Tiada kawasan untuk bertaman? Itu bukan lah alasan untuk penghuni kondominium dan pangsapuri untuk memiliki sebuah taman atau ruang menghijau yang segar di rumah mereka. Apa sahaja yang ditanam secara tradisionalnya di tanah juga boleh ditanam di atas kawasan berlantai konkrit sepenuhnya seperti di balkoni rumah.
Pelbagai cara dan kaedah penanaman dapat digunakan seperti vertical garden, window box, walled pot dan pasu gantung yang berupaya menyerikan dan menghidupkan ruangan sempit di balkoni anda. Namun beberapa perkara perlu dikenal pasti sebelum mula bertaman. Antaranya, kaji keseluruhan ruang balkoni terutamanya struktur binaannya. Ia bertujuan untuk memastikan dead load atau beban yang mampu ditanggung oleh struktur balkoni tersebut supaya tidak berlaku sebarang masalah kelak.
Anda juga perlu kenal pasti kondisi persekitaran seperti suhu dan pengamatan cahaya matahari. Ini penting untuk memastikan jenis tumbuhan sesuai yang boleh ditanam di balkoni. Selepas mengenal pasti growing environment di balkoni, sedikit sebanyak ia dapat membantu anda untuk mereka bentuk taman dan pemilihan tumbuhan yang sesuai.
Apa yang boleh ditanam?
Tanaman yang bersesuaian untuk ruangan balkoni adalah tumbuhan daripada jenis yang menjalar dan memanjat. Ini kerana tumbuhan dari jenis begini memerlukan ruangan tanah yang sedikit. Buah dan sayuran menjalar seperti tomato sesuai untuk ditanam di kawasan sempit seperti balkoni kerana ia memerlukan ruang tanah yang sedikit. Tumbuhan jenis ini dapat memanfaatkan tiang atau pagaran besi yang terdapat di balkoni sebagai tempat untuk memanjat.
Apa yang tidak boleh ditanam?
Sudah pastinya pokok besar bukanlah pilihan yang sesuai untuk tanaman di balkoni. Tumbuhan tidak bersesuaian dengan growing condition yang telah dikaji dari awal juga tidak sepatutnya ditanam kerana di khuatiri hasilnya akan mengecewakan. Manakala tumbuhan daripada jenis berbunga akan mengalami masalah untuk menghasilkan kudup bunga jika jumlah pengamatan cahaya yang diperlukan tidak mencukupi. Oleh itu jika balkoni anda menerima pancaran cahaya matahari yang baik, maka tumbuhan berbunga adalah pilihan tepat kerana ia bakal menyuntik seri pada balkoni kediaman.
Window box
Penggunaan window box atau juga dikenali sebagai window flower box atau window planter box merupakan sesuatu yang bukan menjadi kebiasaan budaya di Malaysia. Ia kebiasaannya diletakkan di hadapan tingkap dan ditanam dengan tumbuhan jenis menjalar seperti petunia. Ia juga sesuai untuk dijadikan sebagai bekas tanaman herba atau tumbuhan edible. Anda boleh mengambil idea yang popular di luar negara ini untuk memberi nafas baru pada tingkap kediaman anda.
Window box kebisaannya ditanam di bahagian luar tingkap dan mudah untuk dicapai. Terdapat pelbagai jenis window box namun kebiasaan yang menjadi pilihan adalah daripada jenis PVC atau fiberglass kerana ia ringan dan mudah untuk di selenggara. Kebiasaannya ia akan dipasang di bahagian bawah bingkai tingkap dan akan disokong dengan brackets yang diskrukan pada dinding.
Pasu gantung
Pasu gantung kebiasaannya digunakan untuk tumbuhan menjalar, hiasan atau berbunga lebat. Secara tipikalnya, ia selalu digantung di sisi bangunan, tiang lampu, di hujung bumbung, kekisi dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis pasu gantung seperti dari plastik, tanah liat, metal dan sebaginya.
Walaupun terdapat banyak jenis tumbuhan yang sesuai dijadikan sebagi tumbuhan gantung, prinsip container garden tetap perlu diaplikasikan untuk menjadikan ruang balkoni anda yang sempit, meriah dengan pelbagai jenis tumbuhan. Gunakan tanah yang diperkaya dengan nutrien dan pastikan pasu gantung yang digunakan mempunyai lubang untuk memudahkan aliran air dan paling penting tumbuhan yang dipilih haruslah berpadanan dengan iklim persekitaran.
Green wall
Green wall atau lebih dikenali sebagai vertical garden, living wall, BIOboards, biowall, atau Ecowall memang tidak asing lagi penggunaannya di masa kini. Ia sesuai di aplikasikan di kawasan komersial mahupun di rumah kerana ia menjimatkan ruang di samping dapat mengurangkan kesan panas pada dinding.
Panel yang digunakan untuk membina sebuah green wall terdiri daripada beberapa buah biji pasu yang disusun secara berhampiran untuk mewujudkan impak padat ruangan hijau. Terdapat pelbagai reka bentuk kreatif yang boleh dilakukan sendiri dengan menggunakan barangan terpakai seperti penggunaan botol plastik, palet industri, tin, bingkai dan sebagainya.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI