Teknik tanam pokok buah dalam pasu memang dah meluas sekarang. Teknik ini lebih popular dengan panggilan TABULANPOT atau bila diMelayukan bermaksud tanam buah dalam pot/pasu. Pokok pisang juga tidak terkecuali boleh ditanam dalam pasu. Tanam pisang dalam pasu bukan lah sesuatu yang susah sebenarnya. Namun ada beberapa perkara perlu diperhatikan:

Jenis pisang
Kebiasaannya, jenis pokok pisang yang sesuai dan mudah untuk teknik tabulanpot adalah dari jenis renek atau Dwarf. Ia boleh mencapai ketinggian antara 1.5 hingga 4 meter maksimum. Kalau macam tu, di Malaysia banyak jenis pisang yang tinggi tak lebih 3 meter. Sesuai sangat dah tu.


Antara jenis yang bersesuaian adalah

  • Dwarf red
  • Dwarf cavendish
  • Dwarf Brazilian
  • Dwarf Jamaican
  • Rajapuri
  • Wiliam Hybrid
  • Gran nain
  • Dwarf “Lady Finger”
  • Musa Sikkimensis ‘red tiger’
  • musa ornata

Cahaya matahari
Pokok pisang memerlukan cahaya matahari sepanjang hari. Sebab tu, kalau anda merancang nak jadikan pokok pisang ini sebagai tanaman indoor, perlu letakkan ia berhampiran tingkap yang menerima cahaya matahari terus.

IKLAN

Medium tanaman
Untuk medium tanaman secara ladang dengan pasu mesti berbeza. Sebab dalam pasu, pergerakan pokok terbatas untuk mencari sumber. Tambahan pula, pokok pisang mempunyai sistem akar yang pendek.

Oleh itu, medium atau tanah yang digunakan untuk tanam pisang dalam pasu WAJIB mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik. Di samping itu juga, pastikan pH tanah antara asid dan natural iaitu 6-7 untuk membekalkan potassium dan nutrisi yang diperlukan pokok pisang. Kalau tanah anda beralkali, campurkan sedikit sulfur.

IKLAN

 

Siraman
Medium tanaman pokok pisang perlu sentiasa lembap, Bukan basah tau. Oleh itu, pastikan siraman dilakukan apabila perlu sahaja. Nak selamat, masa penyediaan campuran medium tanaman letakkan sekali perlite atau beli sahaja campuran medium yang tersedia yang dah ada. Perlite bukan sekadar mampu memperbaiki struktur pengudaraan tanah, malah mengekalkan kelembapan dalam tempoh yang lama.

IKLAN

Pembajaan
Pisang adalah antara tanaman yang mempunyai tempoh pertumbuhan atau tumbesaran yang agresif. Oleh itu, pembajaan untuk pokok pisang amat penting untuk tumbesaran optimum. Anda boleh gunakan baja 15:15:15 untuk merangsang pertumbuhan pokok pisang. kalau berhajat untuk hasilkan buahnya pula, boleh cuba baja 15:5:30

Pasu
Pasu yang diperlukan untuk tanam pokok pisang adalah 2x ganda lebih besar dari saiz rootball nya. dan yang paling penting, ia dilengkapi dengan sistem saliran yang baik. Kebiasaannya, pasu tanah liat atau terracotta menjadi pilihan kerana ia mempunyai struktur pengudaraan dan saliran yang baik pada keseluruhan dinding pasu. Selain itu juga, pasu terracotta tidak serap haba. Jadi, ia mampu mengekalkan kelembapan di dalam tanah.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI