Saluran outlet singki tersumbat, kebiasaanya orang akan cakap guna bahan kimia, garam, air panas dan pelbagai lagi. Tahu kah anda kaedah ini akan menyebabkan keadaan tersebut lebih teruk. Kerana, bahan yang menghalang aliran masih terperangkap di dalam saliran.
Ads
Kalau nak panggil plumber atau tukang paip, siap-siapkan sahajalah duitnya. Kalau plumber berlesan, harga boleh cecah RM 200-350. Sebenarnya, tak perlu peralatan rumit dan modal pun nak selesaikan masalah ini. Abang plumber dari youtube chenal Surihati Mr Plumber berkongsi trik mudah atasi masalah saliran singki yang tersumbat paling mudah dengan “0” kos. Jom tonton video yang disediakan
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai yang gilakan lampu gantung kayu ini untuk meja makan. Kalau nak beli beratus juga la kan. Lampu ini mempunyai rekaan yang tersendiri dan membuatkan ruang makan anda tampil moden dan elegan.
Tak perlu bersusah payah atau membazir duit untuk membeli lampu gantung. Perkongsian dari laman Facebook Tukang Apa Hari Ini oleh Mohd Erfan Daud cara bagaimana untuk membuat lampu gantung kayu untuk meja makan ini.
IMPIANA kongsikan dengan anda bahan-bahan yang beliau gunakan dan cara bagaimana beliau hasilkan lampu gantung kayu yang menjadi kegilaan ramai ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Terdapat pelbagai perspektif dalam penjagaan rumah dan ruang peribadi. Salah satu amalan yang kian menjadi tabiat rakyat Malaysia adalah suka menyimpan dan mengumpul barangan lama.
Meski ia mungkin kelihatan seperti perkara yang biasa dan normal, namun ia boleh menjadi satu masalah apabila barangan yang disimpan semakin banyak.
Individu yang memiliki sifat dan tabiat seperti ini berkemungkinan menghidapi simptom ‘Hoarding Disorder’. Jadi, adakah simptom ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan masalah penyakit mental?
Menerusi program rancangan bual bicara Wanita Hari Ini, TV3 telah menjemput pakar psikologi klinikal Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Doktor Hilwa Abdullah @ Mohd Nor bagi membincangkan topik tersebut bersama penonton.
Jelasnya, simptom ‘Hoarding Disorder’ ini telah pun diklasifikasikan sebagai salah satu penyakit mental mengikut kamus Diagnostic And Statistical Manual Of Mental Disorders, edisi kelima (DSM-5).
“Kalau kita tengok perkataan ‘Disorder’ itu sendiri sudah melihatkan ia adalah sesuatu kecelaruan dan kalau dalam bidang perubatan psikiatri ‘Disorder’ ini memang adalah penyakit mental.
“Jika ada yang menyimpan barang sampai menganggu penglihatan, jiran dan sebagainya jadi itu boleh dikategorikan sebagai penyakit mental.
“Tetapi dalam konteks perbincangan ‘Hoarding Disorder’ kita hari ini ia lebih kepada mereka yang suka mengumpul barang dan ada rasa sayang untuk buang.
“Sebenarnya, simptom ini baru sahaja diklasifikasikan sebagai penyakit mental mengikut kamus diagnosis penyakit mental yang terbaharu iaitu DSM-5 (Diagnostic And Statistical Manual Of Mental Disorders Fifth Edition).
“Kalau kita lihat dalam kamus itu, ia memang adalah penyakit mental yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan mempunyai tahap yang berbeza,” katanya.
Sumber: YouTube Wanita Hari Ini, TV3
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baru-baru ini, jenama telefon pintar antarabangsa Samsung telah melancarkan siri keempat untuk model telefon lipat terbaharu mereka iaitu Samsung Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4.
Setiap kali kedua-dua model telefon pintar ini dilancarkan sering mendapat perhatian ramai oleh kerana keunikan reka bentuk serta teknologi yang dimiliki pada telefon pintar ini.
Apabila kita bercakap soal tentang telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip4 ini, adakah benar ia direka khas hanya untuk kaum wanita yang sofiskated sahaja oleh dek kerana reka bentuknya yang kecil?
Malah ada juga yang beranggapan telefon pintar ini hanya sesuai untuk diguna pakai oleh kaum wanita ekoran ia sering didatangkan dengan pilihan warna lembut seperti emas, ungu dan merah jambu untuk siri model terdahulu.
Selain itu, setiap kali siri model telefon ini mula dipasarkan ia sentiasa menggunakan pendekatan pemasaran dengan menampilkan model wanita dalam iklan promosi untuk siri model telefon pintar berkenaan.
Maka dengan itu, siri model telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip sememangnya direka khas dan mensasarkan keutamaan jualan kepada kaum wanita. Namun, tidak ada salahnya sekiranya ada kaum lelaki atau anak muda masa kini yang ingin menggunakan telefon pintar lipat ini.
Untuk telefon pintar siri model terbaharu ini, ia dijual dengan harga serendah RM4,099 dan didatangkan dengan empat pilihan warna menarik iaitu Bora Purple, Graphite, Pink Gold dan Blue.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan telefon pintar lipat siri model Samsung Galaxy Z Flip4 terbaharu ini, anda boleh segera membuat pra-tempahan di mana-mana cawangan pusat jualan Samsung yang berdekatan dengan anda atau menerusi laman sesawang rasminya, www.samsung.com.my.
Sumber: Samsung Malaysia Website
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.