Sabut kelapa merupakan lapisan atau kulit kelapa yang berwarna coklat untuk yang telah kering dan putih jika buahnya masih muda. Sabut kelapa atau lebih dikenali sebagai coco hust sering digunakan di taman sebagai sungkupan (mulching) kerana keupayaan dan kekuatannya menyerap dan mengekalkan kelembapan yang tinggi. Selain sebagai sungkupan, sabut kelapa juga boleh dijadikan sebagai salah satu bahan dalam penyediaan medium tanaman.
Ciri-ciri sabut kelapa
IKLAN
Penggunaan sabut kelapa merupakan salah satu langkah ke arah kitar semula dan environmental friendly. Ia mudah diperolehi dan disimpan sehingga apabila penggunaannya diperlukan. Namun terdapat pelbagai produk yang menjual sabut kelapa secara komersial sama ada untuk penggunaan komersial atau domestik. Sebelum menggunakan sabut kelapa yang dibuat sendiri, basuh atau rendam untuk beberapa ketika untuk membuang garam yang terdapat pada sabut tersebut. Selain itu sabut kelapa mengandungi potassium dan phosphorus yang boleh diserap oleh tumbuhan juga.
IKLAN
Sabut Kelapa Untuk Hidroponik
IKLAN
Coconut mats atau sabut kelapa yang paling kasar boleh digunakan sebagai medium tanaman hidroponik. Teksturnya yang lembut memudahkan pergerakan akar di samping ia merupakan bahan biodegradable. Sabut kelapa mempunyai kandungan potassium dan phosphorus yang diperlukan untuk membantu pertumbuhan pokok. Sabut kelapa mudah untuk dikendalikan sebagai medium tanaman hidroponik dan tidak mempunyai bau. Selepas tiga hingga empat tahun penggunaannya, sabut kelapa tersebut boleh dijadikan baja kompos di taman.
sabut kelapa juga menyimpan lapan kali ganda kandungan air dari pada beratnya. Ia membantu tumbuhan di dalam hidroponik mendapatkan keperluan air yang secukupnya. Selain itu juga, ruang yang wujud di antara fiber sabut kelapa di dalam sistem hidroponik membekalkan 40% kandungan udara. Sabut kelapa mempunyai pH antara 6 hingga 6.7 dan ia sesuai untuk tanaman hidroponik. Tambahan pula, sabut kelapa tidak mudah dijangkiti fungus dan bakteria yang boleh memberi ancaman kepada tumbuhan.
Ramai yang mengimpikan untuk memiliki sebuah kediaman yang tenang dan mempunyai privasi optimum. Betul tak? Namun apa kan daya, hiruk pikuk dan kebisingan terutamanya dari jiran berhampiran di tambah pula jalan yang menjadi laluan utama tidak memberi peluang dan kelebihan keapda anda. Tapi, ini tidak bermakna anda perlu melupakan untuk memiliki sebuah kediaman yang kalis bising dan mempunyai privasi buat seisi keluarga. Solusi terbaik adalah dnegan menggunkan elemen-elemn landskap seperti berikut
SOUND BARRIER
Perasan tak ada Kawasan highways tertentu, terutamanya yang berhampiran dengan Kawasan perumahan, pihak tol akan menggunakan tembok tinggi. Ia bukan sahaja untuk tujuan mengawal pemandangan di Kawasan yang diletakkan. Ia juga bertujuan mengurangkan impak bunyi bising dari kenderaan. Anda boleh gunkan konsep yang sama iaitu dengan menggunakan tembok dinding lebih 3 meter, hanya kemasanya sahaja perlu ditukar menjadi sesuati yang lebih cantik seperti penggunaan batu bata atau send stone
PAGAR
Untuk mewujudkan privasi yang optimum pada kediaman anda, jangan guna pagar biasa yang warna hijau tu. Sebaiknya pilih material yang lebih padu seperti konkrit, kayu dan sebagainya untuk hasil yang lebih baik, menarik dan cantik
POKOK DAN TUMBUHAN RENEK
Bina pagaran dengan menggunkan tanaman untuk mencegah pencemaran bunyi dan mewujudkan ruang privasi didalam kediaman. Pilih tanaman yang mempunyai daun yang padat sebagai pagaran seperti Eugenia, Baphia nitida dan sebagainya. Nak tahu, tanaman pagaran lain yang sesuai dan cantik [klik sini]
INSTRUMEN ALAMI
Untuk memecah kebinsingan dari kenderaan yang lalu lang atau aktiviti jiran yang kruang menyenangkan, apa kata tambah instrument alami seperti pancuran air. Ia bukan sekadar melenyapkan pencemaran udara yang terdapat dipersekitaran anda malah memberi terapi minda secara tidak langsung
Dewasa ini ramai sedar akan keperluan tanaman organik. Paling ditekankan dalam penanaman organik adalah penggunaan baja dan racun serangga. Bagi mereka yang mengusahakan kebun organik, segala apa yang mungkin untuk memastikan tanaman mereka sihat akan diusahakan selian penggunaan kimia.
Disini terdapat beberapa trik dan tip orang lama dalam berkebun yang amat sesuai digunakan bagi anda yang mengusakan kebun secara organik. Kebanyakkan tip dan trik yang disenarikan hanya menggunakan bahan-bahan mudah dapat dan tidak memerlukan belanja yang banyak. Sungguhpun ada antara bahan yang digunakan najis dan kotoran, namun ia adalah baja dan racun serangga yang paling berkesan dan mujarab.
6. Paku pokok
Pokok susah nak berbuah. Sebelum ini, Laman impiana pernah kongsikan cara untuk memaksa pokok berbuah iaitu dengan menetak dan mengugut [klik sini untuk artikel lengkap]. Selain itu juga, anda boleh cuba kaedah yang telah di gunakan sejak berkurun ni iaitu dengan memaku pada batang pokok. Perasan tak di kampung pada pokok pelam terdapat paku? kecil-kecil dulu ingat ia untuk sangkut pasu ke apa. Sebenarnya ia adalah salah satu tip untuk memaksa pokok berbuah dan teknik ini turut digunakan oleh masyarakat di luar negara.
Pokok epal yang sudah tua dn enggan berbuah apabila di paku apda pangkal batangnya mula mengeluarkan buah. Di india pula, pokok kelapa yang tidak berbuah di paku dan ia menghasilkan tandan buah baru.
7. Rendaman paku karat
Bagi tanaman yang mempunyai masalah kekuranagn iron atau dipanggil iron chlorosis boleh menggunakan petua ini. Petanda tanaman anda mempunyai amsalah ini adalah apabila daun baru kelihatan kekuninggan.
8. Air kelapa
Air kelapa diperkaya denagn pelbagai miniral. Ia kerap menjadi pilihan bagi pekebun-pekebun organik bagi tujuan menggalakkan pertumbuhan akar terutamanya bagi tanama yang baru di semai atau ditanam semula
9. Pacak duit siling
Tidak semua duit syiling boleh dijadikan penabt mencegah serangga perosak. Hanya yang diperbuat dari tembaga yang mempunyai tidak balas tersebut. Tebaga diperakui mempunyai sifat rintangan terhadap serangga perosak terutamanya bordeaux. Selain menanam duit syiling disekitar tanaman, anda boleh cuba hasilkan air rendaman duit siling tembaga dan siram atau semburkan pada tanaman. Ia mampu membunuh telur dan larva serangga yang terdapat di dalam tanah mahupun pada permukaan daun
10. Semburan air sabun
Aphids antara serangga perosak utama tanaman. Serangga haluspenghisap tanaman ini mudah dan cepat membiak. Kebiasaanya semut adalah agen pembawa serangga ini kepada tanaman anda kerana aphids adalah antara makanan kegemaran semut. Terdapat pelbagai racun kimia dan organik yang boleh digunakan untuk mengawal serangga perosak ini. Namun yang paling mudah dan cepat adalah dengan menggunakan air sabun basuh pinggan. Capurkan 2 sudu cecair pencuci pinggan di dalam i gallon air dan kacau rata. Semburkan air sabun tersebut pada keseluruahn tanaman terutamanya kawasan yang dijangkiti.
Ikon Bandaraya Putrajaya iaitu FLORIA Di Raja Putrajaya kembali semula selepas setahun tidak membuka tirai kepada peminat landskap dan hortikultur. Festival bunga terbesar Malaysia ini bakal berlangsung pada 25 Ogos hingga 2 Septemebr 2018 dengan bertemakan “10 Kegemilangan FLORIA” atau “10 Wonders of FLORIA”. Tema dipilih sempena meraikan ulang tahun penganjuran FLORIA ke-10 dengan bertemakan keajaiban 10 bunga yang pernah dipilih untuk menjadi ikon atau tema setiap tahun penganjuran. Seperti biasa, lokasi penganjuran bertempat di Anjung Floria Event Centre, Persint 4 Putrajaya dan di buka kepada umum 9.00 pagi hingga 10.30 malam untuk hari Isnin hingga Khamis dan 9.00 pagi hingga 12.00 malam pada hari Jumaat hingga Ahad.
Floria Di Raja 2018 telah di anjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPJ) dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Tourism Malaysia yang diuruskan oleh anak syarikat milik PPJ iaitu PULSE Group dan Putrajaya Floria Sdn. Bhd. (PFSB). Selain bertemakan 10 kegemilangan bunga iaitu bunga Raya, Orkid, Heliconia, Ros, Bunga Kertas, Begonia, Lily dan Kekwa, turut diraikan ulang tahun ke-61 Hari Kemerdekaan Malaysia. Justeru, pelbagai suntikan semangat patriotism, kesenian, kebudayaan dan pelbagai lagi dalam menyemarakkan bulan Kemerdekaan ini.
Antara tarikan utama dan komponen baru yang diperkenalkan di FLORIA di Raja Putrajaya 2018 adalah Wonder garden, Miniature garden, Entrance Statement, Designer Boutique Garden, Fertigation garden dan Hipster Square. Manakala untuk pengajuran tahun ini, Floria Di Raja telah memilih Taman Diraja Perak yang diilhamkan dari Istana Kenangan di Kuala Kangsar dan Masjid Ubudiah. Tidak terkecuali, ikon-ikon budaya Perak seperti Arca Labu sayung dan motif sulaman tekap akan mengindahkan lagi keseluruhan rekabentuk Taman Diraja ini.
Entrance statement di laluan utama Anjung Floria Event Center sering menjadi perhatian pengunjung seawal melangkahkan kaki ke ruang festival ini. Pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan gambar ketika menyusurinya. Saban tahun penganjuran sebelum ini mempamerkan rekaan langitnya yang unik. Untuk 2018, gabungan fabrik berwarna dan beralun yang diinspirasikan daripada logo FLORIA diselang bersama 10 panel akrilik, memaparkan 10 tema bunga untuk setiap tahun penganjuran bakal mewarnai langit dan lantai ruang ini apabila menerima pancaran matahari dan limpahan lampu.
Selain pameraan taman dan bungaan, turut menjadi peminat hortikultur dan florikultur adalah Garden Bazaar dan Horticulture Market. Pelbagai jualan spesies tanaman ornamental mahu pun pokok buah-buahan akan dijual terus dari peladang dan pengusaha nurseri. Terdapat juga jualan hasil segar dari ladang yang dijangka akan menarik pengujung untuk ke Garden Bazaar. Di samping itu, Garden Bazaar turut menghimpunkan pelbagai produk dan teknologi pertanian dan khidmat landskap yang lain.
Sepanjang 9 hari penganjuran, landskap dan taman yang dipaparkan akan dibahagi kepada beberapa katergori iaitu The Wonder of Bonsai & Suiseki, Garden of Malaysia, Designer Boutique Garden, Taman Khas, Taman Kerajaan dan Korporat serta Taman Universiti dan kolej. Namun, untuk tahun ini Taman Sekolah yang dipertandingkan setiap tahun tidak mengambil tempat di sebabkan festival bakal berlangsung ketika musim cuti sekolah. Kesemua rekaan landskap dan taman yang dipertandingkan bakal merebut piala ulung Royal FLORIA Putrajaya Garden Cup dan Royal FLORIA Putrajaya Prime Award berserta beberapa anugerah sampingan lain dan wang tunai berjumlah RM 15,000 bagi pemenang anugerah utama iaitu Garden Prime Award.
Di samping itu juga, FLORIA di Raja Putrajaya 2018 turut membuka penyertaan di peringkat antarabangsa di mana 10 negara telah mengesahkan penyertaan di Floral Pavillion iaitu Brunei, China, Indonesia, Japan, Korea, Macau, Singapore, Vietnam, Taiwan dan Thailand. Flora Pavilion menawarkan piala rebutan Royal FLORIA Putrajaya International Cup.
Pengunjung bakal dikenakan harga tiket RM 12 dewasa dan RM 6 bagi kanak-kanak untuk weekday, manakala RM 15 dewasan dan RM 8 kanak-kanak pada weekend. Namun bagi mempercepatkan dan melancarkan urusan jual beli, pengunjung digalakkan membuat tempahan tiket secara online dengan potongan harga 20% dari harga biasa. Pihak penganjur berharap, sepanjang 9 hari penganjuran bakal memberi peluang perniagaan dan networking sesama pengusaha landskap dan hortikultur tempatan mahupun luar negara. Di samping itu juga, ia dijadikan sebagai platform untuk mendidik masyarakat di semua peringkat usia supaya lebih menghargai alam sekitar dan menghargai seni landskap.
Memilih kerusi dan sofa untuk kediaman bukanlah satu perkara yang mudah. Apabila berhadapan dengan ruang sempit, kita perlu tahu teknik menghias dengan betul agar yang dibeli boleh dipakai, selesa dan ruang tampil ideal serta sedap mata memandang.