Namun semakin masa beredar, ramai tuan rumah mula dapat menerima idea pencahayaan dalaman yang warm dan dramatik adakalanya. Mungkin dari pembacaan majalah seni hias seperti IMPIANA atau menonton rancangan dari barat.
Ads
Lampu meja ibarat kunang-kunang yang memberi biasan cahaya indah dan pada masa yang sama tidak terlalu terang. Cukup dengan memberi suasana selesa dan sedap memandang. Malah kini rekaan lampu meja juga telah banyak berubah. Kita sebelum ini acap kali disajikan dengan idea lampu meja klasik, berterendak dan berbalang. Kini ada yang boleh di klipkan, ada yang seperti lampu kerja , ada yang meminjam idea lampu jalan, bumbung kediaman oriental, buju, bulat dan pelbagai lagi
Ads
Ads
Pun begitu anda sebagai tuan rumah kena bijak memilih. Biar padan dengan ata hias keseluruhannya. Masakan lampu moden untuk tata hias klasik? Atau sebaliknya. Ia pasati akan nampak pelik dan tidak sedap dipandang. Selalunya molek dihias sepasang baik di meja kopi, meja sisi katil, meja konsol dan sebagainya. Apa yang penting keserasian rekaan itu perli memberi satu kesempurnaan dalam tata hias keseluruhannya.
Bagi yang menyewa, bila pemilik rumah kata dinding tak boleh dipaku atau ditebuk lubang untuk tujuan menggantung frame mesti rasa sedih kan. Dalam hati dah berkobar-kobar nak hias rumah cantik-cantik.
Tapi sebenarnya anda punya pilihan lain. Kalau tak boleh tebuk lubang atau paku untuk membolehkan anda menggantung frame atau mengabadikan gambar kenangan di dinding, anda boleh cuba 4 cara mudah ini.
1. Glue pads
Terdapat banyak jenis glue pads di pasaran. Kadang-kadang kalau yang jadi cikgu tu dah biasa dengan glue pads untuk tampal kertas atau poster untuk mengajar kan. Tapi glue pads brand Stabilo atau Faber Castell tidak berapa sesuai untuk anda gunakan pada bingkai gambar. Kalau setakat nak tampal kepingan gambar terus pada dinding ok lagi.
Tapi untuk beban frame adalah sesuai untuk anda gunakan UHU Patafix. Terdapat pelbagai material UHU Patafix ini. Tapi yang paling sesuai untuk gantung frame anda ambil yang di khaskan untuk “Homedecor” atau “PROpower” yang berwarna hitam. Tambahan, UHU Patafix ini boleh digunakan semula dan mudah dibersihkan.
2. Damage free hang
Produk jenama Command yang di keluarkan oleh syarikat 3M memang terkenal dengan Damage free hang. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk. Tapi kalau untuk tujuan gantung bingkai gambar, jenis strips yang paling sesuai untuk digunakan.
Command strips mampu memegang beban sehingga 7.5 kg. Jadi pastikan saiz strips yang digunakan bersesuaian dengan beban bingkai gambar yang akan di lekat pada dinding. Selain itu juga, Command strips ini mudah untuk dibersihkan semula.
3. Adhesive hook
Penyangkut dinding yang bergam atau adhesive hook memang banyak di pasaran. Tapi ramai yang lebih gemar membeli yang murah-murah. Yang murah kebiasaannya akan menggunakan gam tidak berkualiti. Itu jadinya gantung sehelai tuala pun tidak tahan lama.
Cari lah yang lebih berkualiti untuk dapatkan hasil yang baik. Ada juga adhesive hook yang di sertakan dengan gam yang perlu dipanaskan terlebih dahulu. Ha… yang ini pun bagus juga.
4. Decorative tape
Decorative tape seperti washi tape dan duct tape bercorak pun sesuai untuk anda abadikan kepingan gambar di dinding. Yang ini lagi jimat. tidak perlu buat frame mahal-mahal. Anda gunakan washi tape tadi sebagai pengganti bingkai gambar.
Tapi kalau anda gunakan duct tape, untuk tujuan membersih agak sukar sedikit. Ini disebabkan oleh gam pada duct tape memang betul-betul kuat dan ia dikategorikan sebagai gam kalis air. Kalau di tanggalkan, akan meninggalkan kotoran gamnya. Namun tidak bagi washi tape.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Pengalaman mengembara dan melihat pemandangan indah hasil kunjungan ke pelbagai tempat menjadi inspirasi pemilik untuk mereka bentuk laman ini. Paling unik kebanyakan kerja-kerja kayu dan menukang dilakukan sendiri. Pemilik yang berkebolehan bertukang mengaplikasikan kemahirannya dengan menghasilkan pelbagai binaan utama yang digunakan di dalam laman ini termasuklah pembinaan anjung rumah berkonsepkan desa. Jom kita intai kediaman pemilik di Kajang iaitu Dato’ Syah dan Datin Emma.
Konsep tradisional dapat dilihat di persekitaran luar rumah ini lagi. Bahagian anjung kereta bertutup dan pintu pagar menggunakan kayu cengal dengan ukiran awan larat menonjolkan reka bentuk tradisional jika dilihat dari luar lot rumah ini.
Namun berlainan pula ceritanya apabila kaki melangkah masuk ke dalam unit rumah ini. Reka bentuk kontemporari diketengahkan dan diolah dengan ringkas. Water feature sebagai sense of welcome, menyajikan kedamaian pada sesiapa sahaja yang melangkah kaki memasuki unit kediaman ini. Ditambah dengan kehadiran water curtain yang menyerlahkan lagi impak visual, di samping ikan hiasan diletakkan di dalam akuarium di bahagian bawahnya menghidupkan lagi suasana.
Dari pengamatan penulis, di anjung kereta jelas kelihatan sebuah taman menghijau pada sisi kanan unit kediaman ini. Latar sempadan unit kediaman dikelilingi dengan pagar kayu setinggi 1.5 meter dan dihiasi dengan tumbuhan tropika di bahagian dalamnya. Kekuatan landskap lembut kediaman dikuatkan lagi dengan kehadiran Foxtail palm, yang berperanan besar di ruangan ini kerana tekstur daunnya bagaikan menari-nari mengelilingi pelepah mewujudkan kepelbagaian tekstur pada penggunaan softscape. Secara tidak langsung keharmonian dan keseimbangan pada softscape di sini memberi nilai tambah pada penampilan keseluruhan kediaman.
Di bahagian bawah Foxtail palm, ditanam pula tumbuhan pagaran iaitu Heliconia spp. menyerlahkan lagi suasana tropika. Untuk mewujudkan cetusan warna, pokok mawar dan beberapa tumbuhan parennial lain ditanam pada ruangan ini. Bangku taman yang dicat putih turut membantu menceriakan laman ini.
Tradisinya, sesebuah taman yang menampilkan konsep tropika mahupun tradisional akan menggunakan pergola sebagai elemen terpenting. Justeru pergola yang dibina sendiri oleh pemilik menutupi sebahagian taman ini menjadi signature ruang luar kediamannya. Ciccuss menjalar ke keseluruhan permukaan pergola dan melindungi kawasan ini dari terik matahari. Kesempatan itu digunakan oleh pemilik untuk menyediakan bangku dan meja taman untuk memudahkan mereka beraktiviti. Ruang ini kerap dijadikan sebagai ruang santai terutama apabila dikunjungi oleh saudara mara dan sahabat handai.
Bagi mewujudkan line movement dalam reka bentuk taman ini, pemilik telah menggunakan railway slipper yang dijadikan sebagai stepping stone menghubungkan anjung kereta dengan patio. Ia sedikit sebanyak dapat membantu mewujudkan prinsip reka bentuk dengan mencetuskan impak secara horizontal untuk menyeimbangkan struktur vertical yang terbentuk oleh softscape dan hardscape yang digunakan.
Di sudut bertentangan dengan ruang makan, pemilik telah membina sebuah water feature sebagai instrumen untuk mengurangkan gangguan bunyi dari jalan bersebelahan. Permukaan dinding water curtain yang tidak rata membantu menghasilkan irama apabila air menghempas permukaan batu yang berlekuk merancakkan lagi bunyi desiran air. Elemen ini tidak dibiarkan bersendirian, ia hadir bersama kolam ikan sedalam 1.5 meter yang dihuni oleh ikan koi, ikan kap dan ikan kelah. Kelah memerlukan habitat semula jadi untuk hidup. Oleh itu, pemilik telah menggunakan pam yang berupaya untuk mewujudkan alunan arus deras untuk merangsang tumbesaran ikan kelah tersebut.
Kreativiti pemilik tidak terhenti di situ. Untuk mempelbagaikan level, pemilik telah membina sebuah lagi patio berbumbung sarat dengan ukiran. Kepelbagaian level dalam sesuatu binaan dapat membantu untuk memisahkan kegunaan bagi setiap ruang. Patio tersebut dibina tinggi dari lantai laman dan dikelilingi dengan kolam ikan. Bagi mewujudkan kesan terapung, cantilever berukuran 500mm pada lantai patio dibina.
Pemilik tidak cerewet dalam pemilihan softscape. “Walau ke manapun saya pergi jika ternampak pokok yang menambat hati, saya akan singgah untuk membelinya. Ada juga pokok yang saya miliki dibeli dari laman rumah orang,” terang pemilik, yang kini gemarkan pokok orkid dan cuba untuk membiakkan tumbuhan tersebut dengan pelbagai cara dan kaedah dalam usaha menambahkan lagi koleksi orkidnya.
“Aktiviti penyelenggaraan kebiasaannya dilakukan seawal pagi sebelum ke tempat kerja dan selepas menghantar anak bongsu saya ke sekolah. Semua penyelenggaraan minor akan dilakukan di waktu pagi. Jika memerlukan penyelenggaraan major, kelapangan di waktu petang akan digunakan. Bekerja sendiri memberi kelonggaran kepada saya untuk melakukan aktiviti bersama keluarga.” Ulas pemilik mengenai rutin jagaan taman yang dilakukan.
Untuk membina sebuah outdoor living, kegunaan dan keperluan perlu dikenal pasti dari awal perancangan binaannya. Jika reka bentuk dilakukan dengan teliti dan penuh minat, seisi rumah dapat merasai dan memanfaatkan hasilnya. Kualiti dan jaminan hidup bergantung pada persekitaran yang terbina di samping hubungan antara isi rumahnya terjaga. Oleh itu, curahkan sepenuh jiwa apabila mendedikasikan sesebuah reka bentuk laman itu supaya ia berjaya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Rumah-rumah zaman sekarang kebiasaannya sempit dan tidak ada tanah seperti rumah ibu bapa kita di kampung. Tambah-tambah yang tinggal di bandar dan menetap di rumah bertingkat. Tapi walau apa pun kekangan kalau dah suka dan minat, dinding pun boleh kan? Jom tengok idea mana satu yang boleh kita buat di rumah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.