Siapapun pasti ingin peralatan dapurnya bersih dan bebas dari karat. Dengan begitu kegiatan memasak pun akan jadi lebih semangat kerana mood memasak akan meningkat. Namun, kita seringkali berhadapan dengan masalah perkakas dapur dari logam ini akan berkarat dan tidak sesuai digunakan lagi.
Walaupun kita sudah membersihkannya setelah menggunakan, karat masih juga muncul dan menyebabkan peralatan dapur kita menjadi sangat kotor. Hal ini sering berlaku kerana tersalah cara penjagaanya.
Nah berikut ada beberapa tip yang mungkin anda boleh cuba untuk mencegah peralatan dapur dari berkarat:
Mencuci bersih setelah menggunakan
Ads
Peralatan memasak dengan bahan logam sangat mudah mengalami karat, oleh itu. Pastikan anda mencucinya dengan bersih setelah menggunakannya. Jangan sampai ada kotoran yang melekat sedikit pun tidak kelihatan. Gunakan sabun cuci pinggan yang baik untuk menyingkir kotoran degil. Contohnya, sisa-sisa minyak yang melekat.
Saat menyental perkakas logam ini elakkan dari menyental sekuat hati sehingga menyebabkan lapisan alat memasak tersebut terkikis, ini juga akan menjadi salah satu penyebab perkakas dapur mudah berkarat.
Ads
Keringkan setelah mencuci
Setelah mencuci keringkan sebaiknya perkakas dapur tersebut dan simpan ditempat yang sesuai. Ini kerana jika anda biarkan ia kering sendiri ia mampu timbulkan karat pada perkakas tersebut.
Gunakan peralatan masak setidaknya sebulan sekali
Ads
Jika anda mempunyai banyak perkakas dapur, pastikan perkakas dapur jenis ini digunakan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Jangan biar lama di dalam kabinet dapur anda.
Bijak memilik pekakas dapur
Saat membeli dan memilih peralatan memasak, pilihlah yang berkualiti tidak semestinya terlalu mahal. Yang penting ia mudah untuk digunakan dan dijaga.
Hanya dalam tempoh dua minggu sahaja, sebuah kediaman lama bertukar menjadi baru, tiada apa yang mustahil.
Kediaman 3 tingkat yang dibina sejak tahun 2000 ini sudah tidak lagi menarik dan berfungsi dengan baik sebelum tuan rumah membuat keputusan untuk mengubahsuai tingkat dua bangunan ini kepada sebuah apartmen moden dengan fasiliti yang lengkap.
Dengan ruang terhad yang ada pada pelan asal, arkitek perlu bijak dalam membentuk sebuah kediaman yang lengkap serba-serbi. Jadi, dengan persetujuan tuan rumah, balkoni kediaman ini telah ditukar menjadi sebuah ruang versatile yang menempatkan dapur kecil, ruang makan dan juga laundry area. Selain mempunyai pemandangan mengadap kejiranan yang nyaman, ruang ini juga mendapat simbahan cahaya semulajadi paling ideal.
Keseluruhan kediaman ini diserikan dengan warna putih serta rona hangat (warm) dari elemen kayu di lantai serta kemasan lain yang.
Bilik tidur utama yang bersambung terus dengan balkoni. Menggunakan sepenuhnya ruang sedia ada untuk penstoran disamping memberi keselesaan optimum kepada pemilik.
Tandas/bilik air juga diubahsuai sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman ini yang tampak lebih moden dan selesa.
Beberapa hari ni, ramai yang berkongsi masalah jubin di lantai mahupun dinding pecah atau meletup secra tiba-tiba. Tidak kira, rumah yang baru siap atau pun lama, masalah ini akan berlaku. Jangan cemas! Sekiranya rumah anda masih dalam tempoh WARRANTY sila lakukan pemeriksaan dengan segera dan laporkan kepada pemaju.
Berikut antara punca jubin anda meletup atau pecah secara tiba:
1. Jubin yang dipasang tidak melekat dengan sempurna.
2. Hollow tile/ jubin berongga
3. Campuran bahan seperti simen dan simen gam tidak mengikut spesifikasi yang betul.
4. Pengembangan haba/ termal expension
Untuk baik pulih, hanya bahagian yang pecah sahaja di tampal baru. Namun, bagi memastikan yang baru ditampal kelihatan sama dengan yang asal memang agak sukar. Setidaknya, mesti akan berbeza sedikit warnanya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Selalu orang nak ubah dekorasi dalaman rumah, pasti memikirkan tentang warna cat, pilihan perabot, dan pelbagai lagi. Tetapi tahukah anda dengan mengubah flooring pun kadangkala sudah cukup untuk mengubah penampilan rumah kita. Mungkin kerana pada asalnya kita hanya menggunakan material lantai yang sudah siap dipasang oleh pemaju dan kita hanya tukar cat dinding, tetapi kita lupa, lantai rumah, kalau diberi nafas baharu, pasti anda sendiri tidak sangka apabila melihat hasilnya nanti.
Ini yang dilakukan oleh pemilik kediaman pangsapuri kos rendah di Seremban 2 iaitu Umi Afiqah sekeluarga yang telah berjaya menatarias kediamannya yang berkeluasan 650 kaki persegi dengan memasang lantai vinyl baharu. Pemilik juga turut melakukan pengubahsuaian lain dan apabila siap, suasana kediaman bertukar 360 darjah serta merta.
Menurutnya, tema pilihan untuk rumah ini adalah modern minimalist dan ianya menjadi pilihan mereka kerana konsep ini amat bersesuaian dengan pasangan ini yang amat menyukai keadaan rumah yang teratur tanpa serabut dengan barangan yang terlalu banyak.
“Rumah kami mempunyai ruang yang terhad dan perlu dirancang dengan bijak supaya segala perabot yang dimiliki digunakan dengan sebaiknya serta memastikan kediaman ini nampak luas”, ujarnya.
Untuk memastikan segala dekorasi nerada dalam keadaan yang betul dan teratur, mereka mendapatkan khidmat nasihat interior designer serta banyak membuat rujukan atas talian dan mengunjungi rumah contoh malahan membelanjakan sebanyak RM20K untuk segala hiasan. Selain itu, konsep ini berjaya disiapkan dalam masa tiga bulan.
Penulis amat menyukai pilihan drop ceiling yang bertindak sebagai pembias cahaya recess light yang disorokkan dalam rekaan ceiling yang menerangi setiap inci kediaman ini. Selalunya jika kediaman anda sempit, pasti cahaya yang terdapat dalam kediaman amat sedikit sehingga menjadi malap, oleh itu pujian harus diberikan kepada empunya rumah.
Selain itu, pemilik juga meletakkan tumbuhan hijau dalam rumahnya, walaupun kediaman ini agak sempit, tetapi dengan kehebatan pemilik serta bimbingan nasihat ID, pokok tersebut langsung tidak menggugat kehebatan dekorasi yang cuba dipersembahkan oleh keluarga kecil ini.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...