Dekorasi

Rumah Wangi Dengan Sabun Buku, Ini Cara DIY. Mudah Buat & Harum Semerbak Baunya!

Share

Tidak dinafikan kediaman yang berbau harum dan wangi akan buat pemiliknya lebih tenang dan selesa.

Tak perlu labur duit yang banyak pun. Pewangi kediaman ini boleh kita buat sendiri saja menggunakan sabun mandi buku bersama bahan lain yang sememangnya sudah ada di rumah.

Lebih jimat tapi hasilnya harum semerbak. Caranya dikongsi oleh Sayurbox

, bagi yang nak DIY ikut saja panduan ini.

DIY pewangi rumah bajet guna sabun buku

Bahan-bahan

Sabun mandi buku
Pewangi pakaian
Sedikit cuka
Air

Cara membuat:

1. Sagat sebuku sabun mandi hingga habis.

2. Dalam satu bekas lain satukan air dan pewangi pakaian dan satu bekas. Letak sekali beberapa titis cuka makan.

3. Kemudian tuang sabun mandi yang disagat tadi ke dalam bekas berisi bancuhan tadi. Gaul sabun disagat tadi hingga menjadi kental.

4. Jika mahu lebih wangi, tambah pewangi pakaian. Kemudian kacau hingga sebati.

5. Sediakan plastik, kemudian masukkan bancuhan sabun tadi ke dalamnya dan ikat.

6. Menggunakan garpu cucuk plastik untuk membuat lubang supaya wangiannya keluar.

7. Plastik ini bolehlah digantung, lebih elok di tepi tingkat atau kipas supaya harumannya memenuhi ruang.

Siap pewangi rumah bajet. Selamat mencuba.

Artikel ini diambil dan diolah dari VK>

Mesti Baca:Dekorasi Kediaman Tema Warna Monokrom, Semua Buat Sendiri Tanpa Upah Tukang


Baca Lagi Di Sini:Renovasi RM60K Kediaman Moden Minimalis Tampil Sempurna Dengan Rona Monokrom
Artikel Menarik:DIY Tangga Jadi ‘Monochrome’ Hanya Guna Cat. Hasilnya Memang Menarik!

Sumber: Sayurbox

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN