Kalau anda mula ingin berjinak atau baru nak memulakan hobi berkebun sebaiknya jangan cuba dulu pokok yang susah hidup. Ini kerana apabila pokok tersebut mati atau gagal membesar anda akan rasa down. Sebaiknya cubalah dulu tanam pokok yang mudah dan senang dibiak. Bila tengok hasilnya subur baru lah semangat berkebun tu makin membara. Jom kami kongsikan tanaman yang paling mudah hidup, pilihan tepat bagi follower yang baru berjinak-jinak untuk bertaman.
Spider Plant sesuai di dalam pasu tinggi kerana juntaian daun dan anak-anak pokok menghasilkan bentuk unik dan natural. Untuk membiakkan tanaman ini apa yang diperlukan adalah Spider Plant matang yang telah mengeluarkan anak pokok. Ikuti langkah mudah pembiakan Spider Plant.
Ads
Potong anak pokok dari induknya. Pastikan anak pokok mempunyai sekurang-kurangnya 6 helai daun dan berakar supaya ia mudah hidup. Jika anak pokok belum berakar, boleh celupkan ke dalam penggalak akar.
Ads
Sediakan medium penanaman anak pokok 3:2:1 (3 tanah loam, 2 bahan organik: 1 pasir)
Ads
Masukkan anak pokok ke dalam pasu yang telah disediakan. Biarkan ia selama 2 minggu di bawah cahaya matahari lembut atau teduhan.
Setelah daun-daun mulai segar dan membesar, anak pokok boleh diubah ke kawasan yang lebih terbuka.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Nak ada kabinet dapur ramai yang mengeluh sebab harganya yang agak mencekik terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan. Jadi, ada yang mengambil keputusan untuk DIY sendiri. Seperti yang ditunjukkan oleh wanita ini di dalam blog nya sisikami.blogspot.my Pemilik banyak menggunakan produk dari Ikea untuk melengkapkan sebuah set kabinet dapur yang nampak ringkas, kemas dan menarik. Jom tengok apa keperluan barang, peralatan dan cara membuat yang telah di sediakan.
Proses pasang pintu kabinet
Selesai. Make sure sekeliling sinki tu letak silikon untuk halang air meresap ke bawah sinki.
Sumber: https://sisikami.blogspot.my
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Gazebo sebenarnya sudah lama berada di laman-laman rumah masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Jika dulu lebih dikenali sebagai pangkin dan sangat popular kerana ia adalah lokasi duduk santai ketika petang. Biasanya masyarakat dahulu suka berkumpul dan berbual santai sambil menikmati minum petang. Kini gazebo diolah dengan pelbagai reka bentuk agar tampil lebih menarik dan moden. Sesuai dengan citarasa masa kini.
Tip buat anda yang mencari-cari gazebo, pilihlah kayu teras seperti cengal, merbau, balau dan sebagainya kerana ia tidak mudah reput apabila terkena hujan dan panas silih berganti. Setahun sekali buatlah maintenance iaitu dengan menyapu syelek untuk memanjangkan lagi hayat kayu tersebut. Jom kita tengok gazebo rekaan dari Garden Classic yang terletak di Kajang ini (berdekatan Tesco Kajang)
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Gaya Scandinavia merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Ia kelihatan ringan, tetapi dengan selitan beberapa elemen semulajadi, dekorasi gaya Scandinavia memberi rasa mewah, selesa tetapi menenangkan. Begitulah dekorasi kediaman pilihan Fatin Fatina Nazlan yang terletak di pinggir ibu kota. Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sememangnya begitu gemar berkemas dan sentiasa mahu kediamannya kelihatan indah dan selesa untuk diduduki mereka sekeluarga.
Menurut Fatin suaminya, Syed Azmil Syed Zainul Abidin, merupakan insan yang memberi semangat dalam meneruskan minatnya dalam mendekorasi kediaman. Pasti ramai yang menyangka Fatin mempunyai masa lebih kerana dia tidak bekerja, namun itu adalah silap ini kerana Fatin merupakan seorang peniaga online yang berjaya.
“Saya memang minat berkemas. Sejak zaman remaja saya jenis yang suka berkemas. Malah ibu juga cukup seronok bila melihat saya menghias kediaman. Apatah lagi apabila sudah berkahwin dan punya kediaman sendiri. Perasaaan saya bertambah teruja untuk menjadikan rumah saya syurga buat saya sekeluarga.
“Anak saya Qaira, 6 tahun dan Qayla, 3 tahun sememangnya sejak dari kecil biasa dengan keadaan rumah yang kemas. Jadi bila mereka sepahkan mainan secara automatik mereka akan kemaskan kembali.
“Walaupun saya tidak seperti wanita lain yang bekerja di pejabat dan saya habiskan masa di rumah dengan menjaga anak saya Qaira, Qayla dan Qisya, 6 bulan namun saya tidak duduk sahaja. Saya juga menjalankan pelbagai perniagaan secara online. Alhamdulillah saya juga biasanya membuka booth setiap hujung minggu apabila ada karnival. Walaupun sibuk dengan perniagaan online namun hobi saya dalam menata rias rumah tidak pernah luput,” terang Fatin yang sering merujuk majalah Impiana dan mengambil idea dekorasi rumah dari sudut minatnya yang tersendiri.
Ringkas & Moden
Bercerita tentang konsep Scandinavian yang diterapkan di kediamannya, Fatin menjelaskan dia sukakan kepada konsep ini yang tampak ringas namun moden.
“Saya minat dengan konsep ini kerana ringkas dan ada sedikit unsur-unsur kayu. Apabila ada unsur kayu tampak rumah lebih berseri. Selain itu saya juga suka warnakan kediaman dengan pelbagai warna cat. Setahun dua atau tiga kali saya akan tukar cat dinding. Cuma kali ini saya terapkan rona putih, hitam dan kuning agar rumah saya tampak cerah dan ceria.
“Ruang makan juga saya selitkan dengan unsur ini. Walaupun tampak ringkas dengan meja makan berunsur kayu dan kerusi makan berkaki kayu dengan perhiasan pasu bunga yang minimaslis. Tampak lebih menarik apabila saya cermin yang ditepinya saya guna tape murah buat bingkai tampak lebih menyerlah.
“Pada saya dengan menggunakan pita pelekat untuk menggantung cermin di ruang meja makan adalah solusi yang sempurna. Ianya tidak kekal, dekorasi dinding dapat ditukar selalu, dan pita ini sendiri memberi statement tersendiri kepada ruang sekeliling,” jelas Fatin yang sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan rumah walaupun punya anak kecil.
Suka Lakukan DIY
Seorang yang cukup kreatif, Fatin menerangkan untuk mendapatkan kediaman yang cantik dan selesa tidak perlu mengeluarkan modal yang besar. Bagi dirinya seseorang itu hanya perlu kreatif dan bijak dalam melakukan DIY sendiri.
“Semua hiasan dirumah saya lakukan sendiri tanpa bantuan suami. Bila suami keluar bekerja bila dia pulang ke rumah tengok kediaman kami sudah berubah wajah. Saya suka DIY sendiri. Saya akan cat rumah sendiri malah saya juga mengecat rumah dengan cara sendiri dengan menggunakan span basuh pinggan. Malah saya yang aktif di laman sosial juga pernah memuatnaik teknik ini di laman sosial hingga menjadi viral.
“Jika kita lakukan DIY memang banyak berjimat. Contohnya botol kicap saya akan DIY menjadi botol yang cantik, tayar pula saya buatkan menjadi kerusi. Bingkai gambar pula saya akan print sendiri dan tampal di dinding,’ jawab Fatin berkongsi ilmu dekorasi dengan lakukan secara sendiri.
Mengusik tentang ruangan yang paling digemari Fatin menjelaskan dia tertarik dengan ruangan rehat yang menempatkan dua kerusi.
“Ruang rehat yang saya letakkan dua kerusi dan di dinding ada bingakai kayu. Ruangan ini memang menjadi kegemaran saya.
“Untuk pengetahuan akak, sewaktu berpindah kami cuma ada tikar dan sebuah almari baju. Kemudian bertambah sedikit demi sedikit. Perabot yang ada di rumah saya tidaklah terlalu mahu, saya beli di Ikea dan Kaison. Semuanya yang mampu milik. Cuma saya harus bijak dapat menyusun atur agar kediaman saya tampak menarik. Saya mula melakukan dekorasi di dalam bilik tidur. Pada waktu itu saya susun baju ikut warna. Kemudian saya berani mencuba ruangan lain dan akhirnya saya berjaya menghias seluruh kediaman dengan hasil kreativiti saya sendiri.
“Walaupun rumah saya jenis apartmen namun keluarga suka bertandang ke rumah kami. Saya tidak kisah dan sangat suka jika ramai tetamu yang datang. Walaupun saya suka kepada kebersihan namun tetamu yang datang juga sangat menghargai kediaman saya. Mereka juga suka melihat keindahan rumah yang saya lakukan dekorasi yang tersendiri.
“Keluarga saya dan suami akan bertandang ke sini bila tiba hujung minggu. Malah mereka juga menjadi sumber inspirasi dan sering memberi idea dalam mendekorasi kediaman,” jawab Fatin.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.