Singapura WAJIBKAN Lesen & Tanam Mikrocip Bela Kucing Di Kediaman. Berbanding peraturan dan larangan sebelum ini yang tidak membenarkan haiwan seperti kucing dipelihara di flet HDB dilaksanakan sejak 1989, dengan pesalah dikenakan denda sehingga SGD$4,000 (RM13,935).
Namun berita baik, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura akan membenarkan penghuni flet miliknya untuk memohon lesen untuk memelihara kucing, berkuat kuasa September ini.
Perlesenan, Mikrocip Kucing
Menurut Rangka Kerja Pengurusan Kucing di bawah Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) Lembaga Taman Negara, ia akan bermula selepas tempoh peralihan selama dua tahun untuk pemilik kucing memenuhi keperluan pelesenan dan mikrocip.
Peraturan itu akan membenarkan sehingga dua ekor kucing dipelihara di setiap flet HDB dan tiga ekor kucing untuk setiap kediaman persendirian, dengan pemilik dikehendaki melesen dan memasukkan mikrocip.
“Mereka yang mempunyai lebih banyak kucing daripada had untuk flet HDB dan premis persendirian akan dibenarkan menyimpan semua kucing peliharaan sedia ada mereka jika mereka melesenkannya dalam tempoh peralihan ini,” katanya.
Permohonan lesen tersedia dalam talian melalui portal Sistem Pelesenan Haiwan-Haiwan AVS mulai 1 September ini.
Pemohon kali pertama perlu melengkapkan kursus pemilikan haiwan peliharaan dalam talian secara percuma yang meliputi kemahiran asas penjagaan haiwan peliharaan dan pemilikan bertanggungjawab.
Ads
Perlesenan Percuma Tempoh Peralihan
Pelesenan adalah percuma dalam tempoh peralihan dua tahun dari 1 September 2024, hingga 31 Ogos 2026.
Selepas itu, akan dikenakan bayaran SGD$15 (RM52) bagi lesen untuk kucing yang dimandulkan dan SGD$90 (RM314) untuk kucing yang tidak dimandulkan bagi tempoh setahun.
Orang ramai juga digalakkan untuk memandulkan kucing peliharaan mereka untuk mengelakkan pembiakan yang tidak diingini.
Lesen yang dikeluarkan ketika tempoh peralihan adalah sah seumur hidup untuk kucing yang dimandulkan, manakala bagi kucing yang tidak dimandulkan, lesen hanya sah ketika tempoh peralihan.
Ads
Program Sokongan Pemandulan Kucing Peliharaan
Secara berasingan, Program Sokongan Pemandulan Kucing Peliharaan juga akan dilancarkan oleh AVS pada 1 September ini.
Ia menyediakan pensterilan dan mikrocip percuma kepada isi rumah berpendapatan rendah untuk kucing peliharaan mereka.
Memelihara kucing tanpa lesen mulai 1 September 2026 adalah menjadi satu kesalahan, dengan pemilik kucing boleh didenda sehingga SGD$5,000 (RM17,419) kerana tidak mematuhi syarat pelesenan, sama seperti peraturan sedia ada untuk pemilik anjing.
Ads
Larangan ke atas kucing peliharaan di flet HDB dilaksanakan sejak 1989, dengan pesalah dikenakan denda sehingga SGD$4,000 (RM13,935).
Bagaimanapun, tindakan biasanya hanya diambil terhadap pemilik sekiranya terdapat aduan mengenai kucing mereka yang menyebabkan gangguan kepada orang lain.
Gagal Siapkan Rumah Ikut Waktu, Kontraktor Dipenjara 6 Minggu. Isu projek renovasi rumah terbengkalai, kontraktor lari dan pemilik rumah teraniaya antara isu yang sering menjadi perhatian. Geram dan sakit hati bila memikirkan puluhan mahupun ratusan ribu duit dan habis diberikan, namun macam-macam alasan diberikan.
Rumah tetap tak siap dan buat kerja pula ala kadar, tak ikut spesifikasi yang diinginkan. Malah lebih malang, apabila pihak kontraktor yang dilantik pula melarikan diri, hilang jejak tanpa berita.
Bagi pemilik kediaman yang sedang berdepan dengan keadaan begini, jangan hanya berdiam diri, sebaliknya ambil tindakan dengan membuat laporan pada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
Kontraktor Dipenjara 6 Minggu
Terbaru, seorang kontraktor dijatuhi hukuman penjara enam minggu selepas mengaku bersalah gagal mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berhubung tuntutan kegagalan menyiapkan rumah pelanggannya.
Tertuduh, Jasri Jair, 50, membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.
Menurut pertuduhan, tertuduh pada 13 November 2024 di Kampung Darau Baru, Manggatal, didapati masih gagal mematuhi award TTPM bertarikh 20 Mei tahun sama, yang dikeluarkan oleh Tribunal TTPM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah.
Award tersebut mengarahkan Jasri membayar balik RM21,700 kepada penuntut dalam tempoh 14 hari daripada tarikh award diserahkan, namun beliau gagal berbuat demikian.
Jasri Jair, 50, ketika hadir ke mahkamah bersama pegawai KPDN Sabah di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.
Kesalahan Sama Berterusan
Tertuduh sebelum ini telah disabitkan atas kesalahan sama mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 pada 5 November 2024, dan didakwa semula mengikut seksyen sama yang memperuntukkan penalti tambahan di bawah Seksyen 117(2) akta tersebut kerana melakukan kesalahan secara berterusan selepas sabitan.
Mengikut peruntukan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang RM100 dan tidak melebihi RM5,000 bagi setiap hari atau sebahagian hari sepanjang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Mahkamah kemudian menjatuhkan denda RM27,100, iaitu bersamaan RM100 sehari bermula dari 5 November 2024 sehingga hari ini.
Bagaimanapun, tertuduh gagal membayar denda dan diarahkan menjalani hukuman penjara selama enam minggu sebagai ganti.
IMPIANA: Semoga menjadi pengajaran buat kontraktor yang lain, supaya dapat membuat kerja mengikut sebagaimana yang telah dipersetujui bersama. Pemilik rumah juga ambil tindakan jika berhadapan dengan kontraktor yang culas sebegini.
20 April 2022, tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pemilik akaun KWSP yang telah memohon pengeluaran khas. Jumlah kelayakkan bagi setiap pemegang akaun KWSP adalah sejumlah RM 10,000.
Menurut KWSP, seramai 5.3 juta pemegang akaun telah membuat permohonan dengan kos keseluruhan adalah Rm 40.1 bilion. Walaupun baru sahaja pembayaran dilakukan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sudah mula menerima aduan dari penerima caruman yang diganggu oleh kumpulan sendikit “scamer”
Mencari mangsa dalam talian
Menurut Datuk Nadzim Johan selaku ketua Aktivis Persatuan Pegguna Islam Malaysia (PPIM), berdasarkan laporan sendikit tersebut dipercayai mencari mangsa secara dalam talian
Walaupun tiada data rasmi, pihak penerima pengeluran khas KWSP disarankan supaya tidak berkongsi cerita atau gambar bahawa anda telah memohon atau menerima bayaran di mana-mana media sosial.
Kalau artikel sebelum ini, kita sudah menceritakan tentang bangunan-bangunan ikonik di serata negeri utara tanah air, kali ini IMPIANA mahu menjelajah bangunan ikonik di serata negeri pantai timur yang telah menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
Jadi mari kita mulakan dengan negeri Pahang Darul Makmur, merupakan sebuah negeri yang terbesar di tanah Semenanjung Malaysia.
Pahang
Bangunan yang telah ikonik dan mercu tanda di negeri Pahang adalah menara Kuantan 188. Ia telah siap dibina sepenuhnya pada tanggal 3 September 2019.
Lantas, dengan kewujudan menara Kuantan 118 ini telah meletakkan ia sebagai menara tertinggi di pantai timur dan kedua tertinggi di Malaysia. Maka, sudah pasti ia menjadi kebanggaan seluruh rakyat Pahang yang tercinta.
Kelantan
Seterusnya, di negeri Kelantan Darul Naim pula sedikit berbeza berbanding negeri pantai timur yang lain. Ini kerana, Istana Balai Besar yang terletak di sekitar bandar Kota Bharu ini telah menjadi salah satu tempat yang menjadi ikonik dan kebanggaan di Kelantan.
Ia merupakan tempat bersejarah di Kelantan serta yang tertua di Malaysia. Dewan Besar yang unik masih digunakan untuk upacara diraja seperti upacara puncak dan penobatan. Istana ini juga berfungsi sebagai institusi untuk memelihara warisan dan tradisi Melayu.
Terengganu
Bagi di negeri Terengganu Darul Iman pula, struktur binaan jambatan angkat yang dibina bagi menghubungkan dua kawasan iaitu dari bandar Kuala Terengganu dan Seberang Takir, Kuala Nerus ini sudah semestinya menjadi kebanggaan seluruh warga negeri Terengganu.
Jambatan angkat yang sepanjang 630 meter ini merupakan sebuah jambatan angkat yang terpanjang di dunia dan satu-satunya jambatan angkat di Asia Tenggara.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!