Stepping stone di halaman rumah sebenarnya tidak perlu nampak terlalu sempurna, walaupun yang sempurna dan cantik itu menarik tetapi teknik untuk menghias laman biarlah ia kelihatan natural dan sederhana baru lah nilai elemen alam yang ingin diterapkan tidak nampak palsu. Oleh itu anda tidak perlu risau untuk menghasilkan stepping stone yang hanya menggunakan barang-barang mudah didapati kerana hasilnya memang tidak mengecewakan. Berikut LAMAN kongsikan bagaimana ingin menghasilkan stepping stone bercorak daun hanya menggunakan daun yang terdapat pada pokok di sekeliling anda.

Teknik Mudah Buat Stepping Stone Motif Daun Kos Bajet Bawah RM20

Pertama sekali anda perlulah membuat acuan stepping stone berukuran 1 kaki x 1 kaki. Hanya gunakan kayu terbuang sudah memadai

Teknik Mudah Buat Stepping Stone Motif Daun Kos Bajet Bawah RM20

Teknik Mudah Buat Stepping Stone Motif Daun Kos Bajet Bawah RM20

Kemudian sediakan campuran simen iaitu simen yang dicampur dengan pasir. Anda boleh dapatkan simen di kedai hardware.

Teknik Mudah Buat Stepping Stone Motif Daun Kos Bajet Bawah RM20

IKLAN

Teknik Mudah Buat Stepping Stone Motif Daun Kos Bajet Bawah RM20

Kemudian bancuh sehingga ia sesuai dan sedia untuk dituangkan ke dalam acuan yang telah disediakan tadi.

Teknik Mudah Buat Stepping Stone Motif Daun Kos Bajet Bawah RM20

Sapukan sedikit minyak hitam di bahagian dalam acuan. Sapu keliling sehingga selesai. Ini bagi menghalang simen dari melekat pada kayu dan sukar untuk ditanggalkan setelah kering nanti.

Teknik Mudah Buat Stepping Stone Motif Daun Kos Bajet Bawah RM20

IKLAN

Teknik Mudah Buat Stepping Stone Motif Daun Kos Bajet Bawah RM20

Teknik Mudah Buat Stepping Stone Motif Daun Kos Bajet Bawah RM20

Tuang bancuhan simen sebanyak 3/4 bahagian kemudian letakkan dua batang besi. Tujuan besi ini diletakkan untuk mengukuhkan stepping stone tadi agar tidak cepat pecah apabila dipijak. Kemudian tuang lagi bancuhan simen sehingga memenuhi acuan dan melitupi batang besi tadi.

Teknik Mudah Buat Stepping Stone Motif Daun Kos Bajet Bawah RM20

IKLAN

Teknik Mudah Buat Stepping Stone Motif Daun Kos Bajet Bawah RM20

Kemudian ambillah daun pada pokok yang terdapat di sekeliling anda. Apa saja daun boleh digunakan mengikut cita rasa.

Teknik Mudah Buat Stepping Stone Motif Daun Kos Bajet Bawah RM20

Teknik Mudah Buat Stepping Stone Motif Daun Kos Bajet Bawah RM20

Keringkan dalam tempoh 24 jam dan setelah kering tanggalkan acuan. Kini laman anda lebih berseri dengan stepping stone bajet ini.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI