Kediaman, tidak kira yang bersaiz kecil atau besar, kini bukan lah menjadi masalah buat pemilik. Sama ada rumah anda banglo tiga tingkat mahupun apartmen kecil dua bilik, perkara paling penting adalah bagaimana anda menyusun atur dan menghias kediaman agar sesuai degan gaya hidup masing-masing.
Lebih-lebih lagi buat rumah dengan ruang yang terhad. Perancangan pelan atau susun atur yang sesuai dan menarik perlu diberi keutamaan. Pastikan setiap sudut digunakan dengan bijak dan tiada negative space dalam mana-mana ruang supaya rumah yang didiami lebih selesa dan sudah digunakan sebaik mungkin. Seperti apartmen di Rusia ini yang tampak selesa tetapi juga praktikal buat pemiliknya. Semoga ia menjadi inspirasi buat pembaca IMPIANA.
Sumber : Pinterest
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hapuskan Daki Dan Lumut Pada Jubin Dengan 4 Bahan Yang Boleh Jumpa Di Dapur Ini
Jubin pada lantai atau dinding yang kotor dan berlumut adalah perkara turn off yang dapat merosakkan imej tandas anda. Bukan itu saja, jika tetamu lihat pun pasti mereka berasa geli nak masuk. Malu nya!
Memang tidak dapat dinafikan, nak memastikan tandas sentiasa dalam keadaan tip top dari segala aspek adalah satu hal yang memenatkan dan merumitkan tetapi ia penting untuk menjaga kebersihan dan juga bagi memastikan keharmonian rumah tangga yang berpanjangan. Salah satu bahagian paling susah nak di maintain adalah pada jubin serta grouting kerana jika kita lalai sedikit pasti lumut dan kotoran mula melekat dan kalau dibiarkan lama-lama nanti susah nak tanggal. Tapi jangan risau, anda tak perlu lakukan renovasi besar besaran di tandas pun. Hanya perlu jadikan tugas mencuci tandas sebagai rutin. Yang menariknya, tak perlu guna sebarang sabun. Hanya dengan bahan dapur sahaja.
Serbuk Penaik
Untuk sesi pembersihan minor seperti tompokan air, saki-baki tumpahan shampoo dan debu, serbuk penaik adalah bahan yang sesuai menggantikan sabun pencuci lantqi. Celupkan span lembap ke dalam mangkuk serbuk penaik dan gosokkan pada jubin, grout atau mana-mana permukaan yang kotor. Bilas dengan teliti menggunakan air suam. Cucian seperti ini ideal dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Cuka
Antara bahan dapur yang sesuai dijadikan sebagai bahan pembersih jubin adalah cuka. Sifat berasid cuka mewujudkan persekitaran yang menghalang pertumbuhan kulat, cendawan dan bakteria. Ia juga bahan yang boleh menembusi buih sabun, deposit mineral, bintik-bintik air dan banyak lagi.
Campurkan cuka dengan air ke dalam botol dengan nisbah yang sama kemudian semburkan saja bancuhan tersebut ke permukaan jubin. Biarkan campuran tadi di permukaan selama beberapa minit sebelum menyental dengan berus atau span. Untuk kotoran yang degil, tambahkan serbuk penaik ke dalam bancuhan cuka.
Cuka juga boleh berfungsi sebagai agen pencegahan untuk kegunaan setiap hari. Jadi anda boleh semburkan campuran ini pada jubin dan permukaan kaca sebelum anda keluar dari bilik mandi.
Garam
Garam berkuasa untuk membunuh organisma sel tunggal, seperti kulat dengan cara menegringkan mereka. Tapi jangan terkejut, untuk memastikan cara ini berkesan, kawasan kulat perlu dibiarkan lembap, barulah dapat lihat kebolehan garam yang sebenar. Untuk jubin lantai atau permukaan rata yang lain, anda boleh lapkan kawasan itu dengan kain lembap dan taburkan garam, sebelum menyental ke dalam bahagian-bahagian tertentu. Biarkan ia semalaman sebelum menyambung kerja-kerja pembersihan disebelah pagi keesokan harinya. Sebarang jenis garam kasar, termasuk garam Epsom, boleh digunakan.
Jus Lemon
Jus lemon kegemaran di kalangan pencinta bahan semula jadi kerana keupayaannya untuk membersihkan kotoran serta meringankan masalah kulit dengan efektif. Begitu juga tindak balasnya terhadap jubin. Seperti cuka, jus lemon segar mengandungi asid yang agak kuat menjadikan nya sebagai musuh utama buat kulat dan cendawan. Ia juga berfungsi dengan baik apabila digabungkan dengan serbuk penaik.
Itulah antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk kerja pembersihan jubin. Anda boleh lakukan semuanya sendiri, tidak perlu runsing lagi. Selamat membersih!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Apa Istimewa Kartell Dalam Industri Hiasan Dalaman
Jika yang suka menghias kediaman dalam cita rasa tersendiri, pastinya jenama yang berkualiti tinggi menjadi pilihan segelintir dari mereka. Di sini ingin saya bercerita mengenai jenama KARTELL yang pastinya ramai sudah tahu akan jenama ini, tetapi mungkin ada yang masih belum mengenali jenama ini dengan lebih dekat.
Ya, betul jika melihat harga barang hiasan serta perabot dari jenama ini pastinya berfikir lebih dari 3 kali untuk memilikinya. IMPIANA tidak menyangkal jika anda mempunyai padangan yang sebegitu. Tetapi jika sebenarnya dalam menghasilkan seni hiasan dalaman yang cukup berkualaiti dan tahan lama serta dalam kelas tersendiri. Perabot dan hiasan berjenama KARTELL ini lah yang patut menjadi pilihan. Apa pun IMPIANA ingin katakan berbelanjalah dengan bijak dalam apa jua sekali pun.
Siapa KARTELL dalam industri dekorasi?
Pengasas KARTELL yang berasal daripada Itali iaitu Anna Castelli Ferrieri dan Giulio Castelli. KARTELL juga adalah syarikat Itali, berdasarkan Noviglio, syarikat ini didirikan pada tahun 1949 (71 tahun dalam Pasaran). Mulai sebagai pengilang untuk aksesori kereta pada tahun 1949. Ia berkembang menjadi perabot rumah pada tahun 1963 dan kesemua produk hasil syarikat ini 100% dibuat di Itali. KARTELL menghasilkan pelbagai produk seperti lampu, perabot, peralatan makan dan aksesori rumah. Bahan utama dalam dalam pembuatan barang hasil KARTELL ialah Poly-Carbonate (PC) kerana mereka adalah syarikat yang paling maju dalam menghasilkan bahan asas PC di dunia. Hebatkan!
Mengapa Polycarbonate
Pengasas Kartell, Guilio Castelli adalah seorang jurutera kimia. Impiannya adalah untuk menghasilkan objek dengan ciri-ciri inovatif yang boleh menggunakan teknologi pembuatan baru menjadikan penggunaan bahan-bahan ekonomi dan menggunakan proses yang efisien. Projek plastik mereka yang terkenal adalah sangat tertumpu kepada penyelidikan dan reka bentuk teknologi untuk menangani bahan yang tidak seperti bahan semula jadi dan tidak mempunyai identiti visual sebelum pengeluaran. Jika anda ingin tahu polikarbonat adalah tahan lama, pentulan cahaya, penebat haba, tahan air, dan ringan. Inilah yang membuatkan rangkaian produk KARTELL mendapat tempat di dalam industri.
Jika anda ingin ketahui perkara lebih lanjut dengan mengenai jenama ini anda boleh layari https://lightcraft.com.my/ untuk rangkaian produk berjenama ini.
Gambar: Lighcraft
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mana Hilangnya Pereka Hiasan Dalam Terkenal, Dr. Eric Leong?
Masihkah anda ingat dan kenal dengan figura pereka hiasan dalaman terkenal, Dr. Eric Leong yang pernah muncul di kaca televisyen suatu ketika dahulu? Mesti anda ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai beliau.
Hasil tinjauan IMPIANA di laman maya mendapati pereka hiasan dalaman terkenal tanah air kini berkhidmat sebagai pembantu Profesor di sebuah institusi pengajian tinggi, New Era University College, Kuala Lumpur.
Meski tidak lagi kelihatan muncul di mana-mana saluran di kaca televisyen, ikon pereka hiasan dalaman ini tetap aktif dan sentiasa setia bersama para pengikut laman media sosialnya di Instagram, Facebook dan Clubhouse.
Selain itu, figura terkenal ini juga dilihat telah mengisi masa untuk pergi bercuti ke luar negara antaranya Greece, Paris, Filipina, China dan banyak lagi.
Dr. Eric Leong sebelum ini merupakan bekas hos rancangan Casa Impian yang bersiaran menerusi saluran Astro Ria, sekitar 20 tahun yang lalu.
Casa Impian adalah sebuah rancangan mengetengahkan idea rekaan hiasan dalaman dan cara mengubahsuai rumah supaya tampak lebih cantik serta bergaya kepada para penonton.
Konklusinya, pereka hiasan dalam popular ini sebenarnya tidak menghilang, malah masih kekal aktif dalam bidang kerjaya yang diceburinya. Semoga Dr. Eric Leong terus berjaya dan diharapkan kembali muncul di kaca televisyen. Pasti ada yang rindu betul tak?
Foto: Instagram Dr. Eric Leong
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Nak Beli ‘Wing Chair’ Tapi Tak Tahu Nak Pilih Mana Yang Sesuai? Ini Tips Untuk Anda!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI