Cara Gantung Bingkai Gambar Dalam Rumah Confirm Cantik! Mencari bingkai gambar yang sempurna sering menjadi punca ramai diantara kita give up dari mendeko galeri gambar di dinding. Cadangan kami? Pilih sesuatu yang simple dan biarkan gambar anda berbicara.
Selepas memilih bingkai yang bersesuaian, kita beralih ke bahagian yang sukar : menggantungkannya. Dengar macam mudah – hanya ketuk paku ke dalam dinding, bukan? Hakikatnya, prep dan perancangan adalah kunci utama untuk galeri dinding yang menarik dan kemas. Tanpa perancangan rapi, bingkai di dinding akan nampak caca marba serta out of place.
Di bawah IMPIANA kongsikan enam cara susun atur bingkai gambar untuk panduan kita semua. Jangan lupa share dengan kawan yang lain!
Ads
SPIRALMulakan dengan satu bingkai di tengah kemudian dari situ, susun bingkai yang lain mengelilingi bingkai pertama tadi.
CENTEREDIni susun atur yang ringkas memerlukan usaha yang minima. Anda hanya perlu letakkan satu atau dua bingkai di bahagian tengah dan selaraskan bingkai di sisi kiri dan kanan dengan satu sama lain.
OUTER ALIGNAnda hanya perlu pastikan kesemua bingkai gambar pada bahagian luar selari dan tidak terkeluar dari ‘barisan’.
REFLECTIONTidak perlu risaukan saiz bingkai jika anda mahu cuba susunan refleksi ini. Hanya perlu pastikan bingkai gambar yang digantung itu terbentuk seakan objek dan bayang-bayangnya.
STAIRCASESedikit kelainan dengan susunan ini kerana anda perlu susun mengikut arah menaik tangga. Pasti lebih menarik!
Ramai yang tidak sedar bahawa perbuatan harian anda boleh mempengaruhi bil elektrik yang tinggi. Punca Bil Elektrik Masih Tinggi, Ramai Yang Tak Tahu!
Ramai dari kita yang mengaku mengambil berat tentang alam sekitar, dan cuba mengelakkan perkara seperti penggunaan plastik, penyedut minuman plastik dan penggunaan barangan plastik lain.
Tetapi adakah anda tahu kita membuang satu tan tenaga hanya dari tabiat kita yang buruk setiap hari?
Perkara menjadi lebih teruk lagi di pejabat atau dirumah, kerana yang menggunakan elektrik adalah kita sebagai pengguna. Jadi sering kali, kebanyakan daripada kita tidak benar-benar sedar tentang cara mereka menggunakan (dan membazirkan) elektrik di tempat kerja ataupun di rumah.
Berikut adalah bagaimana pembaziran tenaga elektrik di pejabat ataupun di rumah berlaku:
1. Menggunakan komputer meja berbanding komputer riba
Penggunaan komputer meja menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Manakala, komputer riba menggunakan sehingga 80 peratus kurang elektrik daripada komputer meja. Jadi kita boleh mempertimbangkan untuk beralih menggunakan komputer riba kecuali bagi penggunaan pejabat anda yang memerlukan komputer berprestasi tinggi untuk mengatasi tugas berat.
2. Mengecas komputer riba anda walaupun telah penuh
Apabila anda menyambungkan komputer riba anda untuk mengecas, tenaga elektrik sedang digunakan tanpa mengira peratusan bateri komputer riba anda. Peratusan komputer riba anda akan kekal pada 100%, tetapi bil elektrik pejabat anda pasti akan meningkat
3. Menutup langsir pada siang hari
Keadaan ini biasanya berlaku di sesetengah pejabat atau mungkin juga di rumah di mana anda menutup langsir untuk menghalang cahaya matahari semulajadi dan teruskan menyalakan lampu. Berhenti membazirkan tenaga elektrik dan mula menggunakan lampu semula jadi!
4. Meninggalkan penghawa dingin terpasang semasa tiada orang
Ini adalah antara sikap yang kerap diamalkan oleh pekerja. Penghawa dingin, terutamanya penghawa dingin utama, adalah salah satu alat yang paling banyak menggunakan tenaga di pejabat. Matikannya walaupun anda hanya keluar selama sejam. Juga, cuba menutup pintu untuk memastikan panas masuk dan udara dingin keluar.
5. Mengambil lif ketika kurang keperluan
Kita boleh cuba untuk mengubah tabiat untuk menggunakan tenaga manusia dan bukannya tenaga elektrik sebaik mungkin. Jika pejabat anda hanya satu tingkat, ambil tangga dan anggaplah ia adalah latihan anda untuk hari itu untuk menghilangkan kalori.
6. Merenung ke dalam peti sejuk
Di rumah, anda mungkin menghabiskan banyak masa untuk membuka peti sejuk hanya untuk meninjau apa yang ada di dalamnya. Di pejabat, bayangkan 30 orang melakukan perkara yang sama setiap hari. Sekarang, itulah banyak tenaga yang hilang, kerana peti sejuk perlu menggunakan tenaga untuk menyesuaikan suhunya setiap kali ia dibuka.
7. Tidak mematikan suis pencetak
Orang biasanya meninggalkan pencetak sepanjang hari, dan kadang-kadang walaupun sepanjang malam. Walaupun mungkin mudah tidak perlu menunggu untuk reboot, ini juga menggunakan tenaga yang tidak perlu. Jika anda tahu anda tidak akan menggunakan pencetak, sekurang-kurangnya biarkan ia dalam mod siap sedia atau matikan sepenuhnya.
8. Lupa untuk membersih dan menyelenggara peralatan elektrik
Alat-alat elektrik seperti penghawa dingin memerlukan penjagaan yang konsisten bagi ia melaksanakan kerja dengan cekap. Jangan lupa juga untuk menukarkan atau membersihkan penapis udara anda untuk mengelakkan habuk daripada terkumpul.
9. Tidak mempunyai budaya kelestarian
Sesungguhnya memang ia akan mengambil masa bagi membina budaya syarikat di mana semua orang memainkan peranan mereka dalam penjimatan tenaga. Tetapi ia perlu bermula. Jadi sama ada ia hanya mematikan lampu atau kesedaran yang lebih tentang penggunaan tenaga elektrik, adakah anda akan mengambil bahagian dan mula membuat perubahan? Anda mampu mengubahnya!
10. Penjadualan kebanyakan operasi pada waktu puncak
Kebanyakan syarikat menjadualkan operasi dari pukul 8 pagi hingga 10 malam, apabila orang lain juga menggunakan elektrik. Untuk memenuhi bekalan ini, lebih banyak loji kuasa perlu dikuasakan untuk menjana tenaga.
Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat boleh mengurangkan bil mereka dengan menggunakan tenaga yang ada semasa waktu puncak, seperti bagaimana syarikat-syarikat akhbar melakukan kebanyakan percetakan mereka sebelum jam 8 pagi. Kini banyak syarikat dapat menjimatkan tenaga elektrik, dengan cara kerja norma baru ini banyak kelebihan yang ada.
Semua orang memainkan peranan dalam menjimatkan elektrik dan menjaga alam sekitar kita bersih
Dan sebagai pekerja, anda juga harus melakukan bahagian anda kerana anda bukan sahaja mempengaruhi bil elektrik syarikat, tetapi juga mempunyai kesan jangka panjang terhadap alam sekitar.
Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV (KLIK DI SINI)
4 Kemasan Siling Buat Ruang Tampak Rapi dan Lebih Menyerlah. Apabila memasuki bagunan atau kediaman, perkara yang paling kurang diberi perhatian adalah bahagian siling. Walaupun begitu, sebenarnya siling mampu memberi impak yang besar buat sesuatu ruang. Para designers juga sering merujuk kepada siling sebagai ‘dinding ke-5’, ini menunjukkan yang kemasan siling juga adalah sama penting untuk dipertimbangkan semasa proses ubah suai rumah.
PLASTER
Plaster merupakan bahan yang mesra alam, tahan lama dan kuat. Selain itu plaster juga merupakan bahan yang mempunyai pelbagai warna dan tekstur berbeza-beza agar mudah dibentuk dan dipadankan mengikut kesesuaian ruang.
PAPAN KAYU
Papan kayu sebagai kemasan siling memang jarang kita lihat di negara ini tetapi bukan bermaksud ia tidak wujud. Kayu dapat menambah karakter kediaman serta merta menjadikan ruang lebih sofistikated dan elegan. Selain itu, siling kayu juga mudah untuk dipasang dan dengan penjagaan yang rapi, ia boleh tahan dalam jangka masa yang lama.
CAT
Dengan mnegecat siling putih yang hambar, anda dapat memberikan life baru untuk sesuatu ruang. Cat pada siling haruslah dari jenis yang tahan lama bagi mengelakkan ia mengelupas dan retak. Lapisan perlindungan juga boleh disapu pertahanan yang lebih mantap selain mewujudkan kilauan reflektif.
WALLPAPER
Kertas dinding yang ditampal pada siling adalah cara yang kreatif untuk menambah warna dan memberi mood pada mana -mana ruangan dirumah anda. Sebelum anda memasang kertas dinding pada siling yang kosong, pastikan ia betu-betul bersih dan rata. Pastikan anda menyapukan primer khas, dibuat khusus untuk digunakan bersama wallpaper agar kerja-kerja pemasangan berjalan dengan lebih lancar.
Rona Hijau Pudina Buat Mata Sedap Memandang Untuk Ruang Rumah. Memang menjadi pilih ramai. Cantik bukan, boleh dikatakan sebagai kelompok warna pastel bagi pengemar warna ini.
Mungkin ramai yang telah mendengar inspirasi spa yang menyegarkan dan sesuai pula bagi mereka yang berkerja di dalam keadaan stress. Pereka telah lama mencari ilham bagaimana untuk mewujudkan sebuah ruang yang tidak nampak hambar tetapi masih mampu memberi ketenangan tatkala melihatnya. Inspirasi daripada warna produk spa, pereka mendapat ilham menarik, melahirkan 1 lagi jenis warna yang dinamakan hijau pudina.
Bukan turquoise bukan hijau samar, hijau pudina atau green mint sememangnya mempunyai warna luar biasa yang mampu menterjemahkan gaya elegan, minimalism dan kontemporari. Tidak kira di mana anda gunakan, ia mampu memberi satu pesona yang cukup berbeza. Sekilas pandang juga terbayang kita warna era 60an dan awal 70an. Anda yang memilih tema pastel sesuai diganding sama dengan rona segar seumpama ini. Namun tidak salah jika anda yang memilih rona neutral hangat atau dingin dan gandingkan bersama aksesori yang mempunyai rona unik seperti hijau pudina ini.
ILHAM PEREKA ; CANTIK JUGA DIPADANKAN DENGAN EMAS…
Cubalah hari ini . Mungkin anda boleh mulakan di kamar mandi agar suasana spa dapat dihidupkan di kediaman sendiri. Barulah ada motivasi untuk memanjakan diri sendiri nanti. Simple-simple je di IMPIANA. Apa kata selepas ini anda jadikan ia sebagai satu koleksi peribadi mahu pun identiti.
Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV (KLIK DI SINI)
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!