Peti sejuk kini bukan sekadar bongkah di dapur. Terdapat pelbagai idea solekan yang boleh anda cuba untuk peti sejuk anda…dari grafika ke watak lucu mencuit hati. Setia idea melambangkan personaliti dan cita rasa. Anda bagaimana?
IDEA GRAFIKA, IDEA LUAS DAN TIDAK LEKAS JEMU. MAMPU MENAMBAT HATI DEWASA DAN KANAK-KANAK
IDEA SENI KLASIK MODEN TAMPIL MEWAH DAN KREATIF
Ads
IDEA PENUH IMAGINASI SEMEMANGNYA SESUAI UNTUK SEMUA. SERIUS NAMUN BERGAYA
BINTIK-BINTIK GAYA RIANG REMAJA TERUTAMA KEDIAMAN ANAK DARA ATAU MEREKA YANG BERKERJA DALAM INDUSTRI KECANTIKAN.
Ads
Peti sejuk bukan sekadar bongkah kaku di dapur. Ia juga melambangkan kemewahan seseorang itu. Namun peti sejuk bukan sekadar itu tetapi melebihi dari yang kita fikirkan. Menyimpan makanan agar segar dan menjimatkan makanan dari membazir. Kini peti sejuk mengalami pelbagai perubahan dari keupayaannya menyimpan makanan agar kekal segar kepada persembahan luarannya bak gaun sang ratu.
Ads
Simple simple aja di IMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Remaja kini semakin berani dalam mencuba apa sahaja. Identiti remaja juga kini menampakkan mereka lekas matang dalam usia muda. Bahkan pendedahan terhadap dekorasi atau imej ruang sebagaimana dipaparkan dalam rancangan televisyen sememangnya menyerlahkan satu daya pemikiran yang tajam dan kreatif. Disuntik pula dengan keberanian tuan punya kamar yang tidak gentar mencuba. Kelabu kini bukan bererti buruk atau lusuh. Tetapi satu identiti hebat dan menerangkan kelainan yang didambarkan oleh jiwa remaja yang sanggup dilihat berbeza. Tidak mahu dilihat sama dengan yang lain. Identiti kata mereka!
Kelabu dahulunya bukan warna yang dipandang orang. Apatah lagi dijadikan penyeri ruang. Malah kelabu menandakan satu rasa sedih dan menakutkan. Tidak siap , muram dan juga kematian. Namun segalanya bagaikan berubah tanggapan terhadap kelabu bertukar menjadi lebih positif dan menarik hati. Remaja kini lebih senang menggunakan rona ini. Tidak kira lelaki atau pun perempuan, ia tidak memihak kepada mana-mana jantina.
Kelabu boleh dikatakan sebagai warna neutral dingin. Bermakna ia boleh dilihat pada suasana dingin, air batu , awan mendung dan lain-lain perkara. Ia dikatakan neutral kerana tidak mewakili mana-mana warna lain. Cuma ia boleh disuai padankan dengan warna lain terutama jenis terang. Pun begitu kini kelabu dilihat warna yang mempunyai elemen aktif, sofistikated dan lambing kepada imej moden. Anda boleh memilih dari kelabu gelap membawa ke kelabu samar yang selalu digunakan pada imej klasik sezaman.
Jadi ia tidak mewakili mana-mana jantina tetapi satu ragam karakter yang mudah di suai padan dan nampak cantik lagi elegan. Remaja berjiwa moden pasti gemar rona ini dipadankan dengan elemen perabot sleek atau perabot ringkas namun menggunakan rekaan terkini. Selain rona putih, ramai yang telah mencuba untuk menyesuai padan dengan warna dingin lain seperti hijau merak , biru mahu pun kuning. Di samping itu, elemen besai tahan karat , putih asli dan berkilau juga sesuai disuai padan sebagai satu eksperimen . Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ada apa dengan dia? Adakah dia bersalah hanya dilihat cantik juga menarik? Atau mereka yang tergoda dengannya yang menukar tajuk cerita apabila tak dapat memilikinya? Benar, dia boleh dipelbagaikan, boleh berada dipelbagai posisi mengikut selera anda. Cakap sahaja di mana dan bila , ottoman boleh bertindak sebagai penyeri ruang kediaman anda dalam sekelip mata. Sebab itulah ramai yang tertipu akan kelebihan ottoman ini.
Di datangkan dalam pelbagai bentuk dan saiz, ottoman sememangnya berguna untuk dijadikan tempat duduk dan meja kopi jika perlu. Ada di datangkan dalam bentuk berkaki seumpama sebuah bangku . Sama ada empat segi tepat atau empat segi sama. Ada juga yang tidak memperlihatkan kaki mereka. Ia seumpama sebuah bongkah cantik dan dibina dengan cukup kukuh .
Diperkemaskan dengan teknik chesterfield atau plos begitu aja. Jika anda mempunyai tetamu yang agak ramai, ia boleh djadikan tempat duduk. Jika tidak menjadi meja kopi sahaja. Tetapi bukan dijadikan bangku panjang untuk bersenam ye! Paling menarik, ada juga di kalangan pereka ottoman menjadikan ia sebahagian daripada ruang penstoran. Malah adakala kemasan lembut yang dipilih juga nampak sedondon dengan langsir dan kusyen.
Jika anda mempunyai ruang terhad , ottoman bulat dilihat cukup sempurna. Manakala ruang memanjang, ottoman empat segi tepat lebih menarik. Tidak salah jika ottoman diberi suntikan warna yang agak berbeza dari set sofa. Ia tidak perlu sedondon. Segalanya terserah kepada kebijaksanaan anda untuk memberi ruang solekan ala warna harmoni atau satu warna lain di tengah ruang. Simple-simple aja di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bagaikan satu kejutan, fantasi kisah adi wira atau kisah jejaka penggoda dalam komik terkenal dunia dilampiaskan pada dekorasi kediaman pula. Umpama budaya pop yang semakin rancak berputar daru dunia komik ke layar lebar. Kini meneroka pula dunia dekorasi buat tuan rumah yang menghargai seni dan juga fantasi.
Kegilaan dekorasi seumpama ini sebenarnya agak lama berputik sekitar era 90an lagi. Kebebasan pereka menghasilkan perabot di loar kotak sememangnya menjadi satu berita baik buat penggemarnya . Apatah lagi mereka yang mahukan sesuatu yang berbeza. Bagi anak bujang misalnya atau pejabat seni reka, ilham ini merupakan satu identiti yang cukup berani.
Jika dahulu pop art banyak diadaptasi pada perabot moden yang ringkas. Hanya menyerlahkan hasil karya pereka dan warna-warna terang inilah yang memberi perisa kepada tata hias ruang. Kini tidak lagi kerana ada juga yang mula berani menerjah dekorasi klasik. Berbalas dengan kemasan lembut seumpama ini ibarat sebuah karya luar biasa dan ada yang mengatakan ia kerja gila. Ibarat pertembungan antara baru dan lama dalam selera seni yang mencabar diri, lari daripada kebiasaannya. Jadi perabot klasik lama ibu anda jangan dibuang. Baiki dan berikan nafas baru kerana ada di antara bingkai perabot lama ini sudah payah untuk kita jumpai malah tahan lama.
Karakternya terlalu kuat. Pilihlah antara ruang makan atau ruang tamu yang mahu dijamu dengan persembahan seumpama ini. Terlalu banyak juga buat kita sakit mata. Mana satu yang hendak dituju sedangkan ruang yang ada tidaklah seluas mana. Begitu tema dan karakternya. Visual dan karakter adalah satu penceritaan. Jangan sampai tersasar ceritanya dan berkecamuk pula kita yang melihatnya. Kepada si anak bujang, ini adalah tema menarik untuk dicuba. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!