Sewa Rumah Bukan Kegagalan, Strategi Bijak Dalam Banyak Situasi

Share

Sewa rumah sering disalah anggap sebagai “gagal” atau pilihan sementara sahaja.Padahal, dalam situasi tertentu, menyewa boleh menjadi strategi kewangan yang lebih masuk akal apatah lagi jika keadaan kewangan, komitmen kerja atau mobiliti hidup belum stabil.

Kelebihan & Cabaran Menyewa

Kelebihan:

  1. Kos Awal Rendah

Untuk mula sewa, anda hanya perlu bayaran deposit dan sewa permulaan, jauh lebih ringan berbanding membeli rumah dengan deposit, fi guaman, duti setem dan kos lain.

  1. Fleksibiliti & Mobiliti

Jika anda sering berpindah kerja atau tidak pasti lokasi tinggal, menyewa memudahkan anda berpindah tanpa beban menjual rumah.

  1. Kos Penyelenggaraan diurus Tuan Rumah

Sebagai penyewa, kos pembaikan besar seperti paip bocor, bumbung rosak dan kerja-kerja struktur biasanya diurus pemilik rumah.

  1. Tidak Terikat Dengan Hutang Jangka Panjang

Anda tidak perlu menanggung ansuran pinjaman rumah selama 20–30 tahun.

Cabaran:

– Anda tidak memiliki aset sendiri dan tidak mendapat pulangan pelaburan.

– Durasi Rencana Tinggal -Jika anda merancang tinggal di lokasi tersebut lebih daripada

7–10 tahun, membeli mungkin lebih menguntungkan.

– Stabil Kewangan & Kemampuan Membayar Kos Tambahan- Termasuk selenggara, cukai, insurans rumah dan kos pembaikan.

– Mobiliti Kerja & Kehidupan-Jika kerjaya anda mungkin berpindah, menyewa memberi lebih kelonggaran.

– Potensi Pertumbuhan Nilai Hartanah- Kawasan yang berkembang boleh menaikkan nilai hartanah jika membeli.

– Kos Keseluruhan- Jika ansuran & kos pemilikan (rekod penyelenggaraan, cukai, insurans) jauh lebih tinggi daripada sewa semasa, mungkin lebih bijak menyewa dahulu.

Sebagai contoh, KWSP dalam panduannya menyatakan bahawa membeli sesuai jika anda sedia untuk komitmen jangka panjang dan bersedia menguruskan rumah sendiri.

Sewa bukan gagal, ia pilihan strategi. Jika anda belum stabil secara kewangan atau masih belum pasti lokasi jangka panjang, menyewa terlebih dahulu membolehkan anda menilai pasaran dan simpan modal untuk masa depan.

Mesti Baca:

Tampil ‘Bold & Vibrant’, Terjemahan Konsep ‘Mixed Culture’ Serlah Keunikan Dekorasi ‘House de Verde’
Baca Lagi Di Sini: Estetika ‘Detailing’ Ukiran Klasik Simple, Kediaman Semi D Inspirasi ‘French Minimalist’
Artikel Menarik: Perancangan Teliti Pemilik Realisasikan Kediaman Konsep Terbuka Inspirasi Modern Mediterranean

 

Published by
Putri