Memang tidak sah kalau tiada kain lap atau lebih mesra dipanggil kain buruk untuk kegunaan didapur. Item penting ini sangat berguna untuk membersihkan segala jenis tumpahan atau sisa lauk serta kotoran dan minyak yang degil.
Dan selepas diguna, sudah tentu anda memerlukan tenaga yang lebih untuk menyental kotoran serta bau yang melekat. Kadangkala, kotoran tidak mahu tanggal dan terpaksa buang saja kain buruk tersebut.
Ads
Tetapi kini perkara tersebut sudah ada solusinya. Impiana ingin kongsikan bagaimana anda boleh mencuci kain buruk dengan mudah, supaya jadi lebih bersih dan wangi.
BAHAN-BAHAN
1. Air Panas
2. 1/2 cawan Soda Bikarbonat
3. Sedikit Cuka
Ads
Ads
CARA-CARANYA
1. Masukkan 1/2 cawan soda bikarbonat kedalam semangkuk air panas.
2. Tambahkan satu sudu cuka kemudian kacau sebati
3. Ambil kain buruk yang kotor dan masukkan kedalam mangkuk tersebut
4. Pastikan kain terendam sepenuhnya. Tambah air panas jika perlu
5. Biarkan kain direndam semalaman
6. Bilas kain dengan air bersih. Jemur hingga kering.
7. Hasilnya kain jadi bersih, bebas kotoran dan wangi!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kediaman yang cantik, selesa dan praktikal untuk didiami sudah tentu menjadi idaman bagi ramai individu. Tidak perlu terlalu mewah, cukup sekadar dapat menampung isi rumah dengan nyaman dengan dekorasi yang memenuhi citarasa pemilik.
Walaupun kediaman yang hanya disewa, perkara tersebut tidak wajar dijadikan alasan untuk mengetepikan elemen dekorasi dan nilai estetika ketika menghias. Malah, inilah masanya untuk anda bereksperimentasi dengan konsep dan tema yang sesuai dengan gaya hidup anda.
Baru-baru ini telah viral dekorasi rumah sewa yang begitu menarik untuk dikongsi. IMPIANA berpeluang menemuramah pemilik, Nur Diyana tentang idea dan inspirasinya menatarias setiap ruang yang tampil selesa dan menarik.
Q: Mengapa dekorasi di rumah dianggap penting? D: Dekorasi rumah dianggap penting kerana setiap keluarga mengimpikan suasana persekitaran yang selesa untuk hidup bersama. Benarlah, rumahku,syurgaku. Namun, dekorasi di rumah sewa sebenarnya bergantung pada budi bicara dan kebenaran dari tuan rumah. Bagi saya, ini sangat penting bagi tidak menimbulkan apa apa masalah kelak. Ambil kira segala kerja pembaikan yang dilakukan bila mahu meninggalkan rumah kelak, jangan sesekali tinggalkan dinding yang berlubang, cat semula jika perlu dan tidak tinggalkan rumah yang kotor. Sentiasa pulangkan rumah dalam keadaan yang terbaik.
Q: Apakah konsep yang digunakan di rumah sewa? D: Saya seorang yang fleksibel apabila melibatkan konsep. Kami sepakat memilih rona kelabu bagi penataan seluruh ruang dari ruang tamu,bilik tidur sehinggalah ke dapur. Namun,setiap ruang ditatarias dengan elemen dekorasi yang berbeza walaupun berkongsi warna yang sama. Misalnya, saya menggunakan peralatan kayu dan rotan serta beberapa warna neutral di bahagian bilik tidur utama. Ini adalah texture bagi mencipta konsep seakan Urban Boho. Penggunaan peralatan rustic di dapur pula membawa kepada tema rumah ladang (farmhouse). Kami sendiri masih melakukan eksperimen dalam pemilihan tema yang digemari sebagai persiapan untuk rumah sendiri nanti.
Q: Berapa lama masa yang diambil untuk persiapan rumah sewa? D: Kami sudah mula mengumpul peralatan dekorasi selama setahun sebelum menyewa bersama. Persediaan untuk rumah sewa juga termasuk dalam persiapan perkahwinan. Kami percaya – beli sedikit sedikit dahulu jadi tidaklah bajet dikeluarkan dalam kadar besar sekaligus dalam satu masa.
Q: Anggaran bajet? D: Saya dikenali oleh rakan rakan di media sosial kerana perkongsian ‘’dekorasi bajet’’. Alatan deko yang dibeli hampir kesemuanya di dapati di jualan perabot terpakai atau di beli semasa jualan penghabisan stok. Sejulah bajet yang dikeluarkan hanya pada pembelian cat dan perabot besar. Yang lainnya saya dapatkan dengan harga serendah RM 1.00 – Bila balik ke rumah saya akan lakukan kerja kerja DIY sendiri bagi membaik pulih peralatan dan menjadikan ianya sebagai alat dekor di rumah.
Q : Pesanan kepada semua yang mungkin masih berfikir untuk dekorasi rumah sewa?
D: Dalam masa sekarang, sudah ramai rakan rakan dalam group dekorasi di Facebook yang berkongsi tentang tatarias rumah sewa mereka. Saya juga rasa teruja dengan hasil kerja mereka. Antara tips yang boleh diamalkan adalah pastikan perabot yang dibeli praktikal untuk di bawa berpindah kelak, terhadkan perabot yang menjadi keperluan sahaja dan berbelanjalah dengan bijak. Untuk pulangan modal, barang barang yang sudah tidak dipakai selama tiga bulan berturut turut bolehlah dijual semula atau disedekahkan. Rumah sewa yang lapang tanpa barang yang banyak pasti memudahkan urusan untuk berpindah kelak. Jaga rumah sewa seperti rumah sendiri. InsyaAllah tiada siapa yang akan rugi.
Puan Diyana juga ada berkongsi hasil dekorasi kediaman sewa yang didekor beliau. Jom kita cuci mata!
RUANG TAMU/ RUANG MAKAN
DAPUR
BILIK TIDUR
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cili kering, memang pijar mulut di buatnya jika tersalah pilih. Patutlah terdapat pelbagai bentuk cili kering di pasaran. Rupanya setiap satu diperbuat dari jenis cili yang berbeza. Setiap satunya tahap kepedasannya pun tak sama.
Pedas tak apa, tapi kalau tersalah pilih masakkan anda boleh rasa pijau. Memang tak enjoylah nam menjamu selera bila hidangan yang berasaskan cili kisar tadi pedas melampau sampai boleh buat orang menangis.
Melalui akaun Tweeter, Sazwani meminta tip dari rakan-rakanya untuk memilih cili kering yang tak pedas. Dan tak disangka, cili kering jenis gemuk sebenarnya tak pedas.
Aku tanya kawan-kawan macam mana nak buat cili kisar tak pedas. Sebab selalu aku buat mesti pedas ya ampun! Tp bila kawan aku buat x pedas.3 kedai cari cili tp pedas. Ada ramai komen dengan pelbagai tips, tp yang ni paling aku suka. So, anak-anak, ni ilmu tentang cili! pic.twitter.com/9vX6I5Yr0Z
Selain itu juga, ada yang berkongsi cara untuk hilangkan rasa pedas ketika menghasilkan cili kisar.
Kalau nak kurang kan pedas cili kering time masak,rebus cili dengan air panas dan tos kan air lada,lepas basahkan dengan air sejuk ,strain biji lada ,kalau xbuang biji lada akn tambah pedas
Banyak kegunaan mesin pengisar ataupun blender di dapur. Dan apabila selau pakai, sudah tentulah mata pisau pengisar akan kurang ketajamannya. Jadi kerja-kerja mengisar pun dah kurang efektif serta mengambil masa yang lebih panjang.
Tapi jangan pula anda terus nak tukar blender baru! Bawa bersabar ya, kerana mesin tersebut masih boleh digunakan. Cuma perlu tajamkan semula mata pengisar. Ikuti cara-cara ini :
1. GARAM KASAR
Caranya cukup simple, ambil lebih kurang segenggam garam kasar dan masukkan kedalam mesin pengisar yang terjejas. Blend garam tadi sehingga halus dan ulang beberapa kali sehingga mata pengisar terasa lebih tajam.
2. AIS
Buat sendiri ais ketul dirumah, biar betul-betul keras. Sebelum masukkan kedalam blender, hancurkan sedikit ais. Kisar sekitar 5 ke 10 minit dan wallah! Mata pengisar akan jadi lebih tajam.
3. KULIT TELUR
Seterusnya, anda juga boleh cuba gunakan kulit telur. Bersihkan dan lap kering kulit telur kemudian blend kan saja menggunakan mesin pengisar. Inshaallah menjadi.
4. BERAS Tak kisahlah beras jenis apa pun, ambil lebih kurang segenggam dan kisar kasar selama beberapa minit.Kemudian, tengoklah hasilnya. Tentu lebih tajam macam baru beli!
5. HAMPAS KELAPA
Akhir sekali, kita juga boleh gunakan hampas kelapa. Masukkan hampas kelapa tanpa perlu dicampur apa-apa. Kisar dalam beberapa minit sehingga puas hati.
Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!