Tomato salah satu tanaman yang wajib ada di dalam kebun sayur anda. Akan tetapi, pokok tomato memerlukan ruang yang agak luas dan saiz pokoknya tinggi. Bagi anda yang mempunyai kekangan ruang, hal ini sangat membataskan.
IMPIANA nak cadangkan untuk anda gunakan teknik atau kaedah tanaman tomato “upside-down”. Kaedah ini banyak digunakan oleh negara-negara barat kerana ia lebih mudah untuk diselanggara selain hasilnya mudah untuk dituai. Tambahan, rimbunan tomato yang tergantung mengindahkan lagi landskap kitchen garden anda.
Ads
Tak perlu bekas yang mahal dan teknik susah. Dalam video yang dikongsikan Ankit’s Terrace Gardening tomato yang ditanam secara gantung hanya menggunakan botol plastik terpakai. Jom! kita lihat langkah-langkah mudah tanaman tomato dalam botol mineral yang menggunakan teknik upside-down ini
Jika anda mendiami rumah bersaiz kecil, anda pasti berasa cemburu apabila bertandang ke rumah rakan-rakan lain yang mempunyai ruang kediaman luas tidak sepertimana anda. Walaupun begitu, itu bukanlah halangan kerana anda perlu tahu beberapa tipu helah yang bernas untuk menjadikan rumah yang sempit nampak luas. Jadi, anda perlu tahu kehebatan cermin dalam memanipulasi visual mata manusia, seperti yang pernah dibincangkan dalam entri ini 4 Trik Cermin Ini Mampu Buatkan Kediaman Anda Lebih Luas Dan Elegan.
Kali ini, IMPIANA ingin menjelaskan bagaimana anda boleh fully utilized idea pemasangan cermin di dalam rumah. Ideanya sama tetapi kami ingin anda tahu dimana tempat yang sesuai untuk pemasangan cermin dan sedikit maklumat tentang hiasan cermin dalam rumah agar ianya lebih elegan dan nampak moden.
Pasang cermin secara unik
Walaupun kediaman anda kecil, itu tidak bermakna anda tidak boleh memasang cermin dengan cara yang paling unik sekali. Seperti contoh di gambar ini, cermin dipasang sebagai kemasan pada kabinet. Secara tidak langsung kabinet yang bisa nampak polos mempunyai pelbagai fungsi lain. BIJAK BUKAN? Guna sehabis baik setiap inci dan ruang dalam rumah anda.
Hiasi siling dengan cermin
Selain daripada pasang plaster wall ceiling yang dipadankan dengan recess light, apakata hebatkan lagi dekorasi kediaman anda dengan tambahan cermin. Letakkan di bahagian hallway rumah ataupun di pintu masuk. Pasti tetamu anda akan rasa teruja sebaik sahaja melangkahkan kaki ke dalam rumah.
Guna cermin secara menyeluruh di ruangan kecil
Kaedah terbaik untuk menambah ruang ilusi visual adalah dengan cara pasang cermin secara menyeluruh di ruangan kecil dalam rumah. Ia membuatkan pandangan mata anda seperti tiada penghujung. Untuk menaikkan serinya, ada beberapa cara yang anda boleh aplikasikan. Antaranya pemasangan bingkai grid. Ia membuatkan dinding anda nampak seperti corak geometri. Apa yang penting disini adalah bentuk bingkai yang akan menambah umpph kepada cermin anda.
Cermin berskala besar
Ianya amat sesuai diletakkan di bahagian dinding utama rumah. Selain daripada penataan tona cat yang menarik, ia boleh diperhebatkan lagi dengan tambahan cermin saiz besar meliputi 60% luas dinding tersebut. Jika anda gemarkan tema rustic, gunakan bingkai kayu. Peminat konsep industri, hiasinya dengan salutan bingkai besi dan juga konsep lain, yang penting adalah pemilihan bingkai mengikut tetapan tema kesukaan pemilik kediaman.
Cermin wrap around
Separa bulat disini bermaksud bukan menyeluruh, tetapi sebahagian daripada ruang dipasang cermin. Anda boleh mencuba idea pemasangan cermin secara berhadapan, hasil pantulannya amat menakjubkan. Itu belum lagi jika anda pasang cermin ketiga dibahagian tengah, menambahkan lagi visual pantulan geometri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kelabu telah terbukti menjadi salah satu pilihan warna kegemaran ramai. Warna kelabu tampak neutral dan amat versatile sehingga boleh dipadankan dengan hampir setiap warna dan corak. Adakah anda bercadang untuk menghias dengan kelabu? Sedikit peringatan, warna kelabu datang dalam beberapa tona, suam dan sejuk, jadi agak mudah untuk tersalah pilih. Jika anda mahukan ruang yang nampak moden, gunakan warna kelabu bertona sejuk tetapi berlainan pula dengan warna kelabu suam, ia akan membangkitkan perasaan yang lebih klasik dan kontemporari.
1. GABUNGKAN BEBERAPA TONA KELABU.
Jika anda hanya menggunakan satu tona warna yang sama, ruang mungkn akan kelihatan hambar dan membosankan. Jadi adalah penting untuk menggabungkan beberapa tona kelabu agar ruang tidak nampak flat. Mulakan dengan lapisan asas, pilih satu tona kelabu yang benar-benar memberi inspirasi kepada anda, kemudian lapiskan dengan tona kelabu yang berbeza melalui perabot, hiasan lembut dan aksesori lain. Lemparkan kusyen bercorak untuk menambah tekstur ruang.
2. PERABOT KELABU.
Jangan hadkan penggunaan kelabu hanya pada warna dinding. Jika anda suka warna ini, pertimbangkan beberapa buah perabot untuk menambah mood moden. Rak atau almari juga adalah cara yang baik untuk tambahkan kelabu pada ruang anda.
3. METALIK SEBAGAI ESEN KELABU.
Aksesori metalik yang indah sememangnya amat cantik dipadankan dengan palet asas kelabu. Gunakan warna kelabu untuk latar belakang neutral anda bagi memberikan tumpuan kepada hiasan metalik.
4. CIPTAKAN LATAR BELAKANG SEMPURNA.
Kelabu adalah warna paling sesuai yang boleh digunakan untuk menghiasi dinding anda. penggunaan cat atau wallpaper kelabu tidak akan menenggelamkan warna esen.
5. TAMBAH DRAMA DENGAN KELABU GELAP.
Gunakan kelabu gelap untuk anda yang berani dan bold. Cat sekali dinding serta siling dan ia boleh dikontraskan dengan hiasan berwarna terang dan menarik. Ruang serta merta akan menjadi lebih dramatik dan berkarakter.
6. KEHIJAUAN SEBAGAI PENYERI.
Tumbuhan hijau atau corak tropikal akan dengan mudah menjadikan ruang kelabu lebih segar dan ‘ringan’.
7. PASTEL PADANAN KELABU LEMBUT.
Letakkan sekali warna kelabu dengan warna-warna pastel untuk ruangan nampak lebih lembut dan mesra. Untuk mengelakkan ruang terasa terlalu girly, gunakan juga warna lebih gelap dan corak hitam putih untuk mendapatkan lebih tekstur.
8. JANGAN ABAIKAN LANTAI.
Jika anda tidak tahu mana untuk bermula, pandang kebawah. Lantai sering dilupakan walaupun ia merupakan tempat terbaik untuk mula memasukkan sedikit demi sedikit tona kelabu. Bentangkan permaidani, perabot dan aksesori untuk mewujudkan ruang tamu yang sesuai dengan anda dan keluarga.
9. MAHU RUANG KELIHATAN MEWAH? MARBLE JAWAPANNYA.
Mungkin tidak semua ingin melabur untuk marmar, ciri gaya marmar adalah cara yang baik untuk menggabungkan beberapa tona kelabu ke dalam ruang dikediaman anda. Kertas dinding bercorak marmar atau kaunter top marmar akan kelihatan anggun dan mewah apabila digabungkan dengan kelabu menjadikan ruang lebih mewah dan eksklusif.
Sumber Imej : Carian gambar Google
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dengan iklim Khatulistiwa negara ini, sudah menjadi kebiasaan untuk setiap kediaman mempunyai kedua-dua kipas dan pendingin hawa (aircond).
Biasanya, pengguna akan buka salah satu sama ada kipas atau aircond tetapi untuk hari yang luar biasa panasnya, seringkali kita lihat kedua-duanya dipasang. Full blast lagi!
Tapi tahukah anda, dengan menggunakan kipas dan aircond dalam satu masa yang sama, kita sebenarnya hanya akan memburukkan lagi keadaan?
Menurut perkongsian facebooknya, seorang juruteknik Muhammad Noramin Mat telah menjelaskan kenapa hal tersebut bakal memberi kesan kepada prestasi aircond anda. Ikuti penjelasan lanjut dalam perkongsian seperti di bawah :
“Assalamualaikum. Semalam aku ada bagitau pasal ON AIR COND + ON KIPAS BIASA. Kalau korang nak tahu, bila korang on je dua dua benda ni dalam masa yang sama, nanti suhu panas dengan suhu dingin boleh bergaul, lepastu nanti filter air cond korang pun cepat tersumbat.
Jadi benda macamni, korang kene kerap cuci filter air cond korang. Kalau tak cuci macam mana laa nak rasa SENSASI dingin air cond tu kan? Korang banyak rasa angin dari korang rasa dingin.
Kalau macam tu rugi je pasang air cond kat rumah kalau rasa dingin tu tak BEST! kan? Nah ni haah aku lukis gambar kat bawah bagi korang tengok (buka gambar, dalam tu ada citer sikit) macam mana kitaran angin tu. Aku nak buat video grafik aku tak reti geng. Aku lukis je la senang. (walaupun lukisan aku tak semolek lukisan Leonardo da Vinci. Korang paham dah kira ok la aku rasa)”
Gambar A Situasi normal bila ON AIR COND & off kipas biasa. Kitaran hawa panas dan dingin dalam kondisi yang baik.
Gambar B Situasi ni kedua-dua on yang menyebabkan air cond pening dengan suhu ruang bilik. Kitaran hawa panas dan dingin bercampur. (boleh jadi penyebab bil elektrik korang tinggi). P/S: Kalau korang tahu guna ‘MOD DRY’, Tu dah kira lain.
Secara ringkasnya, Encik Noramin menerangkan bahawa penggunaan kedua-dua alat tersebut dalam satu masa akan menjejaskan keadaan penapis udara di dalam pendingin hawa seterusnya akan mengganggu prestasinya. Kediaman anda tidak akan sesejuk yang anda mahukan walaupun setelah membuka aircond.
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.