Kesum antara tanaman herba yang banyak digunakan dalam masakan melayu seperti asam pedas, laksa, asam rebus dan sebagainya. Tanpa kehadiran daun kesum, macam kurang enak dan aroma masakkan kita tu nanti. Walaupun mudah untuk dibiakkan sendiri, ramai yang menuju jalan buntu apabila kesum yang disemai mula kekuningan dan mati walaupun tekniknya betul. Ia berpunca dari kurang nya pencahayaan.
Salah satu teknik yang banyak digunakan adalah hanya dengan menggunakan air. Teknik semaian dalam air ni, paling mudah dan cepat. Nak tahu caranya, boleh ikut cara Nur Izzah Muhmud
CARA BIAK KESUM DALAM BALANG
1. Pilih keratan yang matang, sihat dan segar dari pokok induk
2. Buang daun di bahagian bawah seperti dalam gambar
3. Sediakan botol lutsinar. Saya gunakan balang lutsinar untuk mudah pantau kehadiran jentik-jentik. Kalau berlumut atau ada jentik-jentik, cuci sahaja balang dan bahagian akar ebrsih-bersih. Boleh guna balang kaca atau plastik
Ads
3. Rendam keratan batang tadi dalam balang
4. Letakkan balang di kawasan yang mudah mendapat cahaya matahari tapi bukan secara terus dan panas. Macam saya, kawasan tanamn kesum menerima pengamatan cahaya matahari sehingga jam 3 petang sahaja.
5. Tambah air jika kandungannya berkurangan
Ads
6. Pembajaan boleh dilakukan selepas sebulan mengunakan campuran AB ata NPK 15
Ads
TIP POKOK KESUM TUMBUH SEGAR DAN MERIMBUN
Selalu pangkas pokok kesum lebih-lebih lagi jika sudah mengeluarkan bunga. Itu tanda tanaman sudah tua. Cantas dan tinggalkan hanya sejengkal sahaja batang kesum dari pangkal. Jika dibiarkan, pokok akan mengering dan mati. Selapas cantas, boleh lakukan pembajaan. Boleh guna air basuhan beras, ikaan dan sekali sekala tanamkan perut ikan pada pangkal pokok
Bila akar dah terlalu sarat, boleh pindah dalam pasu macam ni. Saya gunakan medium hampas sawit dan cocopeat
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tip pilih warna cat ideal untuk dinding, tersalah pilih rosak dekorasi rumah. Dalam memilih tema dekorasi, agak sukar untuk kita tentukan jenis warna yang akan kita gunakan sebagai warna utama agar ianya nampak sepadan dengan perabot yang kita pilih.
Terdapat beberapa faktor yang wajar diberikan pandangan yang serius seperti kombinasi warna asas serta utama dan jenis ruangan yang akan dicat. Anda pasti tidak mahu kelihatan sama warna dengan rumah orang lain, pastinya sebagai pemilik kediaman kita ingin muncul dengan idea tersendiri untuk mewarnai mahligai indah kita.
Berikut dikongsikan beberapa panduan pemilihan warna yang boleh anda terapkan di kediaman anda nanti.
TRY AND ERROR DI RUANGAN YANG KECIL
Saat ini anda masih lagi was-was dengan pilihan warna yang ada, jadi cuba dahulu di ruangan dinding yang kecil saiznya agar anda nampak kesannya setelah cat ditepek ke atas dinding. Ataupun anda boleh memilih dindingyang mudah untuk dilihat dan suai padankan perabot anda dengan dinging percubaan tersebut. Tetapi jika ianya nampak tidak sesuai, anda boleh tutupi kesilapan tersebut dengan hiasan wallpaper yang sesuai mengikut citarasa anda sendiri.
PILIH WARNA YANG SESUAI DENGAN MOOD ANDA
Tahukah anda jika anda tersalah memilih warna untuk bilik tidur, anda akan rasa susah untuk tidur seperti diganggu dan ia mempengaruhi kadar rehat anda dan kesan buruknya amat nyata di pagi hari selepas anda bangun dari tidur yang tidak lena. Oleh itu, pemilihan warna neutral seperti biru air laut serta hijau muda amat sesuai.
PERIKSA DAHULU ADAKAH WARNA CAT ANDA SESUAI DENGAN PENCAHAYAAN DI KEDIAMAN
Sebelum anda membeli cat, anda pasti akan ditunjukkan oleh wakil penjual tentang pilihan kotak warna untuk rujukan anda. Di sini ketelitian anda amat diperlukan dalam menentukan warna apa yang sesuai dengan lampu yang digunakan di rumah kerana di Malaysia terdapat dua jenis lampu yang amat popular digunakan iaitu lampu pijar, warnanya agak kekuningan manakala lampu kalimantang pula menghasilkan warna putih serta sedikit biru.
FAHAMI SUSUNAN KELUARGA DARIPADA CERAH HINGGA KE WARNA GELAP SERTA KETAHUI JUMLAH KECERAHANNYA
Berikut adalah di antara dua sebutan yang popular dalam penentuan kadaran warna iaitu Hue dan Saturation. Merah dan biru adalah warna hue. Nilainya bergantung kepada tahap keterangan atau kegelapan sesuatu warna tersebut.
Saturation pula adalah tentang tahap kepekatan sesuatu warna tersebut. Ianya amat penting kerana cara ini dapat menentukan kombinasi warna yang akan anda gunakan samada kuning terang bercampur biru muda atau sebagainya.
UJI WARNA PILIHAN SECARA TERUS KE DINDING UTAMA PADA SKALA KECIL
Anda boleh cuba padankan segala pilihan warna terus ke atas dinding. Tetapi anda perlu bersedia dengan cat warna asal dinding, kerana anda perlu menutupnya kembali jika segala warna yang anda cuba tidak menetapi citarasa anda. Ini kerana di peringkat permulaan tadi, anda hanya bayangkan warna yang mengikut katalog yang disediakan, tetapi anda kini membawa pulang beberapa sampel yang bersesuaian.
PEMILIHAN WARNA MENGIKUT SKALA LINGKARAN WARNA
Senjata utama para designer adalah skala lingkaran warna. Ianya membantu mereka dalam pemilihan kombinasi warna yang tetap. Contohnya, padanan warna merah terang dan hijau muda merupakan padanan ideal untuk tema gelap-terang. Skala ini membantu adunan warna tersebut tampak hebat apabila diaplikasikannya nanti.
Setelah bertahun-tahun bekerja keras di dapur, sudah tentu keadaan dan prestasi dapur gas sudah tidak sama lagi seperti semasa baru dibeli. Setiap dapur gas layak di berikan servis yang sewajarnya agar ia dapat bertahan lebih lama lagi.
Masalah serpihan karat yang menutupi lubang pada tungku dapur gas membawa kepada keadaan api kecil. Hal ini akan mengganggu prestasi masakan anda. Sedih! Tetapi jangan risau, kerana masalah ini ada jalan penyelesaiannya.
Menurut perkongsian saudara Abdul Ghopar Zakaria Ansari ini langkah-langkah pembersihan yang boleh anda lakukan :
Sebelum itu, ini peralatan yang diperlukan :
1.Playar
2.Pemutar skru bunga dan philips
3.Klip kertas
4.Spray anti karat WD40
5.Kertas surat khabar lama
1.Tanggalkan tungku dari injap gas dengan mencabut pin di bahagian bawahnya.
2. Buka skru Selesai tanggalkan tungku dari injap gas.Cuba buka skru untuk pisahkan injap gas dan paip gas.Jika terlalu ketat tidak perlu dipisahkan.
Dalamnya ada getah seal dan akan nampak injap gas berlubang besar dan kecil bagi mengawal penggunaan gas.
Bagi golongan wanita yang ingin melakukannya sendiri tidak perlu keluarkan injap dan paip gas ini. Terus cucuk klip kertas ke saluran injap gas.
3. Injap dan paip gas dikeluarkan sepenuhnya
4. Spray anti karat
Ambil spray anti karat dan semburkan ke dalam bahagian penyambung antara tungku dan injap gas.Kemudian gunakan klip kertas untuk mencucuk lubang halus di injap gas.
5. Bersihkan lapisan minyak
Kesan lapisan minyak dari lubang injap gas. Lapisan minyak ini akan bertukar menjadi kerak minyak dan membuatkan saluran injap gas tersumbat.Bersihkan beberapa kali sehingga berpuas hati.
6. SIAP! Taraaaaaa..sudah siap di servis. Dapur ini telah dua tahun digunakan.
Dapur yang dijaga dengan baik mampu bertahan lebih lama.
Jika perumahnya dan paip gas sudah terlalu uzur dinasihatkan tukarlah yang baru ya.
LAH AHMAD & Adik Beradik Sepakat Hadiahkan Peti Sejuk Baru Untuk Mak. Peti sejuk antara keperluan perkakasan elektrik di rumah. Peti sejuk yang besar dan cantik serta mempunyai banyak kompartmen luas merupakan idaman bagi kebanyakan pemilik kediaman.
Hadiahkan Mak Peti Sejuk Baru
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.
Lebih istimewa peti sejuk tersebut merupakan hadiah daripada Lah dan adik beradik buat ibu mereka, juga sempena persediaan meraikan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.
Surprise Mama! 😊🤲🏼Tak perlu tunggu harijadi Mama, tak perlu tunggu hari yang khusus, sebab semua hari, adalah hari special untuk Mama. Love you Mama.
❤️💯Terima kasih dari kami anak anak, Yas yang pilih model fridge. Amira tolong pilih. Kakak, Omar, Alya, Mimin ngan Abang chipped in. Dari kami semoga Tok Mama sentiasa dalam limpahan kasih sayang Illahi. ❤️❤️💯💯🤲🏼 terima kasih yang tak terhingga atas jasa hebat Mama ke atas kami anak-anak cucu menantu, selama ni. Tak mampu nak balas lagu mana lagi, kami titipkan doa buat Mama sentiasa.
Peti Sejuk MIDEA Keluaran Terbaru
Menerusi pencarian IMPIANA, peti sejuk tersebut merupakan keluaran terbaru jenama Midea dengan kapasiti 660L jenis ‘Side By Side’ dan ‘White Glass Inverter’.
IMPIANA: Alhamdulillah, tumpang gembira dapat membahagiakan ibu tersayang. Semoga menjadi inspirasi buat buat kita.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.