
Tip pokok ros galak berbunga boleh diamalkan oleh pemilik laman rumah yang mahu tengok pokok kesayangan sentiasa segar dan berputik. Ros antara tanaman hiasan yang cukup cantik, tetapi penjagaannya agak cerewet kerana mudah rosak jika tanah tak subur.
Tip Pokok Ros Galak Berbunga, Ini Resipi Baja Guna Bahan Dapur
Sebenarnya, tak perlu pun beli baja mahal di kedai. Anda boleh hasilkan sendiri baja organik menggunakan bahan dapur yang ada di rumah. Selain jimat, ia juga selamat dan lebih mesra alam.

Resipi Baja Guna Bahan Dapur
Baja ini mudah disediakan dan sesuai untuk menyuburkan pokok ros supaya cepat berputik dan berbunga lebat.
BAJA LEKIT
Bahan-bahan:
3 cawan air tanpa klorin
2 sudu makan gula merah (molass)
1 sudu makan Epsom salt
2 sudu makan cuka epal
1 sudu makan ekstrak rumpai laut (kologen rumpai laut)
2 sudu makan serbuk ikan (resepi baja ikan klik sini)
Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan larutkan 8 cawan dari dari pati baja Bersama ½ gellon air. Semburkan pada keseluruahn tanaman di waktu petang selepas siraman dilakukan. Ulang semburan baja selepas 6-8 minggu. Campuran ini berupaya membekalkan nutrien yang seimbang diperlukan tanaamn untuk menggalakkan penghasilan kudu[ pros yang banyak
BAJA SISA DAPUR
Baja serbuk kopi
Jangan di bazirkan serbuk kopi yang telah digunkan. Ia amat bermanfaat kepada tanaman anda termasuklah pokok ros. Serbuk kopi terpakai tadi kalua di tabur pada batas pangkal medium ros, ia mampu menambah kadar asid yang diperlukan pokok untuk menggalak pertumbuhan kudup bunga.
Disamping itu juga, serbuk kopi terpakai yang dijadikan sebagai baja rosa dapat membekalkan sedikit keperluan potassium, nitrogen dan magnesium. Tapi, pastikan serbuk kopi yang digunakan tidak mempunyai sisa atau campuran bahan lain terutamanya garam dan gula.

Baja kulit pisang
Kulit pisang pun mempunyai potasium yang diperlukan tanaman terutamanya ros. Caranya paling mudah. Anda hany perlu gali lubang 4-6 inci dalam di pangkal pokok ros dan tanamkan kulit pisang. Atau, boleh cuba teh kulit pisang. Cara penyediaan teh kulit pisang

Baja kulit telur
Kuliyt telur lagi salah salah satu bahan sisa buangan dapur yang boleh dijadikan baja. Ia diperkaya dengan kasium karbonet yang tinggi seperti yang dijumpai di dalam kapur pertanian. Terdapat 2 cara untuk menggunkan kulit telur terus pada tanaman sama ada hancurkan ia menjadi serpihan kecil atau kisar dengan menggunkan pengisar kering untuk menjadikan ia dalam bentuk serbuk supaya lebih mudah diserap tanaman.

BAJA ASID TANAH
Cuka boleh meningkatkan kadar keasidan tanah seperti yang diperlukan tanaman berbunga dan berbuah. Namun, cuka tidak membekalkan nutrient yang banyak. Oleh itu ia hanya sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kepada pokok ros
Bahan-bahan
1 sudu makan cuka masakkan
1 gellon air
Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan jadikan ia sebagai air siraman pada tanaman setiap 3 bulan sekali.
Tip Tambahan Penjagaan Pokok Ros
*Pastikan pokok mendapat cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam sehari.
*Pangkas ranting tua dan daun kering supaya pucuk baru cepat tumbuh.
*Elakkan siram terlalu banyak air kerana akar ros mudah reput jika tanah terlalu lembap.
*Boleh tabur sedikit serbuk kopi terpakai pada tanah untuk tingkatkan kesuburan.
Dengan baja organik buatan sendiri ini, pokok ros akan lebih subur, daunnya hijau segar dan yang paling penting, kuntumannya cepat keluar. Cubalah, pasti puas hati tengok laman rumah meriah dengan bunga ros yang cantik mekar.
Artikel lain: EDRY Hias Kediaman Dengan Hydrangea & Bunga Ros Yang Ditanam Sendiri Di Laman Rumah
Ramai Tanam Pokok Ros, Tapi Kenapa Susah Nak Berbunga Lebat? Ini Sebab & Tip Penting
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di




