Tuala kayangan tengah sibuk diperkatakan. Tapi, berbaloi ke beli tuala kayangan ni? harga sehelai pun bukan kepalang antara RM 50-RM350. Sebut microfiber, banyak tuala yang lebih murah diperbuat dari microfiber. Rupanya, ada sebab lain kenapa tuala kayangan ni mahal. Ia jauh lebih hebat dari tuala microfiber biasa. Ia dibina berasaskan formula sains. Facebook Ini Sains Beb berkongsi penjelasan ringkas yang mudah difahami ramai. Kenapa tuala kayangan ni hebat.
Tuala yang berasal dari Norway ini sebenarnya telah lama berada di pasaran, dibangunkan sejak 1994, namun menembusi Malaysia sekitar tahun lepas dan semakin dikenali tahun ini. Pelbagai produk dipasarkan menerusi syarikat ini termasuk, tuala dapur, sarung tangan, pelitup muka, tuala muka dan sebagainya.
Apa istimewanya tuala N?
Tuala N yang dibincangkan ini lebih kepada produk tuala dapur. Komposisi tuala ini adalah dari mikrofiber yang cepat menyerap air dan kotoran lain. Dengan pora yang lebih kecil, ia menyebabkan serapan yang lebih baik berbanding kain dapur biasa. Namun, mikrofiber adalah mikrofiber, jika anda menggunakan tuala lain yang mempunyai komposisi yang sama, maka konsepnya masih sama.
Ads
Tuala N mempunyai teknologi antikuman (BacLock)
Tuala N sebenarnya dibangunkan dengan komposisi perak (silver). Tuala ini berfungsi membunuh kuman dengan kehadiran ion perak (silver) yang boleh mengganggu pertumbuhan dan penyebaran bakteria. Ion ini mengganggu enzim dalam bakteria yang diperlukan dalam metabolisma oksigen (pengangkutan transmembrane). Ion perak ini juga boleh merosakkan DNA yang menganggu dalam proses reproduksi bakteria.
Ads
Jika dibandingkan dengan spray D atau bahan kimia lain, kesan tuala N lebih lama sebenarnya disebabkan oleh ion perak ini. Walaupun ia tidak membunuh bakteria secara langsung, bakteria lazimnya akan terlekat pada tuala N dan lambat laun ia akan mati.
Ramai penyewa mengabaikan dekorasi kediaman. Betul tak? Antara faktor utama adalah ramai yang berfikiran ia satu pembaziran kerana kediaman tersebut hanyalah sewaan dan bila pindah, tuan rumah yang untung. Selain itu juga keterbatasan atas undang-undang pemilk yang tidak membenarkan penyawa untuk melakukan sebarang ubahsuai walau hanya sebatang paku pada dinding.
Namun tidak bagi ByIdzyan Ismail. Rumah sewa yang didiami tetap dihias indah walau hanya dengan menggunakan barang-barang bajet. Seperti bahagian dapur puan ByIdzyan Ismail ni. Walau hanya menggunakan rak Ikea Hyllis berharga RM 49.90, dapur puan ByIdzyan kelihatan kemas dan teratur
Saya nak kongsi hasil kemas rak dapur rumah sewa. Hanya mampu guna rak je semua.
Rak Ikea Hyllis saya cat ke warna putih. Dah 4 tahun guna Hyllis ni. Lama-lama guna materialnya pun jadi tak best dah. Tambahan ada kotoran yang suakr di bersihkan. Jadi, saya cat supaya sesuai dengan dekor barang pink ni
Rak ni letak barang kegunaan harian. Pinggan mangkuk dan cawan yang disusun dekay rak pun hari-hari guna. Jadi, bagi saya taka da masalah habuk. Mungkin hanya pada permukaan rak
Boleh follow saya kat ig: idzyan ismail. Saya banyak dah share DIY projek saya kat stories. Jemput follow
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Menaiktaraf sesebuah kediaman memerlukan kesabaran kerana ia membabitkan ramai pihak dan akan mengambil masa yang panjang. Tetapi jika anda sudah tahu langkah yang perlu diambil dari A hingga Z, sudah tentu lebih mudah dan lancar.
Melalui perkongsian arkitek bertauliah, Ar.Azizul Azwar ini, pemilik dapat menyemak proses yang perlu dilalui serta beberapa tip bagi memastikan anda tiak menaggung kerugian ketika melakukan ubahsuai.
BOLEH KE NAK TAMBAH TINGKAT BARU KAT ATAS?
“I ingat nak tambah tinggi rumah 2 tingkat jadi 3 tingkat. Boleh ke?”
Pagi-lagi dapat text dari Klien lama kawe. Alhamdulillah ade orang yang nak berbelanja ubahsuai rumah di zaman Covid nih.
Antara keghairahan Pemilik rumah yang ingin mengubahsuai rumah ni antaranya, tambah luas dapur, sambung bilik tidur, tambah ruang famili dan macam-macam lagi.
Dalam banyak-banyak ubahsuai tambahan, kawe paling seram bila Pemilik rumah nak tambah tingkat. Maknanya rumah 1 tingkat, tapi nak jadikan 2 atau 3 tingkat.
Bertambah seram bila rumah asal ni dah berumur lebih 20 tahun, yang pelan asal mungkin dah takde dalam mana-mana simpanan.
Jadi sebelum Pemilik nak ubahsuai tambahan tingkat nih, kawe suggest Pemilik untuk teliti beberapa perkara terlebih dahulu:
1) Semak Dengan PBT;
2) Berapa Bajet;
3) Lantik Arkitek dan Engineer;
4) Lantik Kontraktor Berpengalaman;
5) Bincang Dengan Jiran.
SEMAK DENGAN PBT
Sebelum duk dengki dengan jiran renovate rumah tambah tingkat, semak dulu dengan PBT niat kita ni. Sebab tak semua PBT benarkan pertambahan nih.
Ada PBT pulak benarkan, tapi hingga beberapa aras sahaja.
Nak semak ni tak susah pun. Call je hotline PBT, then bagitau nak bercakap dengan Jabatan Bangunan.
Tak tahu nak cakap apa? Ni saya bagtau:
“Salam sejahtera. Ni Jabatan Bangunan ye? Saya En X, ada rumah teres 2 tingkat kat Taman M, Daerah N. Boleh tahu jika saya boleh tambah jadi 3 tingkat?”
Mudah je kan?
Senang jika dah confirmkan sendiri ni. Tak buang duit bayar deposit Arkitek, tapi bile check tak boleh buat
Semakan kawe di beberapa PBT adalah seperti berikut:
a) Majlis Bandaraya Seremban – Tak Boleh
b) Majlis Perbandaran Dungun – Boleh
c) Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya – Tak Boleh
d) DBKL – Boleh
e) Majlis Perbandaran Kuala Terengganu – Boleh
f) Majlis Perbandaran Ampang Jaya – Boleh
BERAPA BAJET
Untuk tambah aras baru nih, biasanya harga sekaki lebih mahal daripada buat rumah ‘from zero’.
Ni sebab kontraktor banyak kene consider:
1) Protective works – taknak habuk kacau sekeliling
2) temporary structure works – nak bagi tahan struktur rumah masa buat kerja
3) demolishing works – nak roboh bumbung, dinding sediada
Biasa rate nih boleh pegi dari RM180 – RM300 sekaki. Bergantung kepada pelbagai faktor lah jugak ye.
LANTIK ARKITEK DAN ENGINEER
Nak tambah tingkat tambahan nih memang kena lantik Arkitek dan Engineer.
Biasa kawe akan buat beberapa semakan dulu sebelum mula kerja:
1) ‘Visual Inspection’ – tengok jika ade crack yang besar
2) Pelan Sediada – nak tengok kedudukan tiang dan beam
3) ‘Structure Integrity Test’ – nak tengok jika struktur tu boleh tahan beban tambahan
4) ‘Height Limit’ – ni kene check dengan PBT balik, kot-kot Pemilik tak check lagi.
Ringkasnya,
> Arkitek – check regulation untuk tambah ruang atas
> Engineer – check struktur kuat dan selamat ke tak
LANTIK KONTRAKTOR BERPENGALAMAN
Dah setel design, dah submit ke PBT dan dapat kelulusan pelan baru lah lantik Kontraktor.
Nak lantik Kontraktor tambah aras nih biasa kena lebih cermat. Sebab tak semua Kontraktor tahu buat kerja tambah aras nih.
Banyak dah kawe tengok Tukang lagak champion dah start kerja roboh tapi:
1) Roro bin tak sampai lagi;
2) Temporary support tak pasang lagi;
3) Terlupa nak pasang safety net sampai habuk masuk rumah jiran
BINCANG DENGAN JIRAN
Ni antara perkara penting yang ramai Pemilik rumah tak buat. Ingat nak renovate rumah ni tak perlu mintak kebenaran jiran ke?
Kebanyakan PBT memerlukan ‘Surat Sokongan Jiran’ sebelum memulakan ubahsuai rumah teres nih.
So bagi Pemilik yang berniat nak ubahsuai rumah nih, mula lah bertegur sapa dan berbaik-baik dengan jiran anda.
Jadi jika tengok rumah sebelah renovate rumah secara ‘haram’, jangan dengki dulu. Takut nanti sama-sama terjebak kena saman.
“Tuan, saya check dengan PBT, kawasan rumah Tuan ni dibenarkan tambah aras tapi kena mintak kebenaran jiran” kawe explain kat Klien.
“Eh jiran saya naik tinggi-tinggi ni tak minta kebenaran saya pun?”
Kawe terkedu.
Lipat baju memang bukan lah aktiviti yang menajdi kegemaran ramai. Tapi, kalau lihat baju yang dilipat tersusun rapi macam kat kedai memang rasa seronok dan puas hati. Seperti yang dilakukan oleh Puan Rose Kamarina melalui perkongsiannya di group Facebook #kemasrumahwithhani
Mood lipat kain. Edit sebab masing-masing teruja. Saya bukan Pro,suri rumah biasa, anak 4. Kadang kita kena kreatif untuk selesaikan masalah kain yg tak pernah habis ikut keselesaan masing-masing. Moga lepas ni semua semangat nak lipat kain
Boleh pakai kad/kertas keras/kotak/buku sebagai acuan atau ukuran. Suka hati nak saiz mane, Saya pakai kertas A4 putih dengan folder yang dah uzur
Yang atas tu sebagai ukuran. Bawah lapik dengan kertas A4 putih biasa
Dah siap lipat, boleh cabut ukuran tu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!