Masalah habuk ini memang tak dapat dielakkan dekat setiap rumah. Cuci macam mana sekali pun pasti akan ada lagi habuk. Pernahkah anda melihat ulat habuk ini ada yang memanggil ulat dinding, casebearer, dust worm ataupun dikenali sebagai kamitetep di Indonesia. Ulat ni sebenarnya dalam fasa larva sebelum bertukar jadi kupu-kupu. Selain kawasan berdebu, bersawang, kawasan berkelembapan tinggi (macam toilet, bilik stor/bilik yang tak cukup pengudaraan dan cahaya matahari yang cukup).

Ulat ini biasanya ada di dalam almari dan kawasan berdebu. Kalau kena mungkin boleh gatal dan banyak kesan negatif yang lain. Jadi, jom kita ikuti perkongsian daripada Yatie Eimra di laman facebooknya tentang cara-cara nak hapuskan dan kawal ulat habuk di rumah anda.

Ulat Habuk Boleh Jadi Alahan Pada Kulit, Ini Teknik Hapuskannya

Ulat ni sebenarnya dalam fasa larva sebelum bertukar jadi kupu-kupu. Selain kawasan berdebu, bersawang, kawasan berkelembapan tinggi (macam toilet, bilik stor/bilik yang tak cukup pengudaraan dan cahaya matahari yang cukup).

Ulat ni suka bersarang dibawah katil  almari. Andai kata korang selalu bersihkan rumah & takde sawang sekalipun tapi kalau kupu-kupu ni dah termasuk dalam rumah, ia tetap akan cari tempat untuk bertelur. Kalau ada salah satu ciri-ciri yang disebut tadi, nak-nak dalam rumah memang banyak sumber makanan dia memang jadi port dia beranak pinak.

Ulat habuk ni makan sawang labah-labah, rambut-rambut yang berguguran, bangkai serangga kecil dan juga fabrik. Ulat ni memang boleh sebabkan rasa gatal jika kita digigit dan ulat beluncas kupu-kupu tu sendiri pun boleh sebabkan naik gatal-gatal badan bagi orang yang kulit sensitif dan ada alahan.

Hapuskan Ulat Habuk Dalam Almari Pakaian

Kalau kupu-kupu bertelur dalam almari memang leceh sangat. Sebab korang takkan tahu kat baju mana ia bertelur.

IKLAN

-Keluarkan semua pakaian dari almari.

-Cari pakaian/fabrik yang berlubang. Jika ada, asingkan dari pakaian lain sebab kemungkinan ada telur kupu-kupu. (Kupu-kupu biasanya bertelur kat sumber makanan dia supaya baby ulat dapat makan dengan cukup.

-Basuh pakaian yang berlubang dengan suhu 40°c, pakaian lain boleh dijemur dibawah panas matahari terik ATAU

-Basuh jer semua pakaian dengan suhu 40°c (disarankan). Cara ni leceh sikit, tapi sekurang-kurangnya korang dapat pastikan semua pakaian dah takde telur kupu-kupu tu.

IKLAN

-Almari pakaian korang tu, spray dengan air sabun dan campuran cuka (saya gunakan spray cuka serbaguna saya je). Lap seluruh bahagian dalam dan luar jika perlu. Cuka ni bersifat asid dan mampu membunuh telur-telur serangga dan hama.

-Untuk elak ulat habuk bersarang dalam almari lagi, boleh gunakan ubat gegat ataupun bahan penyah lembapan (contohnya brand thirsty hippo) untuk serap kelembapan dalam almari & tak sesuai untuk pembiakan kupu-kupu. Untuk almari baju ni, saya lebih suka ubat gegat dengan wangian bunga macam dalam Gambar 2. Beli di Mr. DIY.

Hapuskan Ulat Habuk Bawah Katil

-Buka semua cadar & sarung bantal.

IKLAN

-Jika bantal dari jenis yang boleh dicuci, sebaik-baiknya cuci dan jemur bantal. Jika bantal tak boleh dicuci, spray dengan larutan cuka sebelum jemur bawah matahari.

-Vakum tilam dan bersihkan bawah katil.

-Spray dengan larutan cuka pada keseluruhan tilam dan juga bawah katil. Biarkan kering sendiri.

– Untuk elak ulat habuk bersarang lagi, boleh letakkan ubat gegat bawah katil. TAPI jika anda ada masalah pernafasan/ada anak kecil lebih baik gunakan daun-daun yang berbau kuat yang boleh berfungsi halau serangga contohnya daun salam, daun durian belanda dan sebaginya. Tukar daun baru bila dah kering.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI