Sisa Air Rebusan Jagung Booster Untuk Tumbesaran Tanaman. Umum tahu, jangung mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Antaranya, ia tinggi dengan serat yang secara tidak langgsung membantu mengatasi masalah pencernaan. Selain itu juga ia membantu mengurangkan masalah jantung dan menjaga kesihatan mata.
Salah satu cara menghidangkan jagung adalah dengan merebus. Tahukah anda, sisa air rebusan jagung mempunyai banyak manfaat pada tanaman?
Di petik dari Flourishing Plants, air rebusan jagung bermanfaat kepada tanaman kerana ia mengandungi gula semula jadi. Gula tersebut berupaya membantu menjaga kelembapan dan sangat diperlukan untuk pertumbuhan tanaman.
Air rebusan jagung mengandung karbohidrat yang tinggi serta kaya mineral, nutrisi, dan vitamin yang sangat baik untuk tanaman. Vitamin dan mineral ini mengalir ke tanah, lalu diserap akar tanaman untuk meningkatkan pertumbuhannya
Selain itu juga, air rebusan jagung berupaya menjadi booster atau baja ringan untuk tanaman. Namun, sebelum di siram pada tanaman pastikan airnya telah sejuk pada suhu bilik dan elak untuk meletakkan garam.
Ads
Sisa Air Rebusan Jagung Booster Untuk Tumbesaran Tanaman
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Teknik Menabung Untuk Orang Boros Yang Tak MembebankanInginkan sesuatu, ramai yang sanggup berhutang sehingga termakan diri. Jadi, apa yang patut anda lakukan? Apa kata menabung dahulu. Tapi bagi anda yang boros, konsep menabung memang sukar untuk diaplikasikan dalam kehidupan.
Membuat simpanan setiap bulan sangat penting sebagai kegunaan sewaktu kecemasan mahupun kegunaan dimasa hadapan. Awal tahun ni ramai yang suka berazam pelbagai perkara antaranya mahu simpan duit dengan menabung.
Ada macam-macam cara yang boleh digunakan untuk melakukan simpanan ini. Antaranya boleh cuba cara menabung paling simple ini iaitu simpan duit ikut tarikh hari bulan, genap setahun boleh dapat RM5767 jika ikut cara yang dikongsikan ini.
Cara ini seperti yang diamalkan oleh Anaa Sofianaa sebagai panduan.
Yaa! Saya laa itu orangnya. Boros membeli makanan sampai tidak sedar berat badan naik sudah pula. Haha!
Jadi disini Anaa mau share macam mana Anaa menyimpan duit untuk tahun ni dengan cara paling simple saja. Macam mana tu?
Menyimpan ikut tarikh Hari Bulan
1 hb Rm1
2 hb Rm2
3 hb Rm3
4 hb Rm4
dan begitulah seterusnya sampai la hujung bulan
30 hb Rm30
31 hb Rm31
Ini cara paling best yang semua orang boleh buat tau! Cara ni sangat berkesan pada orang yang boros berbelanja. Anaa terpaksa skip bulan March, April & May tahun ni sebab masa tu pkp dan lepas total ada la juga dapat RM4310.
Sebab Anaa jenis suka barangan dapur, (nota buat bakal suami = dulang hantaran nanti bagi set barang dapur ok. Haha) jadi terbeli laa set set kuali ni haaa! Ibu ibu ja tahu ni berapa harganya.
Lagi satu alasan anaa, for future nanti lepas berumah tangga senang sikit ada sudah barang dapur sendiri.
Boleh pakai cara ni bagi;
1. Abang, kakak yang mahu deposit kereta atau beli barang kesukaan diri
2. Bujangan yang mahu kahwin (boleh tambah untuk majlis atau wang hantaran)
3. Ibu-ibu yang mahu lengkapkan barangan dapur, rumah dan sebagainya.
4. Ayah ayah yang mahu ubahsuai rumah, keperluan keluarga dan lain-lain
Ini tabung untuk reward diri saja tau! So pakai la untuk apa yang dihajati.
Yang paling penting sekali, bulan-bulan jangan lupa bagi mak ayah duit belanja. Jangan lupa bersedekah dengan adik beradik dan keluarga.
Jangan lupa untuk sentiasa bersyukur dengan segala rezeki yang Tuhan bagi walaupun sekecil kecil nilainya. Semoga kalian berjaya menyimpan untuk tahun 2021.
Ini contoh jadual menabung yaa. Untuk setahun. Jadi boleh tick hari-hari. Ikut hari tu. Berapa hari bulan, ikutlah nilai hari tersebut. Rm1 Rm2 Rm3 Rm4 Rm5 & seterusnya. Contoh januari, tick sampai bawah, lagi best hari-hari buat manatau terlupa sudah masuk tabung atau belum. Jadi better kita main tick2 yaa. Di hujung tu boleh total per month. January berapa total & seterusnya laa. Di bawah sekali nanti hujung tahun baru total semua sekali per month tu.
Dapatlah reward diri dengan set set kuali harga kayangan ni Sebelum ni dapat cuci mata ja. Alhamdulillah tercapai juga hajat akhirnya
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai pemilik rumah pertama yang masih belum berpengalaman terlalu teruja ingin memasuki dan mula mengubah suai rumah baru tanpa terlebih dahulu melakukan beberapa perkara penting ini. Menurut pakar hartanah ini, pemilik perlu melakukan inspection atau pemeriksaan terperinci dan menyeluruh terhadap rumah baru tersebut. Sebaiknya setelah mendapat rumah baru anda jangan mengubah suai rumah tersebut dalam tempoh 18-24 bulan kerana pemaju yang akan menanggung kecacatan rumah tersebut.
SENARAI SEMAK PERKARA YANG PERLU PEMILIK LAKUKAN SELEPAS TERIMA KUNCI ;
1. Pastikan tiada takungan air dalam lantai tandas. Buat ujian air dengan simbah sebaldi air, pastikan air mengalir kelubang saliran.
2. Tiada jubin lantai yang retak, sumbing atau pecah.
3. Keadaan lantai bersih, tiada kesan tumpahan cat atau najis tukang buat rumah.
4. Keadaan dinding tiada keretakkan atau cat merekah.
5. Kesan lembapan dalam dinding akibat paip bocor, paip ada dalam dinding.
6. Setiap kunci pintu berfungsi dengan baik.
7. Tingkap dan pintu dapat dibukak tutup dengan baik dan rapat tanpa regangan.
8. Kualiti kayu pada pintu dalam keadaan baik tidak merekah atau berlubang dimakan ulat.
9. Tiada kesan kebocoran pada setiap tingkap, lihat keadaan selepas hujan lebat kawan!
10. Keadaan siling tidak beralun, retak, rata dan tidak melendut.
11. Pastikan tiada kesan air dan lumut pada siling,ini tanda kebocoran berlaku.
12. Pasang lampu seharian untuk uji arus elektik dan pendawaian baik dalam rumah.
13. Uji semua soket elektrik pastikan ianya berfungsi, guna plug hp untuk menguji juga boleh dilakukan.
14. Pastikan sinki tidak bocor dan berfungsi dengan baik.
15. Semua saluran dan tekanan air berfungsi dengan baik dan sekata. Lebih istimewa ajak isteri mandi sama sama!
Lebih istimewa waktu periksa ini dah ada orang rumah, boleh cat rumah sambil pegang tangan sama sama.
Sumber : Facebook Dr. Azizul Azli Ahmad
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Siapa kata nak tanam lobak perlu batas yang luas? Sebenarnya, untuk tanam lobak anda perlukan kedalaman medium tanaman atau tanah yang mencukupi. Ini bermakna, tanam dalam pasu pun menjadi lah kan. Tapi, CT Hamisah Ahmad ada cara yang lebih jimat iaitu dengan hanya menggunakan botol air mineral terpakai bersize 1500ml
1. Mula-mula sekali semai biji benih lobak di tray semaian dulu. Letak tray di tempat redup, pastikan siraman cukup.
2. Lobak ini saya tanam dari biji benih, boleh beli di nurseri, online pun ada (Shoppe).
Saya guna botol air mineral 1500 ml yang dipotong bahagian atasnya selain buat lubang di bahagian bawah.
3. Bila daun dah naik 4-5 helai bolehlah pindahkan anak benih lobak dalam botol. Daun lobak mula mula akan keluar macam rumput. Biar dulu hingga daun sebenar keluar baru pindah dalam botol.
4. Sewaktu isi tanah dalam botol, jangan isi tanah sampai penuh. Letak tanah hingga 3/4 botol saja. Pastikan guna tanah yang tak keras supaya ubi lobak mudah membesar.
5. Kemudian masukkan anak benih lobak dan tanam, biarkan tenggelam semua batang. Tinggalkan daun saja tapi pastikan pucuk tidak tertimbus. Nanti anak pokok mati.
6. Bila lobak semakin membesar, batang akan naik. Tambah lagi tanah, timbus batang sampai pelepah pertama. Jika tak buat begini lobak tak membesar dengan baik dan tak berisi.
7. Siram 2 kali sehari dan buang daun di bawah sekali. Lobak biasanya boleh dituai antara 60-90 hari.
Kalau tanam lobak putih, biasanya memang akan timbul sikit di permukaan.
Lobak dalam gambar itu dituai pada usia 2 bulan. Ingat nak ambil daun untuk masak sayur air rupanya lobak dah ada isi. Selain lobak boleh juga tanam sayur lain dalam botol ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.