan boleh mencegah kanser. Malah timun dikatakan sebagai ‘The World Most Healthy Foods – Vegetables’ atau makanan dari jenis sayuran yang paling berkhasiat di dunia ini
Penanaman:Pokok timun boleh ditanam menggunakan biji benih dari buahnya yang telah masak. Sebagai pilihan biji benihnya juga boleh dibeli dari pusat tanaman atau pasaraya.
Penanaman Di Tanah
Untuk penanaman di tanah sebaiknya ditanam atas batas yang digembur terlebih dahulu dan disuburi dengan kandungan kompos atau najis haiwan seperti ayam atau kelawar. Kaedah penanamannya mudah sahaja iaitu dengan menanam terus dua biji benih dalam satu lubang tanpa perlu disemai terlebih dahulu (foto 2). Manakala jarak penanaman di antara satu pokok dengan yang lain ialah 35 sentimeter dan jarak di antara batas atau barisan ialah 1.5 meter. Sebagai pokok pemanjat ia memerlukan sokongan seperti pancang atau junjung untuk pokoknya tumbuh subur dan berbuah.
Pokok timun juga sesuai ditanam dalam pasu dan juga bekas tanaman lain. Gunakan campuran medium tanaman untuk pokok berpasu dalam nisbah 3:2:1 (Tanah peroi: Bahan organik: Pasir sungai) untuk menanamnya.
Penjagaan:
1) Siram air dua kali sehari, waktu pagi dan petang pada hari panas. Ini perlu dilakukan supaya medium tanamannya sentiasa berkeadaan lembap sentiasa agar pokok dapat tumbuh subur dengan daun, bunga atau putik buahnya tidak layu dan gugur secara tiba-tiba. Siram bila perlu sahaja pada hari hujan.
2) Dedahkannya kepada banyak cahaya matahari bagi menggalakkan ia berbunga dan berbuah lebat.
3) Baja organik seperti najis ayam, kambing atau kelawar adalah terbaik untuk membajai pokok ini semasa membesar sehingga berbunga dan berbuah. Pastikan diikuti arahan pengggunaannya seperti tertera di pek baja yang digunakan.
Tip: Tutup bahagian atas medium tanaman di sekeliling pokok dengan bahan sungkupan seperti sabut kelapa, dedaun lalang dan sebagainya untuk mengelakkan medium tanamannya cepat kering bertujuan mengekalkan kesuburan pokok.
Penghargaan: Abu Bakar Mat Daud, Penulis Buku Variasi Tanaman Hiasan
Tak Mustahil Tanam Pokok Pisang Dalam Pasu Jika Ikut Teknik Ini

Teknik tanam pokok buah dalam pasu memang dah meluas sekarang. Teknik ini lebih popular dengan panggilan TABULANPOT atau bila diMelayukan bermaksud tanam buah dalam pot/pasu. Pokok pisang juga tidak terkecuali boleh ditanam dalam pasu. Tanam pisang dalam pasu bukan lah sesuatu yang susah sebenarnya. Namun ada beberapa perkara perlu diperhatikan:
Jenis pisang
Kebiasaannya, jenis pokok pisang yang sesuai dan mudah untuk teknik tabulanpot adalah dari jenis renek atau Dwarf. Ia boleh mencapai ketinggian antara 1.5 hingga 4 meter maksimum. Kalau macam tu, di Malaysia banyak jenis pisang yang tinggi tak lebih 3 meter. Sesuai sangat dah tu.
Antara jenis yang bersesuaian adalah
- Dwarf red
- Dwarf cavendish
- Dwarf Brazilian
- Dwarf Jamaican
- Rajapuri
- Wiliam Hybrid
- Gran nain
- Dwarf “Lady Finger”
- Musa Sikkimensis ‘red tiger’
- musa ornata
Cahaya matahari
Pokok pisang memerlukan cahaya matahari sepanjang hari. Sebab tu, kalau anda merancang nak jadikan pokok pisang ini sebagai tanaman indoor, perlu letakkan ia berhampiran tingkap yang menerima cahaya matahari terus.
Medium tanaman
Untuk medium tanaman secara ladang dengan pasu mesti berbeza. Sebab dalam pasu, pergerakan pokok terbatas untuk mencari sumber. Tambahan pula, pokok pisang mempunyai sistem akar yang pendek.
Oleh itu, medium atau tanah yang digunakan untuk tanam pisang dalam pasu WAJIB mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik. Di samping itu juga, pastikan pH tanah antara asid dan natural iaitu 6-7 untuk membekalkan potassium dan nutrisi yang diperlukan pokok pisang. Kalau tanah anda beralkali, campurkan sedikit sulfur.
Siraman
Medium tanaman pokok pisang perlu sentiasa lembap, Bukan basah tau. Oleh itu, pastikan siraman dilakukan apabila perlu sahaja. Nak selamat, masa penyediaan campuran medium tanaman letakkan sekali perlite atau beli sahaja campuran medium yang tersedia yang dah ada. Perlite bukan sekadar mampu memperbaiki struktur pengudaraan tanah, malah mengekalkan kelembapan dalam tempoh yang lama.
Pembajaan
Pisang adalah antara tanaman yang mempunyai tempoh pertumbuhan atau tumbesaran yang agresif. Oleh itu, pembajaan untuk pokok pisang amat penting untuk tumbesaran optimum. Anda boleh gunakan baja 15:15:15 untuk merangsang pertumbuhan pokok pisang. kalau berhajat untuk hasilkan buahnya pula, boleh cuba baja 15:5:30
Pasu
Pasu yang diperlukan untuk tanam pokok pisang adalah 2x ganda lebih besar dari saiz rootball nya. dan yang paling penting, ia dilengkapi dengan sistem saliran yang baik. Kebiasaannya, pasu tanah liat atau terracotta menjadi pilihan kerana ia mempunyai struktur pengudaraan dan saliran yang baik pada keseluruhan dinding pasu. Selain itu juga, pasu terracotta tidak serap haba. Jadi, ia mampu mengekalkan kelembapan di dalam tanah.