Wah! Ini memang satu khabar berita gembira buat anda semua pengumpul koleksi barangan jenama Starbucks kerana telah mengadakan jualan murah untuk kesemua ‘mechandise’ bermula 29 September sehingga 2 Oktober depan.
Pelbagai barangan Starbucks yang dijual dengan harga yang murah antaranya botol air, cawan, gelas dan aksesori seperti beg serta rantai kunci.
Untuk pengetahuan anda, Starbuck telah mengadakan jualan murah dan diskaun pemotongan harga untuk kesemua barangan ‘merchandise’ jenama tersebut di Event Hall 2, Tingkat 5, The Starling Mall, Petaling Jaya.
Ads
Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat pergi ke lokasi jualan murah dan dapatkan barangan ‘merchandise’ kegemaran anda sebelum kehabisan stok. Memang murah kaw-kaw!
Sumber: Instagram KL Foodie
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tahukah anda, reka bentuk menara jam Abraj Al Bait yang terletak di tanah suci Mekah telah dihasilkan oleh anak melayu tempatan, Datuk Wan Nazri Wan Aria yang sememangnya telah membanggakan nama Malaysia di persada dunia.
Menerusi satu hantaran di laman media sosial Facebook milik Richard Ker Digital telah berkongsi cerita serta kisah perjalanan di sebalik individu yang bernama Wan Nazri Wan Aria ini.
Untuk maklumkat anda, Anak kelahiran Melaka ini telah dibesarkan dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan di bandar Kuala Lumpur.
Beliau telah mendapat pendidikan awal sebuah sekolah yang terletak di Segambut dan kemudian melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum berkhidmat di salah sebuah syarikat tempatan.
Ketika beliau menjangkau usia 25 tahun, Datuk Wan Nazri telah mengorak langkah melanjutkan pengajian peringkat Ijazah dalam jurusan Kejuruteraan di University Of Stuttgart di German.
Setelah tamat pengajian tersebut, beliau pernah ditawarkan untuk berkerja oleh beberapa syarikat automotif di Eropah namun kesemua tawaran tersebut ditolak.
Oleh kerana minat yang mendalam terhadap Kejuruteraan Bangunan, beliau telah memohon jawatan di syarikat SL Rasch, yang merupakan salah sebuah syarikat arkitek terkemuka di German.
Pada mulanya, permohonan Datuk Wan Nazri telah ditolak oleh kerana status kewarganegaraan bukan rakyat tempatan. Kemudian beliau telah diberi tempoh selama 6 bulan percubaan untuk membuktikan kebolehan dirinya.
Akhirnya, syarikat arkitek berkenaan telah berjaya memenangi tender projek pembinaan tersebut dengan hasil idea rekaan menara jam oleh Datuk Wan Nazri.
Rentetan itu, beliau telah dilantik sebagai ketua penasihat untuk pembinaan projek tersebut dari awal sehingga bangunan menara itu siap sepenuhnya pada tahun 2012. Kini, Mecca Royal Clock Tower merupakan sebuah menara jam yang terbesar dan ketiga tertinggi di dunia.
Atas prestasi kerja beliau yang mengagumkan, Datuk Wan Nazri pernah ditawarkan perkerjaan oleh beberapa syarikat di Arab Saudi.
Pada tahun 2017, beliau telah menerima pangkat gelaran Datuk oleh Yang Di-Pertua Negeri Melaka.
Kini, beliau merupakan CEO kepada KOP Mantap Berhad kepunyaan Koperasi PDRM. Legasi kejayaan Datuk Ir Hj Wan Nazri Hj Wan Aria bukan sahaja telah membanggakan rakyat Malaysia malah seluruh rakyat di tanah suci Mekah.
Sumber: Facebook Richard Ker Digital
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ramai alami masalah pokok orkid yang kedekut bunga. Orkid ni memang mudah tanam, tapi bunganya tu agak susah untuk dihasilkan kalau tak kena teknik. Bazniza AB, berkongsi tip dan trik nak bagi orkid berbunga di setiap cabang dengan mudah.
Ada petua kalau orkid tak nak berbunga buang 2 daun yg paling atas. Akhirnya menjadi spike tumbuh serentak dgn pucuk yg dibuang hari tu. Wallahu a’lam petua tu menjadi atau kebetulan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bagi anda yang rajin memasak di dapur, sudah pasti sering berdepan dengan masalah untuk menyimpan daun sup, bawang atau ketumbar di dalam peti ais supaya kekal segar serta tahan lebih lama.
Tidak dinafikan, cara penyimpanan yang salah sering dilakukan boleh menyebabkan anda berdepan dengan masalah sedemikian. Maka oleh itu, sudah pasti anda ingin mengetahui bagaimana caranya untuk menangani masalah tersebut.
Mungkin kini sudah tiba masanya untuk anda beralih kepada sesuatu perubahan baharu yang lebih inovatif bagi untuk mengekalkan daun sup, bawang dan ketumbar yang disimpan dalam peti ais kekal lebih tahan lama dari sebelumnya.
Jadi apa kata anda menggunakan bekas khas ini sekiranya mahu menyimpan daun sayur-sayuran berkenaan supaya lebih tahan berlama-lamanya.
Untuk maklumat anda, bekas khas ini direka khas bagi menyimpan daun sayur-sayuran anda supaya lebih tahan lama kerana ia didatangkan dengan tangki air di bawah bekas yang berbentuk silinder ini.
Maka oleh itu, ia boleh membuatkan daun sayur-sayuran yang disimpan boleh tahan lama berbanding dengan kaedah cara penyimpanan yang lain.
Jadi anda tidak perlu lagi berasa bimbang daun sayur-sayuran seperti daun sup, bawang dan ketumbar layu dan tidak tahan lama selepas menggunakan bekas khas ini.
Harga yang dijual sangat berpatutan dan tidak begitu mahal. Anda boleh mendapatkan bekas khas ini dengan harga serendah RM13 sahaja untuk sebuah bekas tidak termasuk bersama kos penghantaran.
Sekiranya anda mahu mendapatkan bekas khas ini, anda boleh membelinya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk pembelian.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...