Sekiranya anda biarkan jentik-jentik terus membiak di sekitar rumah anda, maka risiko untuk penyakit demam berdarah dan denggi akan meningkat. Kriteria tempat yang gemar bagi jentik-jentik membiak adalah tempat yang gelap, tempat longgokan sampah, takungan air dan kawasan yang lembab.
Jentik-jentik harus segera dibasmi untuk mengurangkan risiko penyakit demam berdarah dan denggi. Selain membersihkan tempat tinggal anda dan menutup takungan air, anda juga harus melakukan pembasmian terhadap jentik-jentik secara drastik. IMPIANA akan memberikan anda trick untuk membasmi jentik-jentik di berbagai tempat dengan bahan-bahan khusus.
Cara Membasmi Jentik-jentik
Tahukah anda bahawa jentik-jentik selalu berada di takungan air yang tidak tertutup. Misalnya, anda meletakkan barang terbuang di depan rumah dan air hujan bertakung pada barang terbuang tersebut. Takungan air di dalam barang terbuang berpotensi menjadi tempat membiak jentik-jentik.
Ads
IKAN GUPPY
Tidak semua ikan suka memakan jentik-jentik. Namun, ikan guppy sangat menyukai jentik-jentik. Anda boleh meletakkan ikan gapi di buyung dan kolam ikan anda. Ikan guppy akan membasmi jentik-jentik yang berada di air.
Ads
DAUN SIREH
Segenggam daun sireh muda direbus dengan 1 liter air. Rebus daun sireh sehingga layu dan sejukkan air rebusannya selama beberapa minit. Setelah air rebusan sireh ini sejuk, tuangkan air rebusan sirih ke dalam kolam mandi. Daun sirih dapat menjadi antiseptik alami untuk membasmi pembiakan jentik-jentik di kolam mandi anda.
Ads
GARAM KASAR
Percayakah anda bahawa garam kasar boleh digunakan untuk membasmi jentik-jentik yang sudah membiak banyak? Garam kasar yang hendak digunakan harus dicuci terlebih dahulu. Setelah itu, jemur garam sampai kering, lalu tumbuk sampai halus. Taburkan serbuk garam ini ke koalm mandi atau kolam ikan. Dijamin, jentik-jentik yang berada di dalam air akan terus mati dengan segera kerana garam kasar memiliki tahap kemasinan yang sangat tinggi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rancang Bina Mini Surau, Ruang Solat Di Rumah PENTING Pertimbangkan Perkara Ini. Menjelangnya Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, pelbagai persiapan perlu dilakukan bagi menyambut dan meraikan bulan yang mulia ini. Bulan inilah amal ibadah digandakan nilai pahalanya.
Bagi pemilik kediaman yang beragama Islam, boleh jadikan ruang atau bilik yang ada di rumah sebagai tempat solat atau mini surau. Ia dapat memberi keselesaan dan lebih fokus ketika beribadah serta dapat mengeratkan lagi sillahturahim antara keluarga dengan melakukan solat berjemaah, mengaji bersama, ta’alim mahupun mengadakan majlis ilmu.
Bagi pemilik kediaman yang merancang untuk membina mini surau atau deko ruang solat sempena Ramadan tak lama lagi ni, boleh pertimbangkan aspek penting ini.
Ini antara panduan dalam mencipta ruang solat atau mini surau di rumah.
1. Lokasi Ruang Solat
Untuk membina ruang solat atau mini surau di rumah tak semestinya memerlukan kawasan yang besar. Boleh juga pilih bilik kecil di rumah yang tidak digunakan untuk dijadikan mini surau. Kebiasaannya jika rumah bertingkat, pilih bilik di tingkat bawah. Ia memudahkan juga tetamu yang datang untuk menggunakan bilik tersebut sebagai ruang solat.
Selain itu boleh juga, menjadikan ruang keluarga di tingkat atas sebagai ruang solat. Ruang terbuka di tingkat atas tersebut, menghubungkan semua bilik dan memudahkan akses untuk ke ruang solat. Namun demikian, jika keluasan rumah kecil, boleh sahaja cari satu sudut khas di dalam bilik tidur, dihias indah untuk dijadikan ruang ibadah.
3. Arah Kiblat
Boleh dapatkan khidmat Jurufalak bertauliah untuk datang ke rumah bagi menentukan arah kiblat dengan tepat, supaya menunaikan ibadah dengan yakin dan sempurna. Pastikan sudut ini tidak menghadap ke arah pintu bilik, pintu tandas atau laluan utama dalam rumah.
3.Pilihan Warna Tenang
Sebaiknya untuk ruang solat pilih warna pastel, lembut nak menenangkan. Seperti rona putih, off white, beige, cream untuk kemasan cat dinding atau perabot. Warna-warna ini dapat membantu mewujudkan suasana yang damai dan boleh fokus dalam beribadah.
4. Pencahayaan
Pastikan ruang solat mempunyai pencahayaan yang mencukupi, tetapi tidak terlalu terang atau terlalu malap. Lampu dengan cahaya lembut atau lampu dinding yang boleh dilaraskan dalam keamatan boleh menjadi pilihan yang baik.
5. Letak Karpet atau Sejadah Khas
Sediakan karpet atau sejadah khas yang selesa untuk solat. Pilih bahan yang lembut dan mudah dibersihkan. Anda juga boleh memilih sejadah dengan motif atau warna yang sesuai dengan estetika ruang solat.
6. Susun Atur Mudah dan Tertib
Pastikan, rekaan ruang solat berpandukan arah kiblat agar dapat menggunakan ruang dengan lebih efektif dan menyeluruh. Sebaiknya, elakkan meletak pintu betul-betul berhadapan dengan ruang solat. Boleh juga bina, tempat mengambil wuduk berhampiran mini surau yang dibina.
Pastikan ruang solat mempunyai susun atur yang bersih dan teratur. Elakkan daripada meletakkan barang atau hiasan yang berlebihan di dalam ruang. Ruang yang ringkas dan minimalis akan membantu anda fokus semasa beribadat.
Laraskan hiasan bilik solat mengikut keperluan untuk beribadah. Contohnya, tambah tempat menyimpan Al-Qur’an atau peralatan ibadah lain secara tersusun dan mudah dicapai. Pastikan kitab suci Al Quran tidak diletakkan terlalu rendah agar tidak mudah dilangkah atau letak terlalu tinggi dan sukar dicapai.
7. Letak Tumbuhan Hijau
Tumbuhan hijau di surau dapat menyerikan kediaman dengan menyuntik kesegaran semula jadi serta pengudaraan oksigen. Pilih tumbuhan yang mudah dijaga dan sesuai ditanam di dalam rumah dengan pencahayaan yang terhad. Antaranya seperti;
Pasang hiasan dinding yang bermakna seperti kaligrafi Islam, ayat al-Quran, jam waktu solat atau gambar semula jadi yang tenang. Ia bukan sahaja menambah estetika, tetapi juga menerapkan nilai-nilai rohani dan Islamik.
9. Letak Pewangi
Jangan lupa untuk letak semburan pewangi dengan aroma lembut dan tidak terlalu menusuk di ruang solat ini, supaya lebih selesa dalam beribadah. Antaranya seperti bau vanila, sweet floral, oud dan sebagainya.
Akhir sekali, semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-samalah kita mewujudkan ruang solat atau mini surau yang selesa di rumah dalam mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang bakal tiba nanti.
Semoga bermanfaat!Sama-sama kita mewudukan ruang solat atau mini surau di rumah dalam mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang bakal tiba ini.
Sudah penat mengecat pasti terasa malas untuk mengemas semula peralatan mengecat yang digunakan. Ramai yang mengambil jalan pintas membungkus kesemua peralatan dan buang atau meyimpannya begitu sahaja tanpa menghiraukan kondusi peralatan itu. Malah ia akan menyebabkan kerosakkan serta pembaziran apabila dibiarkan. Jadi, ikuti 8 langkah apa yang harus anda lakukan selepas mengecat yang betul ini.
1. Bungkus semula berus cat anda di dalam plastik sekiranya anda ingin berehat seketika.
2. Jangan malas membersihkan segera berus cat selepas digunakan. jangan tegakkan berus pada bahagian bulunya kerana ia akan merosakkan struktur berus anda.
3. Gelek lebihan cat pada surat khabar lama dan basuh dengan air suam serta sabun. Gantung penggelek agar bulunya tidak rosak.
4. Bersihkan bahagian tepi penutup tin cat seandainya anda mahu menutup kembali tin cat.
5. Tutup tin cat dengan rapat jika masih mempunyai lebihan supaya cat tidak rosak dan tercemar.
6. Gunakan bongkah kayu jika anda mahu mengetuk penutup tin agar ia tidak kemek.
7. Jika ada lebihan cat yang agak banyak, simpan ia di stor dan jauh dari kanak-kanak serta bahan mudah terbakar.
8. Jika terdapat lebihan cat pada tin, keringkan cat itu dahulu agar mudah dibunag dan dibungkus semula.
9. Jangan sesekali membuang lebihan cat ke dalam longkang. Ini hanya akan merosakkan lagi alam sekitar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak semua rumah jenis apartment serta kondominium dan townhouse mempunyai balkoni. Ia selalunya ditukar ganti dengan tempat duduk tingkap. Jika bulan lepas IMPIANA sudah tunjukkan cara untuk mendeko balkoni kediaman anda, kali ini biar kami tunjukkan apa yang anda boleh buat dengan tempat duduk tingkap atau Bay Window.
Untuk permulaan, style ini telah diaplikasikan sejak sekian lamanya dan pada hari ini ianya dikenali sebagai idea hiasan bertemakan konsep Classic. Selalunya ruangan ini dijadikan tempat untuk mencari ilham di siang hari berikutan cahaya semulajadi yang masuk melalui tingkap.
Jadikan Ianya sebagai salah satu komponen ruang makan yang besar
Anda boleh jadikannya sebagai tempat duduk tambahan bagi meja makan. Idea ini amat sesuai jika anda mempunyai keluarga yang besar dan suka makan beramai-ramai. Jika tidak muat makan di atas meja, anda boleh duduk di tepi tingkap tetapi harus berjaga-jaga, jangan sampai makanan tumpah dari pinggan sebab anda tidak mempunyai meja cuma tangan sebagai alas.
Gabungkan tempat duduk tingkap dengan meja kopi kecil
Satu idea yang paling mudah untuk dilaksanakan adalah dengan memadankan meja kopi di sebelah tempat duduk tingkap dan ditambah dengan meja kusyen atau mini stool. Idea ini ingin memastikan anda menikmati sarapan serta evening coffee yang nyaman serta memberikan anda pengalaman seperti sedang menikmati secangkir kopi di restoran. Jika pemandangan luar sayup mata memandang, jangan lupa panjatkan syukur kepada yang Maha Esa.
Suai padan dengan perabot tambahan lain
Sama seperti balkoni, ianya terletak bukan sahaja di sebelah ruang tamu, di bilik tidur utama juga terdapat ruang lebihan yang mana jika kita upgrade, ianya akan menjadi tempat duduk tingkap yang kreatif. Suai padannya tidak terhad dengan tambahan perabot seperti kerusi dan meja sahaja kerana anda boleh pelbagaikan reka letak dengan tambahan seperti rak buku, ruang simpanan dan juga katil.
Meja Kerja Di Rumah
Kalau anda tidak mahu jadikannya sebagai tempat duduk, anda boleh tukar peranannya menjadi tempat meja kerja. Ianya amat sesuai dengan mereka yang menjalankan perniagaan atas talian serta pekerja sambilan pelbagai perkhidmatan. Motivasi anda untuk menyampaikan hasil kerja yang mantap lebih tinggi jika pemandangan luar tingkap anda menakjubkan pandangan mata.
Tidak terhad hanya dalam rumah
Jika anda merupakan pemilik kediaman rumah atas tanah seperti, Semi-D, teres setingkat, banglo dan townhouse aras bawah, anda boleh jadikan tingkap di sebelah pintu masuk utama sebagai tempat duduk tingkap bukan di bahagian dalam, tetapi bahagian luar. Idea ini akan menjadi meja minibar kecil yang mana ianya memudahkan tetamu anda untuk menikmati minum petang di bahagian luar rumah. TETAPI harus diingat, pastikan keselamatan tingkap anda mantap untuk mengekang kemasukan pencuri.
Tempat istirehat
Akhir sekali, anda boleh jadikannya ruangan tingkap ini sebagai tempat anda beristirehat bersama yang tersayang. Ianya bergantung kepada saiz yang anda miliki, jika besar, jadikan ianya muat untuk 2 orang atau lebih, jika tidak cukup untuk anda seorang menjamu mata pemandangan indah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...