Ilham itu tidak mengira budaya atau lokasi. Mungkin dahulu kehidupan seorang nelayan dilihat tidaklah begitu mewah. Namun ia merupakan satu budaya dan kerjaya yang dihormati kini sama seperti seorang pelayar. Bercakap soal laut juga, setiap lokasi di dunia, pasti ada budaya seni bina atau seni hias di persisiran pantainya. Dari negara kita, ke serata Asia Tenggara, di Jepun, Australia, Amerika Syarikat seperti Florida, Hawaii, Alaska, kepulauan Caribbean dan Eropah. Masing-masing punya gaya tersendiri dalam seni bina dan seni hias ala budaya nelayannya.
Ads
Pereka mengambil budaya ini sebagai satu ilham yang boleh dikomersilkan. Selalunya ilham yang dipanggil Nautika ini banyak bermain dengan barangan rustik dan kayu. Bagaikan kediaman nelayan yang ringkas, bahagian siling dibiarkan tinggi mengikut kecerunan bumbung. Malah rona putih dipilih sebagai warna rasmi antarabangsa yang melambangkan samudera atau nautikal. Pun begitu ada juga yang lebih selesa menggunakan rona pastel atau vintaj yang lebih berkarakter. Aksesori kapal dan corak lazim bagi kelasi iaitu belang-belang biru dihidupkan kembali pada kemasan lembut seperti pada langsir utama atau sofa. Ia bukan sahaja tampil bergaya tetapi tidak jemu dipandang.
Biar pun berbeza dari segi geografinya, namun apa yang pasti, banyak kelengkapan memancing juga mereka jadikan aksesori atau perabot di dalam kediaman masing-masing. Bagaikan ada suara yang sama membisikkan 1001 ilham gaya kediaman di persisiran pantai. Rasa bangga terhadap budaya nelayan dan merasakan diri mereka dekat dengan laut yang telah menjadi sebahagian daripada darah daging mereka ini. Menyabung nyawa, membelah samudera bergelut dengan ikan perkasa demi menyambut hidup. Ombak sudah seperti suara yang berbisik di telinga mereka.
Ads
Daripada pendayung, ke pukat, ke balang kaca pelapung, ke batu karang di tengah laut segalanya dijadikan ilham menghias ruang. Malah jika ditinjau perabotnya juga ringkas . Ada kayu asli, rumpai air dipilin dan beberapa material semula jadi. Biar kini batu karang di haramkan, pereka cuma mencari elemn lain yang mempunyai cerita kehidupan nelayan di tengah laut. Adakala ia nampak lusuh dan lama tetapi jika bijak di suai padankan, ia tetap menarik perhatian ramai. Malah jika diilhat beberapa kediaman di pinggir pantai Amerika, mempunyai laluan atas bumbung kediaman bagi sang isteri meninjau adakah bot suami mereka sudah sampai di dermaga. Berjaya merentas samudera dan ombak yang mengganas. Biru dan putih dijadikan satu symbol warna mesti guna untuk menunjukkan elemen nautika ini. Ia merupakan simbol perkapalan, samudera dan alam seorang nelayan.
Ads
Mudah dan murah je . Apa yang anda perlu lakukan adalah kenakan ruang kediaman anda dengan rona putih asli. Tidak salah jika balas dengan rona biru gelap sedikit seperti corak belang-belang pada sofa atau langsir. Malah hiasan dari dasar laut banyak membantu termasuk arca-arca seperti bot nelayan, rumah lampu, komponen bot dan aksesori-aksesori memukat termasuk jala dan sebagainya. Semua boleh dijadikan aksesori jika bijak menyesuai padan dengan elemen yang lain. Anda yang masih tercari-cari ilham untuk kamar anak lelaki atau rumah si bujang mungkin boleh mencubanya. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mempunyai rumah yang kemas dan teratur sentiasa menjadi dambaan setiap insan. Baik yang mendiami rumah sendiri atau sewa kerana di akhirnya, kita hanya mahukan ketenangan sebaik sahaja melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah. Rumah merupakan tempat kita berteduh dari hujan panas dan ruang privasi untuk kita lupakan sejenak masalah yang datang menghurung pemikiran kita.
Begitu juga pemilik rumah teres yang berkeluasan 3000 sqft ini iaitu Pn Deanna Dayen, dia berjaya mendeko kediamannya tanpa tema khusus kerana beliau hanya mementingkan kekemasan serta susun atur barang yang sempurna malahan jika diteliti dari sudut pemilihan warna untuk kemasan di dinding, dia hanya menggunakan warna kelabu dan turut dihiasi dengan kemasan kaligrafi arab untuk menambahkan lagi auranya.
“Untuk dekorasi rumah saya ini, saya tidak merujuk kepada mana-mana laman web dekorasi kediaman, segalanya hanya mengikut citarasa saya sendiri serta perbincangan bersama suami” jelasnya.
Tambahnya lagi, dia dan suami sentiasa beranggapan bahawa mereka adalah tetamu dalam rumah sendiri, kerana setiap kali tetamu bertandang, rumah akan sentiasa siap dan kemas, jadi setiap kali kami ingin keluar rumah, kami akan kemas dahulu sebaik mungkin dan apabila pulang, kami akan rasa seperti tetamu yang datang ke rumah orang lain dengan rasa tenang.
Penulis amat menyukai design dapur modennya yang mempunyai island yang berkapasiti tiga tempat duduk. Island table ini mengisi ruang luas dapurnya dan turut diserikan dengan juntaian lampu gantung. Selain itu, kemasan elegan kitchen cabinet yang nampak seperti ukiran kayu, sebenarnya material asalnya adalah aluminium yang ditatah dengan elemen kayu. InshAllah tahan lama tanpa perlu risau dengan serangan anai-anai.
Untuk penjelasan lanjut serta tatapan secara detail, ikuti susunan gambar design kediaman Pn Deanna di bawah ini. Selamat Menghias!!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ada apa dengan dia? Adakah dia bersalah hanya dilihat cantik juga menarik? Atau mereka yang tergoda dengannya yang menukar tajuk cerita apabila tak dapat memilikinya? Benar, dia boleh dipelbagaikan, boleh berada dipelbagai posisi mengikut selera anda. Cakap sahaja di mana dan bila , ottoman boleh bertindak sebagai penyeri ruang kediaman anda dalam sekelip mata. Sebab itulah ramai yang tertipu akan kelebihan ottoman ini.
Di datangkan dalam pelbagai bentuk dan saiz, ottoman sememangnya berguna untuk dijadikan tempat duduk dan meja kopi jika perlu. Ada di datangkan dalam bentuk berkaki seumpama sebuah bangku . Sama ada empat segi tepat atau empat segi sama. Ada juga yang tidak memperlihatkan kaki mereka. Ia seumpama sebuah bongkah cantik dan dibina dengan cukup kukuh .
Diperkemaskan dengan teknik chesterfield atau plos begitu aja. Jika anda mempunyai tetamu yang agak ramai, ia boleh djadikan tempat duduk. Jika tidak menjadi meja kopi sahaja. Tetapi bukan dijadikan bangku panjang untuk bersenam ye! Paling menarik, ada juga di kalangan pereka ottoman menjadikan ia sebahagian daripada ruang penstoran. Malah adakala kemasan lembut yang dipilih juga nampak sedondon dengan langsir dan kusyen.
Jika anda mempunyai ruang terhad , ottoman bulat dilihat cukup sempurna. Manakala ruang memanjang, ottoman empat segi tepat lebih menarik. Tidak salah jika ottoman diberi suntikan warna yang agak berbeza dari set sofa. Ia tidak perlu sedondon. Segalanya terserah kepada kebijaksanaan anda untuk memberi ruang solekan ala warna harmoni atau satu warna lain di tengah ruang. Simple-simple aja di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak semua di antara kita bernasib baik apabila baru berkahwin tetapi telah mempunyai sebuah rumah besar lengkap dengan perabot dan sebagainya. Kebanyakan daripada pasangan baru berkahwin bermula dengan kosong dan berdikit-dikit menyediakan kelengkapan rumah untuk keselesaan keluarga. Ada yang mengambil masa bertahun dan ada pula yang bijak merancang lalu mereka berjaya menghias kediaman dengan kos yang rendah tetapi cantik.
Ini yang dilakukan oleh Jazlan Nangar iaitu seorang jurugambar profesional. Beliau dan isteri mengumpul barang dekorasi sedikit demi sedikit dan kebanyakannya dibeli dengan harga yang berpatutan. Caranya adalah rajin survey kedai-kedai barangan dekorasi dan ada juga yang dibeli di Ikea (as-is). Paling unik kayu palet yang disusun menjadi rak tv. Kreatif dan yang penting bijak jimat kos.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.