Sekelip Mata Suami Kena Renjatan, Semua Sebab Lupa Matikan Water Heater!

Share

“Pagi tu macam biasa. Saya tengah siapkan anak ke sekolah, suami masuk mandi dulu. Tiba-tiba terdengar dia menjerit kuat dalam bilik air. Saya lari masuk, tengok dia terduduk, tangan menggeletar, rupanya kena renjatan elektrik masa guna water heater,”

Begitulah detik cemas yang dikongsi oleh Puan Aina (bukan nama sebenar), seorang ibu dari Shah Alam. Kejadian itu berlaku hanya kerana satu perkara kecil, water heater yang digunakan tidak ada ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker) dan sudah berusia lebih 10 tahun tanpa diselenggara.

“Selama ni saya ingat water heater ni benda biasa. Tak sangka benda kecil macam ni boleh jadi nyawa-nyawa ikan,” katanya.

Water heater adalah antara kemudahan yang memudahkan kehidupan harian, terutama waktu pagi. Tapi, jika tidak dipasang atau diselenggara dengan betul, ia boleh menjadi sangat berbahaya.

Berikut 5 langkah keselamatan penting bila menggunakan water heater:

  1. Pastikan Ada ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker)

– ELCB penting untuk mengelak kejutan elektrik sekiranya berlaku kebocoran arus.

– Kalau belum ada, segera pasang melalui juruelektrik bertauliah. 

  1. Gunakan Water Heater Bertanda SIRIM & CE

– Ini jaminan produk telah lulus piawaian keselamatan. Jangan beli yang tiada label pengiktirafan.

  1. Jangan Buka Casing Sendiri

– Bahagian dalam water heater sangat sensitif dan ada risiko kejutan elektrik tinggi walaupun dimatikan.

– Sebarang pembaikan mesti dilakukan oleh profesional.

  1. Matikan Suis Selepas Guna

– Ini langkah mudah tapi ramai lupa. Ia bantu kurangkan risiko litar pintas dan jimat tenaga.

  1. Periksa & Servis Secara Berkala

– Pastikan tiada kesan terbakar, bau hangit atau sambungan longgar.

– Tukar water heater lama (lebih 10 tahun) walaupun masih berfungsi.

Ingat: Air dan elektrik tak boleh bergabung! Satu kecuaian kecil boleh bawa padah besar.

Kesimpulan:

Kadang kita sibuk hias rumah, cari perabot viral, tapi terlupa soal keselamatan asas. Jangan tunggu sesuatu terjadi baru nak ambil tindakan. Rumah cantik biar selamat. Bukan sekadar sedap mata memandang, tapi selesa dan bebas risiko untuk semua.

Mesti Baca: Beras Boleh Hilangkan Kesan Kunyit Dan Bau Cili Pada Jug Pengisar
Baca Lagi Di Sini:

Panduan Betul Guna Peralatan & Perkakasan Elektrik Dapat Kurangkan Bil Bulanan
Artikel Menarik: Jimatkan BIL ELEKTRIK Walaupun Guna Aircond Di Rumah, Ikut 5 Tip Ini!

Sumber: Zera Zawawi

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Putri