Tip Feng Shui Agar Rumah Cepat Laku Terjual

Share

Tip Feng Shui agar rumah cepat laku terjual. Menjual rumah bukanlah sesuatu yang mudah kerana ramai pembeli sangat teliti dalam membuat keputusan. Faktor seperti harga, lokasi, akses jalan, bahan binaan, dan kemudahan sekeliling sering menjadi pertimbangan utama sebelum seseorang berani membeli sebuah rumah.

Tip Feng Shui Agar Rumah Cepat Laku Terjual

Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, banyak orang lebih memilih untuk menangguhkan malah ada yang terus membatalkan niat membeli rumah. Situasi ini tentu membuat pemilik hartanah semakin bimbang apabila rumah mereka tidak juga terjual.

Namun begitu, ada cara untuk meningkatkan peluang agar rumah lebih cepat laku, salah satunya dengan mengaplikasikan prinsip feng shui.

Apa Kata Pakar Feng Shui?

Menurut laporan Homes and Gardens, pakar terapi feng shui Suzanne Roynon berkongsi beberapa tip yang boleh membantu rumah lebih cepat terjual. Katanya, penerapan feng shui dalam sesebuah kediaman dapat mencipta keseimbangan tenaga.

“Rumah dengan menerapkan feng shui yang optimal boleh dijual dengan harga jauh di atas harga pasaran.

Feng shui, iaitu ilmu kuno dari China, dipercayai mampu mewujudkan suasana positif dalam rumah serta menyingkirkan tenaga negatif yang menghalang rezeki atau keberuntungan. Dalam konteks jual beli rumah, ia dikatakan boleh menarik perhatian pembeli dan memberikan rasa selesa sejak kali pertama melihat kediaman tersebut.

Tip Feng Shui Agar Rumah Cepat Terjual

Pastikan Rumah Nampak Kemas

Sebelum rumah dipasarkan, lakukan pembersihan dan buang segala barangan tidak diperlukan. Elakkan perabot berlebihan yang membuat ruang kelihatan sempit. Sebaliknya, ciptakan ruang yang lapang, cerah, dan luas supaya pembeli berasa tertarik. “Penting juga untuk memastikan apakah rumah yang anda jual perlu diperbaiki atau sudah dalam keadaan baik,” ujar Roynon.

Jaga Kebersihan Rumah

Banyak penjual yang lalai sehingga rumah kelihatan kotor, halaman ditumbuhi rumput liar, atau pencahayaan teras gelap. Hal ini boleh menyebabkan pembeli langsung hilang minat.

Oleh itu, bersihkan rumah, nyalakan lampu teras, dan pastikan halaman sentiasa rapi supaya rumah tampak lebih menyenangkan.

“Sebenarnya tak perlu dikatakan lagi, sebab untuk menarik pembeli yang jatuh cinta pada hunian anda, minimalnya adalah rumah tersebut harus bersih,” jelasnya.

Perbaiki Segala Kerosakan

Sekiranya ada kerosakan, sama ada kecil atau besar, sebaiknya dibaiki segera. Jika pembeli melihatnya secara langsung, mereka mungkin menganggap penjual tidak jujur. Malah, gambar rumah yang dimuat naik ke internet juga akan dinilai oleh pembeli, jadi pastikan rumah dalam keadaan baik sebelum dipromosikan.

“Orang akan menilai rumah anda dari gambar yang diunggah ke internet. Jadi, atasi masalah yang perlu ditangani sebelum agen properti datang.

Kesimpulannya, walaupun pasaran rumah agak mencabar, pemilik masih berpeluang menjual rumah lebih cepat dengan menjaga kebersihan, melakukan pembaikan, serta mengaplikasikan prinsip feng shui untuk mencipta suasana yang harmoni dan menarik.

Artikel berkaitan: Tempat Terbaik Letak Cermin Menurut Feng Shui, Cipta Suasana Rumah Harmoni

Ruang Kamar Tidur Mengikut Kepercayaan ‘Feng Shui’, Ada Pantang Larang Yang Perlu Anda Tahu

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Norhasliza Mohd Shafi