Masalah cicak sering dihadapi di rumah selain masalah lipas. Lebih menjijikkan apabila ada banyak najis cicak yang melekat di dinding dan juga di lantai rumah. Kabinet dapur juga antara ruang yang sering menjadi tempat cicak bersembunyi. Seperti yang kita ketahui, cicak dan najis cicak boleh menganggu kesihatan dan mengundang pelbagai jenis penyakit.
Info tentang cicak:
*Makanan cicak: binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.
*Pemangsa cicak: burung.
*Habitat cicak: Tempat yang hangat, belakang almari, belakang televisyen, sekitar peti sejuk, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.
*Kesukaan: persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut dan timbunan baju.
*Kebencian: bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka dan ubat gegat.
Berdasarkan info tentang cicak seperti di atas, berikut dikongsikan 10 cara bagaimana hendak mengelakkan cicak daripada terus ‘berkampung’ di rumah anda.
1. Hilangkan bekalan makanan cicak di rumah kita. Uruskan dahulu masalah nyamuk dan semut yang banyak di rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket RM1 itu sangat berkesan) dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk. Apabila bekalan makanan cicak tiada di rumah kita, secara automatik cicak akan berkurang atau tiada langsung.
2. Disebabkan cicak takut pada burung, sediakan jejak burung seolah-olah ada burung di rumah kita dengan cara:
*Letak beberapa kulit telur burung puyuh di kawasan tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh masuk. Apabila cicak nampak kulit telur burung puyuh itu, cicak tidak akan masuk ke rumah anda.
*Jangan dihancurkan kulit telur burung puyuh ini. Memadai letak seketul dua di tempat masuk cicak.
*Lekatkan bulu pelepah burung di tempat cicak selalu masuk. Kalau hendak kelihatan cantik, boleh letak bulu pelepah burung merak, lekat pada dinding untuk jadikan perhiasan.
3. Disebabkan cicak suka ‘lepak’ di belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa menyusun atur perabot jangan rapatkan perabot pada dinding. Jarakkan dalam 10 sentimeter dari dinding. Kalau di rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan yang bersangkut-sangkut seperti bingkai cermin dan gambar.
4. Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Selalunya sampah dan sisa makanan akan menarik perhatian lalat, automatik cicak pun akan tertarik untuk datang kerana ada banyak makanan.
Ads
5. Elakkan suka melonggok barang-barang sama ada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Susun semua barang supaya teratur di tempat khas untuk setiap barang-barang.
6. Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi anda perlu rajin sebab perlu ditukar selang 3 hari. Jika tidak, bawang akan membusuk.
7. Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Walau bagaimanapun laci/kabinet berisi makanan tidak digalakkan.
8. Lap permukaan meja makan/kaunter kabinet dengan semburan campuran:
250 ml air biasa (air paip)
50 ml cuka
3 sudu plastik dish soap
1 sudu plastik Dettol
Ads
*bertujuan mengelakkan cicak melintas di atas meja makan/kaunter kabinet dapur.
9. Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di kedai Eco. Tampalkan di sebelah peti sejuk atau di belakang televisyen, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat di atas pelekat itu dan kita boleh buang apabila sudah ada beberapa cicak melekat. Bagaimanapun car aini tidak digalakkan untuk mereka yang penggeli cicak.
10. Memelihara kucing juga dapat membantu menghalau cicak di rumah. Kucing biasanya suka menangkap cicak tetapi tidak memakannya. Jadi jangan risau akan kesan pada kucing anda.
Ads
Serangga tidak suka kawasan yang bersih dan kering. Pastikan anda membersihkan rumah dan mengelap lantai sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan kemas.
Bendi atau juga dikenali dengan nama lady finger dan okra dalam bahasa inggrisnya antara tanaman jenis sayuran yang amat digemari pelbagai bangsa di Malaysia. Antara menu yang paling enak dihidang bersama bendi adalah seperti kari, asam pedas dan sebagainya.
Tanaman sayuran yang berasal dari keluarga hibiscus ini mempunyai kandungan kalori yang rendah iaitu antara 25 hingga 40 kcal bagi setiap 100g. Disamping itu juga, ia diperkaya dengan vitamin A, C, kalsium dan pelbagai mineral lain.
Kebiasaanya, pokok bendi mampu mencapai ketinggian lebih 1.5 meter dan mempunyai jangka hayat yang agak lama. Sebab itu,kebiasaan nya pokok bendi ditanam terus di atas batas.
Sebenarnya, pokok bendi juga sesuai ditanam di dalam bekas atau pasu. Hanya ada beberapa perkara yang perlu anda teliti untuk memastikan tanaman ini mendapat keperluan optimum untuk tumbesara sihat. Antaranya adalah:
1. Pasu
Pokok bendi memerlukan saiz pasu yang dalam untuk menampung akar tunjangnya. Ideal saiz pasu yang diperlukan adalah antara 3-5 gelon bagi setiap batang pokok. Namun jika anda mempunyai saiz yang lebih besar, ia mampu memuatkan 2-3 batang pokok bendi dalam satu bekas. Pemilihan material tidak menjadi masalah. Sama ada plastik, tanah liat, fiber dan sebagainya sesuai untuk dijadikan sebagai bekas tanaman.
Namun, anda perlu pastikan pasu atau bekas yang digunakan mempunyai lubang saliran untuk air keluar. Batang bendi jenis tidak tahan air bertakung, ia akan mudah dijangkiti kulat.
2. Medium tanah
Seperti tanaman sayuran yang lain, pokok bendi memerlukan medium tanaman yang seimbang. Medium tanaman yang telah siap dijual di pasaran amat sesuai digunakan. Yang menjadi kepentingan dalam penyediaan medium tanaman pokok bendi ini ia harus mempunyai sistem saliran dan pengudaraan yang baik.
Untuk memastikan keperluan nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran pokok bendi mencukupi, medium tanaman seimbang yang telah siap dicampur tadi boleh diadun bersama sedikit bahan organik atau kompos.
3. Semai biji benih
Di pasaran terdapat pelbagai jenis benih bendi. Terbaru, jenis bendi renek. Sebaiknya, anda perlu pilih jenis bendi renek kerana ia lebih mudah diuruskan dan hasilnya cepat. Terdapat juga bendi berwarna ungu. Untuk jenis bendi biasa, ketinggian matangnya boleh mencapai 5 kaki.
Disebabkan pokok bendi mempunyai sistem akar tunjang, ia perlu di semai terus didalam pasu bagi mengelak masalah kerosakkan akar apabila pemindahan tanaman dilakukan. Sediakan lubang semaian antara 1/2 hingga 1 inci dalam di tengah-tengah pasu dan tanam 2-3 biji benih bagi setiap lubang. Tutup penuh lebung tersebut dan siram biji benih dengan air menggunakan penyembur. Letakkan pasu yang berisi benih tadi di kawasan yang mempunyai cahaya matahari terus dan pastikan medium tanamannya sentiasa lembap. Dalam tempuh 5 hingga 10 hari, biji benih yang disemai tadi akan mula bercambah
4. Lokasi
Pastikan pokok bendi menerima cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 5 hingga 6 jam sehari. Sebaiknya, pastikan lokasi dipilih untuk meletakkan pasu yang telah ditanam pokok bendi tadi menghadap cahaya matahari di waktu pagi. Ini kerana, waktu pagi tanaman mula aktif menjalankan proses fotosintesis dan cahaya matahari amat diperlukan untuk proses ini
5. Siraman
Pokok bendi memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap. Oleh itu, pastikan siraman dilakukan paling tidak sehari sekali. Sebaiknya, siraman dilakukan di awal pagi. Ia bertujuan memberi sumber bekalan air yang diperlukan oleh pokok bendi untuk melakukan proses fotosintesis
bendi
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Geran tanah merujuk kepada dokumen rasmi yang dikeluarkan pejabat pendaftar tanah. Ia adalah bukti pemilikan hak ke atas sebidang tanah.
Bagi pemilik tanah ia antara dokumen yang penting untuk kita simpan dengan selamat. Tapi jangan pula kita berlebihan dalam usaha memastikan dokumen ini tidak mudah rosak.
Antaranya seperti membuat kaedah laminate geran atau laminasi geran. Tindakan ini tidak boleh dilakukan pada dokumen geran tanah.
Dalam satu hantaran di media sosial oleh seorang peguam Khalil Md Rofiee, beliau menyatakan tindakan laminas akan menyebabkan dokumen tersebut dikategorikan sebagai rosak.
Situasi selalu berlaku
Menurut beliau lima senario berikut sering terjadi membabitkan geran tanah.
1. Geran yang koyak, basah, dimakan anai-anai dan diconteng sudah dianggap rosak atau ‘total lost’.
2. Sekiranya rosak, perlu buat permohonan geran baru yang mengambil masa sebulan.
3. Geran tanah sangat berguna untuk tujuan jual beli dan urusan pusaka selepas kematian pemilik kelak.
4. Terdapat kes pusaka yang sepatutnya selesai dalam tempoh dua bulan tetapi terpaksa tangguh sehingga hampir setahun disebabkan kerosakan dokumen ini.
Apa perlu buat bila geran rosak
-Proses untuk menggantikan geran ini termasuk dalam Permohonan Hakmilik Rosak
-Tempoh Masa Proses Penggantian Hakmilik Rosak ialah Dua (2) Minggu.
-Hakmilik Rosak adalah merupakan hakmilik yang telah dianggap rosak akibat bencana atau dimakan usia atau telah di “laminate” kan.
-Permohonannya adalah sama seperti permohonan hilang dan pemohon perlu membawa hakmilik yang rosak itu ke jabatan ini untuk diproses permohonan gantian hakmilik.
Sayur berdaun seperti sawi, bayam, kangkung dan sebagainya ramai dah tahu boleh tuai banyak kali kalau kita tak cabut sampai akar (hanya potong bahagian batang). Tapi, untuk sayuran yang tak berbatang seperti sawi pak choy, kebiasaanya ia akan dituai dengan mencabut keseluruhan bahagian pokok sehingga akar.
Rupanya ada cara untuk tuaia pokok pak choy ni dari pokok yang sama berkali-kali. Don Laught ada caranya.
1. Semai biji benih pak choy sehingga usia 21 hari. : day 1 – day 21
2. Pindah anak pokok ke dalam pasu pada usia 22 hari. Proses perpindahan anak pokok sesuai dilakukan waktu petang sekitar jam 6 petang sebab dah redup.
3. Selesai pindah anak pokok, letakkan di bawah teduhan
4. Uisa anak pokok ke 24 hari baru boleh letak pada matahari terus
5. Hari ke-35 – 40: dah bolehtuai.. (guna cara cut-and-come-again kalau hendak maintain pohon yang sama membuahkan hasil/daun lagi untuk 2-3 minggu lagi)
Cabaran: tanaman yangg kat tanah tu setiap pagi ada gangguan ulat hijau kecil, siput, paling drastik belalang besar (ini kalau makan sayur, tak alang² daun dia potong. Tinggal batang ja)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.