Samsung Electronics Malaysia telah melancarkan unit penyaman udara baharu yang menampilkan teknologi penyejukan Wind-Free ™. Model AR9500T yang inovatif dan unik ini telah diperkenalkan ke pasaran di seluruh dunia.
Penyaman udara AR9500T tercipta untuk merevolusikan pasaran sebagai unit bebas angin yang pertama dengan penyejukan adaptif dan kemampuan AI. AR9500T menambahkan kepintaran dan kemudahan dengan mengoptimumkan proses penyejukan dengan ciri AI Auto Cooling, yang membolehkan pengguna menggunakan penyaman udara mereka dengan lebih mudah dan cekap. Ia berfungsi dengan menganalisis keadaan bilik, suhu pilihan pengguna dan mod penyejukan, dan bahkan iklim luar untuk beralih ke tetapan yang paling sesuai secara automatik.
IKLAN
Fungsi “fast-cooling” atau penyejukan pantas berfungsi dengan menyejukkan bilik dengan cepat dari satu sudut ke sudut yang lain. Ia menyebarkan udara sejuk lebih jauh dan lebih luas untuk memastikan selimut udara sejuk yang konsisten tidak kira di mana anda berada di dalam bilik. Digital Inverter Boost dalam unit Bebas Angin ini dapat mengurangkan masa yang diperlukan untuk pemampat mencapai kuasa maksimum sebaik sahaja ia mula beroperasi. Ini membantunya menyejukkan udara 43 peratus lebih cepat berbanding model konvensional. Dalam mod Penyejukan Bebas Angin, udara segar disebarkan dengan lembut dan sekata melalui 23,000 lubang mikro. Ini mewujudkan atmosfera yang sejuk tanpa penghasilan angin kuat yang tidak menyenangkan.
IKLAN
Terima kasih kepada pemampat Digital Inverter Boost yang cekap tenaga, AR9500T mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 73 peratus dan dilengkapi dengan label tenaga 5-Bintang untuk CSPF – penarafan tenaga tertinggi yang terdapat di Malaysia.
IKLAN
Harga adalah seperti di bawah:
1.0hp – MYR2.399
1.5hp – MYR2.699
2.0hp – MYR3.699
2.5hp – MYR4.399
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penyaman udara Samsung AR9500T Wind-Wind, layari Samsung Malaysia.
Sekiranya anda ingin membuat dekorasi meja makan di rumah anda, ada beberapa perkara penting dan kesilapan dalam melakukan ‘table setup’ yang perlu anda tahu.
Dalam episod Tip Impiana kali ini telah berkesempatan bersama tetamu jemputan, Encik Arif yang telah lebih 10 tahun menceburi bidang perancang majlis bagi berkongsi tip dan cara untuk dekorasi ‘table setup’ yang betul bersama para penonton setia IMPIANA.
Ketika sesi rakaman temu bual dijalankan, Arif memberitahu ada beberapa perkara asas penting yang semua perlu tahu sebelum mahu memulakan susunan dekorasi ‘table setup’ ini antaranya;
1.Saiz Meja
Adalah sangat penting untuk anda mengetahui saiz meja yang akan anda gunakan supaya susunan dekorasi ‘table setup’ bersesuaian dengan saiz dan ruang meja makan.
2.Jenis Majlis
Selain itu, anda juga perlu tahu jenis majlis atau acara yang diadakan supaya susunan hiasan dekorasi yang akan dilakukan bersesuaian serta mengikut tema majlis yang telah ditetapkan.
3.Tetamu Yang Hadir
Siapa para tetamu yang akan hadir pada majlis yang diadakan, susunan hiasan dekorasi pada ’table setup’ juga turut memainkan peranan penting. Ini adalah salah satu langkah bagi menggelakkan pemilihan barang dekorasi yang salah atau tidak ‘kena’ dengan tetamu yang hadir.
Sekiranya anda ingin mengetahui info lanjut mengenai cara untuk buat dekorasi ‘table setup’ yang betul, anda boleh tonton video penuh pautan di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Kini, pemilik harus pertimbangkan peralatan ini. Setiap rumah harus miliki SK magic terbaharu ini yang mampu singkir 99.99% Virus Covid-19 dari rumah. Ramai yang akan bertanya benar atau tidak? SK magic bukanlah satu produk yang baru bertapak dalam industri kelengkapan rumah ini.
Dalam usaha melindungi rakyat Malaysia daripada Covid-19 secara berterusan, jenama kelengkapan rumah terkemuka dari Korea Selatan, SK magic, mengumumkan pelancaran penulen udara terbaharunya, All Clean Virus Fit, sekali gus mengembangkan rangkaian produk SK magic yang berteknologi canggih.
Inovasi terbaharu ini telah didaftarkan sebagai peralatan kesihatan dan perubatan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (USFDA) dan mampu menyingkirkan 99.99% virus Covid-19 termasuk varian Delta. Ia juga mampu menyingkirkan bahan pencemar udara yang biasa ditemui dalam ruang tertutup seperti bakteria, virus, kulat dan habuk yang dapat mencetuskan masalah kesihatan.
Bagi menghadapi fasa endemik, langkah keselamatan dan kebersihan tetap menjadi keutamaan. Setakat ini, banyak perkara yang telah kita pelajari, dan kita sedar sistem imun amat penting dalam melawan Covid-19. Selain sanitasi kendiri, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial di tempat awam, langkah berjaga-jaga di rumah seperti kualiti udara dalam rumah juga wajar dititikberatkan. Justeru, penting untuk kita membuat pilihan bijak bagi memastikan udara yang kita hirup di rumah adalah bersih dan segar.
“Di SK magic, kami sentiasa mencabar diri dan mencari penyelesaian inovatif bagi membudayakan gaya hidup yang sihat dan berkualiti menerusi produk kami. Sejak tercetusnya pandemik, kami giat membangkitkan kesedaran tentang kepentingan air dan udara yang bersih. Salah satunya melalui program CSR SKmagicCares baru-baru ini, kami turut menyumbang sebilangan penulen udara dan air ke pusat vaksin Covid-19, Hospital dan pusat beli-belah dengan tujuan memberi akses udara serta air yang bersih kepada rakyat Malaysia.
Bagi mencapai matlamat ini, kami berbesar hati memperkenalkan penulen udara All Clean Virus Fit bagi membebaskan kediaman rakyat Malaysia daripada virus Covid-19 termasuk varian Delta. Seperti semua produk kami, All Clean Virus Fit dilengkapi teknologi serba canggih dan reka bentuk yang sofistikated pada harga berpatutan bagi memenuhi keperluan dan keutamaan pelanggan kami,” kata Kim Kyung Won, Pengarah Urusan SK magic Malaysia.
All Clean Virus Fit SK magic bukan sahaja dapat menyingkirkan pelbagai bahan pencemar udara berbahaya dari kawasan tertutup, lebih penting, ia dapat menghilangkan 99.99% virus Covid-19 termasuk varian Delta, Koronavirus Manusia dan virus H1N1 menerusi fungsi pensterilan UV Arc Core yang terbukti, serta sistem penapisan lapan langkah yang menerapkan kecanggihan Penapis Habuk Gentian Tembaga Ultra Halus. Bagi menjamin perlindungan menyeluruh, All Clean Virus Fit juga dilengkapi ciri sedutan pintar 360° dari pelbagai arah.
Menyedari kepentingan penjarakan sosial, SK magic juga menawarkan pilihan perkhidmatan tanpa sentuh kepada pelanggan dengan menyediakan inovasi penyelenggaraan produk secara jarak jauh. All Clean Virus Fit mudah dibuka dengan ventilasi dan kipas yang boleh dicuci, sekali gus memudahkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan.
Penulen udara All Clean Virus Fit berdaftar dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (USFDA) ini berkesan untuk pengguna yang mengalami masalah pernafasan atau alahan, sebagai peralatan kesihatan dan perubatan bagi membantu mereka bernafas lebih baik di tempat tertutup, di samping meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna.
Penulen udara All Clean dapat disewa dengan harga pengenalan serendah RM79 setiap bulan, manakala All Clean Virus Fit boleh dinikmati pada hanya RM99 setiap bulan mulai 1 Oktober 2021. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi SK magic Malaysia di https://www.skmagic.com.my atau laman Facebook di https://www.facebook.com/myskmagic.
Segalanya terlah terjawab di sini, bagi yang belum ada penulen udara boleh la pertimbangkan untuk memiliki satu di rumah. Ambil langkah berjaga-jaga sebelum terlewat.
Tahukah anda, sebenarnya ada beberapa punca yang membolehkan diri anda jatuh miskin apabila jumlah wang simpanan anda semakin sedikit saban hari. Bagi anda yang belum mengetahui secara terperinci punca-punca yang boleh membuatkan diri anda jatuh miskin, di sini IMPIANA kongsikan bersama anda.
Menurut pakar kewangan dan hartanah, Encik Azizul Azli Ahmad menerusi hantaran di akaun laman media sosial Facebook miliknya memaklumkan ada enam punca utama yang boleh membuatkan diri anda anda jatuh miskin antaranya;
1. Tak Boleh Kesan Penipuan
Masih mudah percaya bahawa ada skim bagi rumah dengan RM10, RM10,000 sahaja. Masih yakin dan percaya, letak artis seorang dua lagilah dia percaya. Bijak sungguh!
2. Suka Salahkan Orang
Ini semua kerajaan yang salah, punca semua ini dari pemaju sebab itu rumah mahal. Kita tak pernah menyimpan dan menabung, asik jalan jalan cari makan sahaja.
3. Tidak Pernah Berkata Tidak
Semua benda kita iyakan, sampai semua kerja pejabat kita yang buatkan. Balik marah anak bini banyak kerja dan kena tipu dengan orang.
4. Tak Pasti Duit Kemana
Kita rasa gaji cukup baik dan banyak, tapi tak pasti kemana duit pergi.
5. Terlalu Fikir Apa Orang Kata
Malulah mak kenduri nie nanti kecik kecik. Apa kak Markonah Baharom katakan kat emak nanti.
6. Tak Pernah Melabur
Akaun ASB pun tak pernah ada, umur dah nak masuk senja. Masih percaya teori konspirasi orang makan duit kita kalau melabur dalam ASB.
Jadi kepada anda semua, ingat sentiasa menjadi seorang pengguna yang bijak dan tidak mudah percaya dengan skim cepat kaya atau terjebak dengan jenayah penipuan ‘scammers’ yang semakin berleluasa pada zaman masa kini.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...