Sebelum ini, Laman impiana pernah ceritakan kebaikkan companion plant atau tanaman peneman. Kebiasaanya, companion plant diusahakan untuk tanaman yang akan tuai sebagai makanan dan banyak diamalkan oleh pekebun-pekebun organik. Companion plant juga berguna atau sesuai diaplikasikan kepada tanaman berbunga terutamanya ros.

Ros memang terkenal dengan serangan penyakitnya seperti blackspot, bena dan kulat. Pokok ros perlu sentiasa dipantau kerana kebanyakkan penyakit atau serangan perosak yang menyerang ros mudah dan cepat merebak. Selain penggunaan racun serangga sama ada organik atau kimia, ada kaedah lain untuk mencegah serangan perosak dan penyakit pada pokok ros iaitu melalui companion plant. Bawang putih adalah companion plant atau tanaman peneman terbaik untuk ros. Tanam Bawang Putih Bantu Pokok Ros Subur Dan Terhindar Dari Penyakit Atau Ancaman Serangga

Tanam Bawang Putih Bantu Pokok Ros Subur Dan Terhindar Dari Penyakit Atau Ancaman Serangga

IKLAN

 

Jika rimbunan ros ditanam secara berselang atau bercampur dengan bawang putih, banyak manfaat yang akan anda miliki. Bukan sekadar dapat menuai bawang putih segar dari ladang, malah ia juga berupaya mencegah pelbagai serangga perosak, kulat dan penyakit yang kerap mengancam pokok ros. Bawang putih memang terkenal dengan fungsi dan kegunaanya yang banyak membantu pekebun di ladang [klik sini untuk artikel lengkap]. Serangga perosak yang paling mudah dicegah dengan menggunakan bawang putih adalah Aphids, semut dan siput.

IKLAN

Tanam Bawang Putih Bantu Pokok Ros Subur Dan Terhindar Dari Penyakit Atau Ancaman Serangga

IKLAN

Tambahan, Kajian menunjukkan kandungan yang terdapat di dalam bawang putih mempunyai fungsi anti fungus. Secara tidak langsung,ia berupaya mencegah masalah atau penyakit blackspot yang kerap mengancam pokok ros. Selain berupaya mencegah serangan serangga, kulat dan penyakit pada pokok ros, bawang putih juga dikatakan berupaya mempertingkatkan aroma ros. Jadi, lepas ni cuba tanam abwang putih di bawah rimbunan pokok ros anda.

Sumber: http://www.birdsandblooms.com

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI