Santan Tahan Lama Dan Kekal Segar Kalau Ikut Petua Mudah Ini

Share

Penggunaan santan telah dipraktikkan sejak dulu lagi. Masakan yang menggunakan santan dapat memberi rasa lebih sedap dan berlemak. Antara kegunaan lain santan selain untuk memasak termasuklah untuk melebatkan rambut dan berupaya menghaluskan kulit wajah.

Walupun begitu, santan juga merupakan antara bahan yang paling cepat basi. Jadi bagaimana nak simpan santan supaya ia tahan lamadan kekal segar?

Ikuti perkongsian dari saudari Radhiah Izzati.

Assalam.. Zati nak share cara betul simpan santan.
Zati dapat tips ni daripada penjual santan di pasar. Dia pulak dapat tahu daripada penjual nasi lemak.

CARA MENYIMPAN SANTAN

Dia kata, kalau nak santan lebih lama dan pekat dia mantain, korang kena ikut macam ni :

  1. Ambil beberapa helai surat khabar dan basahkan
  2. Balut santan tu menggunakan surat khabar yang basah dan letak dalam freezer
  3. Kertas surat khabar akan beku tetapi santan di dalam tetap mantain segar dan tahan lama

Santan tetap beku tapi ia dijamin kekal segar. Tidak akan ade lebihan air.
Kalau macam biasa santan di bawah, air di atas kan? kalau yang ni semuanya santan pekat.

Tip ini sesuai untuk diguna apabila nak dekat raya nanti, barulah lambat stok santan habis.

Sumber: Radhiah Izzati

IKLAN