Nak sewa rumah, perkara pertama yang kita akan lihat selain lokasi adalah kondisi rumah tersebut. Bila nampak kotor dan buruk, mesti awal-aawl dah tolak kan. Namun, tidak bagi puan Farizah Jaafar. Rumah yang disewa pada harga RM200 sahaja walaupun tak cantik diubah suai macam rumah sendiri. Yang penting, keselesaan mereka seisi keluarga.
Bukan sikit2 punye penat pindah2 rumah ni. Sebulan dua pun belum tentu siap kemas. Syukur Alhamdulillah..dh masuk minggu ke 3 pindah rumah sewa baru. Dekor sikit-sikit masa si kecil nyenyak tidur.
Lantai tu simen diberi kemasan guna epoxy untuk gantikan tikar getah. Nak pasang jubin tak cukup budget pulak. 1 tin cat epoxy 4L+ 1L hardener RM160. Pelbagai pilihan warna. pada awalnya saya nak amik warna kelabu, tapi ubah fikiran pilih yellow pastel untuk nampak ruang lebih luas & besar. 5L ni cukup untuk Saiz ruang 20×20.
Walaupun sewa & renovate pun ada black & white. Sewa RM 200 sebulan. Kos ubahsuai tolak sewa bulanan. Rumah 2 bilik 1 store tapi saya tambah lagi 1 bilik sebab ruang makan besar. Syukur Alhamdulillah.
Barang rumah lama saya banyak jual. Sebab leceh nak angkut pindah. 2 bulan saya cuti mengajar dekor kek, sebab kemas barang dan dekor rumah. Rumah ni masih belum siap kemas dan dekor sepenuhnya. Baru siap ruang tamu dan Ruang solat. Ruang makan, dapur & bilik tak siap lagi. Wallpaper, gantung langsir pun panjat dan pasang sendiri
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
APA ITU SHABBY CHIC? Gaya eklektik yang menggabungkan perabot antik dengan warna-warna pastel, renda dan bunga-bungaan feminin, digayakan lusuh atau vintaj. Jika anda sukakan gaya lembut dan timeless sebegini, ini adalah beberapa karakter utama yang perlu ada di kediaman anda untuk mencapai ruang SHABBY CHIC yang begitu cantik lagi menarik.
4 Ciri Shabby Chic
#1 Mix and Match
Buka minda dan jangan takut untuk mencuba sesuatu yang luar dari kebiasaan. Mix and match kan perabot, material, warna-warna pastel dengan elemen klasik untuk look shabby chic yang lebih sempurna.
#2 Elemen Vintaj atau Klasik
Segala perhiasan dan perabot untuk tema ini perlu kelihatan klasik tetapi dalam masa yang sama timeless.
#3 Feminin dan Ceria
Konsep ini memang terkenal dengan gaya feminin nya yang diterjemahkan melalui pemilihan warna dan juga motif floral yang sudah sinonim dengan lambang kewanitaan.
#4 Warna-warna Neutral
Penggunaan warnaneutral dapat tone down kan elemen klasik yang mungkin akan kelihatan sarat jika dipadankan dengan warna yang terang. Jadi, rona seperti putih, beige dan kelabu adalah pilihan yang bijak.
Kredit Gambar : Google
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai di luar sana takut untuk membeli rumah, mereka lebih sanggup menyewa bertahun-tahun dan membayar duit sewa dari bayar duit rumah sendiri setiap bulan. Ada pula yang bertanggapan gaji tak cukup nak buat loan rumah, semua masalah itu mampu diselesaikan jika anda mahu belajar dalam selok belok hartanah. Mulakan sesuatu sebelum terlambat. Wendy Lim, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Myra, ada berkongsi tip yang berguna untuk semua pembaca IMPIANA.
1) Wajarkah saya membeli sebuah rumah atau meneruskan sewa? Apakah faedahnya? Tidak salah menyewa, asalkan keperluan dan kemampuan dipertimbangkan. Ada banyak faktor yang boleh menjadikan keputusan menyewa lebih baik daripada membeli. Tetapi kita perlu ambil tahu bahawa apabila anda membayar sewa rumah, ia adalah kos. Apabila anda membeli rumah, bayaran bulanan adalah pelaburan buat masa depan anda sekeluarga.
2) Bagaimanakah untuk mengetahui jika saya bersedia untuk memiliki sebuah rumah? Memiliki rumah adalah satu komitmen yang besar. Jangan sesekali membuat keputusan secara terburu-buru. Sekiranya anda mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap dan anda dapat membuat simpanan sebanyak ansuran rumah, ini bermakna anda sudah bersedia untuk memiliki rumah.
3) Bagaimanakah dapat mengambil tahu nilai rumah yang mampu saya miliki? Secara kasar, setiap pinjaman sebanyak RM 100,000, bayaran balik bulanan adalah RM 500. Kelulusan pinjaman bank adalah berdasarkan had peratusan DSR yang pada amnya tidak boleh melebihi lingkungan 65% – 70%. DSR adalah nisbah hutang terhadap pendapatan isi rumah. Formula untuk DSR adalah seperti berikut:
DSR = Hutang (termasuk bayaran balik pinjaman rumah yang hendak diambil)/ Pendapatan Bersih X 100
Contoh: Pendapatan bersih Ali adalah RM 4,000. Ali mempunyai pinjaman kereta sebanyak RM 700 dan pinjaman peribadi sebanyak RM 300. DSR 65% x RM 4,000 = RM 2,600 (Jumlah hutang yang boleh ditanggung oleh Ali) Hutang sedia ada adalah RM 1,000, ini bermaksud Ali masih mampu menanggung hutang sebanyak RM 1,600 sebulan. Dengan itu, nilai rumah yang mampu Ali miliki adalah dalam lingkungan RM 300,000 dengan bayaran balik bulanan sebanyak RM 1,500. (Setiap RM 100,000 pinjaman perumahan, bayaran balik bulanan adalah RM 500)
4) Bagaimanakah saya boleh membuat keputusan atas tempat duduk yang saya hendak menetap? Anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara::
5) Apabila membeli sebuah rumah, apakah perkara-perkara yang saya perlu mempertimbangkan? Dari segi kewangan, anda perlu mempertimbangkan kos tersembunyi seperti:
6) Berapakah jumlah yang saya perlukan untuk membuat bayaran pendahuluan?
Oleh kerana bank menyediakan margin pembiayaan/ pinjaman rumah sebanyak 90% sahaja bagi rumah pertama dan kedua (70% bagi rumah ketiga), maka seorang pembeli perlu menyediakan minima 10% daripada harga rumah sebagai deposit. Terdapat juga bank-bank yang menyediakan pinjaman 100% untuk pembeli rumah pertama tetapi penawaran adalah tertakluk kepada tema dan syarat. Kebanyakan pemaju menawarkan diskaun sebanyak 10% yang juga termasuk bumi diskaun bagi projek-projek baru yang dilancarkan, maka pembeli tidak perlu mengeluarkan deposit atau bayaran pendahuluan yang banyak.
7) Adakah saya perlu mencari seorang ejen hartanah? Di mana saya boleh mencari seorang ejen hartanah? Tidak perlu. Pemaju hartanah akan menyediakan pegawai/ agen jualan untuk membantu anda. Sekiranya ingin membeli rumah subsale, kebiasaannya ejen dilantik oleh penjual untuk membantu mencari pembeli dan kos ejen adalah ditanggung oleh penjual. Internet adalah kemudahan yang sangat membantu dalam pembelian dan penjualan hartanah. Terdapat pelbagai website jual beli hartanah yang memudahkan proses pembelian/penjualan rumah. Sebenarnya ejen hartanah yang lebih giat mencari anda.
8) Adakah skor kredit saya memberi kesan kepada keupayaan saya untuk membeli sebuah rumah? Skor kredit akan memberi kesan kepada keupayaan anda untuk membeli sebuah rumah kerana keputusan skor kredit anda akan menentukan sama ada permohonan pinjaman perumahan anda diluluskan atau tidak.
Pembayaran balik yang konsisten, tiada rekod pinjaman yang mendadak, pekerjaan yang tetap dalam industri yang stabil, akan mempengaruhi skor kredit seseorang.
9) Apakah gadai janji yang perlu diketahui oleh pembeli rumah untuk kali pertama? Anda perlu mengenal pasti jenis pinjaman perumahan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda. Berikut adalah jenis pinjaman perumahan yang perlu diketahui.
10) Apakah kelebihan kewangan kepada pembeli rumah untuk kali pertama? Terdapat pelbagai kelebihan kewangan buat pembeli rumah yang pertama melalui program-program bantuan seperti
11) Komitmen untuk pembelian sebuah rumah adalah begitu tinggi. Adakah fakta ini benar? Kebiasaannya, semakin besar harga pembelian sesuatu yang diingini, semakin banyak masa yang diperlukan untuk membuat keputusan pembelian. Dan buat ramai, pembelian rumah akan merupakan perbelanjaan terbesar dalam hidup mereka. Pembelian rumah adalah komitmen yang sangat besar dengan penglibatan jumlah wang yang tinggi serta jangkamasa komitmen yang berpanjangan iaitu pinjaman daripada bank. Tetapi dengan perancangan yang rapi, memahami dan mengenal pasti kemampuan serta keperluan, komitmen ini akan membawa faedah yang besar kepada masa depan anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kebanyakan kita pastinya pernah menghadapi masalah tahi cicak yang memenuhi sudut pintu dan celahan tingkap. Amat menjengkelkan dan naik kembang tekak bila tengok lama-lama kan?
Sememangnya sudah menjadi kemestian untuk dibersihkan, walaupun tahu tahi cicak akan berkumpul semula dicelah-celah tingkap tadi. Bukan mudah nak bersihkan, lebih-lebih lagi yang sudah mengeras kerana dibiar lama.
Buat pemilik rumah yang sudah buntu macam mana nak kurangkan masalah jelek ini, wanita ini ada kongsikan tips dan panduan membasmi tahi cicak dengan hanya menggunakan tiga bahan. WOW!
TIP ATASI MASALAH TAHI CICAK
Euww! geli sangat bila tengok taik cicak bertaburan kat tepi tingkap, kat lantai. Kakina memang geli dengan cicak. Tapi, tiap kali balik kampung, kena cuci taik cicak.
Biasa lah rumah kampung banyak cicak. Pasang perangkap pun tak pupus. Ada je yang datang mengunjung. Tak mau berperang dengan cicak, lebih baik cari jalan elak dari cicak buat onar di tepi tingkap dan lantai. Kita buat spray penghalau.
Bahan-bahan yang diperlukan ;
– 1/3 Cuka makan
– 1/3 Air
– 1/3 Cecair pencuci pinggan
Campurkan kesemua bahan tadi mengikut nisbah yang ditetapkan di dalam botol spray. Kemudian semburkan pada kawasan yang selalu menjadi pusat perkumpulan cicak. Selain cicak, gabungan bahan tersebut juga boleh digunakan untuk menghalau semut. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!