Rumah Gasing Sebuah rumah kompak yang miliki ciri lestari dalam binaan. Rumah dua setengah tingkat dengan berkeluasan 1625 kaki persegi, yang di tambahkan sehingga 4 tingkat (separuh tingkat bawah tanah dan loteng bilik tidur utama) dengan halaman dinding hijau dalaman. Ia kini mempunyai lebih kurang 2400 kaki persegi dibina.
Apabila Arkitek Seshan Design ingin memulakan perancangan dalam membina kediaman ini, mengenali perwatakan pelanggan dan bilangan isi rumah itu sangat penting untuk mendapatkan sebuah kediaman yang sempurna.
Jika anda melihat kediaman lestari ini arkitek Seshan Design ada merangkumi elemen lestari di dalam binaan. Ini membuatkan rumah lestari ini sempurna dalam kehidupan seharian. Bukan itu sahaja malah pemilik kediaman ini juga mengutamakan keselesaan dan kesempurnaan dalam binaan.
Bagi pemilik siapkan binaan kediaman yang utama dahulu, sebagai contoh, apabila mereka pada mulanya berpindah bersama bayi yang baru lahir, rumah itu mempunyai bilik tidur utama, ruang belajar, bilik pembantu rumah, kawasan terbuka yang besar yang berfungsi sebagai bilik tetamu dan bilik permainan, dan 3 bilik mandi. Pada masa hadapan, dalam tapak yang sama, rumah itu boleh dibina dengan berkesan untuk mempunyai 4 lagi bilik (selain bilik tidur utama, bilik belajar dan bilik pembantu rumah) dan bilik mandi tambahan.
Ciri utama rumah lestari ini yang lain ialah halaman tengah atau foyer yang menembusi sehingga ke atas. Ini adalah sumber utama cahaya dan udara untuk rumah. Terdapat bumbung polikarbonat bernada bicu di bahagian atas yang membolehkan pengudaraan silang dan menghalang hujan. Ketinggian (4 tingkat) ruang foyer ini menghasilkan kesan yang sangat baik yang memastikan rumah berangin dan sejuk.
Halaman tengah ini membolehkan pengguna mempunyai garis penglihatan dari hampir setiap ruang ke ruang lain. Ia adalah pautan visual kepada semua ruang di dalam rumah. Ini adalah faktor utama dalam mereka bentuk ruang kecil: garis penglihatan berterusan (dan banyak cahaya semula jadi!) memastikan ruang tidak berasa sesak dan memberikan persepsi bahawa ruang jauh lebih besar daripada yang sebenarnya.
Arkitek Seshan Design juga memasukkan infrastruktur paip untuk tadahan air hujan di mana air hujan yang ditadah dan disimpan boleh digunakan untuk menyiram tanaman, mencuci kereta dan juga menyiram tandas di bilik mandi. Pereka juga tidak memasukkan tangki simpanan, pam dan penapis kerana bajet yang terhad tetapi ia boleh ditambah kemudian. Air hujan dari bumbung dan teres taman dialirkan ke kawasan yang telah ditetapkan untuk tangki simpanan melalui paip bawah air hujan simfoni oleh Fast Flow.
Menarik bukan, rekaan dalam kediaman ini. Jika ada yang sudah tertarik boleh membuat kediaman seperti ini.
Hanya RM 2,000 sahaja untuk ubah suai kediaman ini. Anak masih kecil tambahan pula ramai, sebab tu rumah tak boleh nak kemas dan cantik. Dinding selalu kena conteng anak, Nak dekor rumah perlu budjet yang banyak. Tidak semestinya, dekor yang biasa pun boleh menghasilkan ruang yang cantik.
Ubah suai kediaman ini perlulah bijak Dekor dalam rumah ini hanya mengenakan dekor yang kena dengan bajet pemilik tetapi tetap mencuri perhatian. Ini yang menarik sebalik kediaman ini.
Semua itu sebenarnya alasan. Tak semestinya untuk memiliki sebuah kediaman yang cantik memerlukan bajet yang tinggi dan tak lah susah untuk memiliki rumah yang bersih dan kemas kalau anak ramai. Yang penting ia perlu didik. Ubah suai kediaman ikut praktikaliti pemilik.
Semua alasan ini pernah berlaku kepada Mcyah Joanett. Namun atas keinginan yang tinggi, puan Mcyah mencari cara dan bertekad untuk memastikan impiannya terlaksana. Kajian demi kajian dilakukan untuk memastikan segala cabaran dan halangan dapat di tempuhi terutamanya dari segi bajet dan anak-anak yang tengah aktif.
Dengan hanya bajet RM 2000, Sebuah proposal berserta bajet telah siap disediakan oleh Puan Mcyah. Hanya menunggu kelulusan Kementerian Kewangan. Jom kita baca jalan cerita Puan Macyah yang berjaya menzahirkan kediaman idamannya. Ubah suai rumah milik peribadinya.
Bismillah. Ubahsuai simple & nice tapi murah.
Ini teratak kecil kami. 5 tahun tinggal disini. Alhamdulillah dah selamat buat 3 anak dalam rumah kecil ini.
Dengan keinginan yang tinggi untuk merasai rumah berkonsepkan mewah classic, dengan kreativiti dan idea yang tercetus, dengan bajet yang suam suam kuku. Aku bincang dengan suami dimalam hari (pastikan upah dulu), ku bentangkan bajet dan idea ku. Suami bersetuju, esok pagi kami terus pulun ubahsuai.
Alhamdulillah dalam masa 24jam sahaja kami siap mendeco teratak kecil kami yang hidup segan mati xmahu kepada konsep moden classic. Pengubahsuaian ini dibantu oleh team tzconsturction (team kerja suami aku). Jumlah modal keseluruhan RM2000++ sahaja dah termasuk kos cat. Jimat super duperrr. Ramai tak percaya. Korang tak tahu lagi aku punye kedekut taik idung masin. 2k ni pun aku rasa mahal dah.
Husband cakap, inilah yang dinamakan rumah ku syurga ku. Bila saya balik kerja penat, masuk rumah sangat tenang. Tengok pula awak.
Untuk details barangan dan harga ada saya terangkan pada setiap gambar. Barang ikea kebanyakan saya guna personal shopper so mungkin harga yang saya beri tu lain sikit. Lebih mahal dari asal sbb termasuk upah dia g beli.
Tapi percayalah ada 3 keajaiban bila rumah sedap mata memandang. Suami akan jarang keluar lepak. Kasih sayang bertambah erat. Anak2 dah tak sepahkan rumah. Sanak saudara datang pun rasa selesa. Lepas ubahsuai rasa besar pulak ruang dalam umah ni.
Keadaan rumah sangat mainkan peranan dalam rumahtangga sesungguhnya hubungan kami suami isteri dan anak-anak jadi lain. Rasa macam baru kawin. Ia bernafas baru. Besar kecil rumah bukan isu nya. Kita orang biasa2, deco sahaja biasa2 semampu boleh asalkan kemas dan menarik.
Suami janganlah lokek, percayalah korang jugak akan rasa tenang setenang air dikali. Sesungguhnya isteri sanggup buat apa shj demi suami rasa bahagia dirumah dan disisi anak isteri. Isteri pulak kena rajin. Nanti suami sayang selalu. Allah kan suka manusia yang bersih. Kalau Allah dah suka kita, pasangan kita lagi suka kat kita.
cat pada tembok atau dinding kediaman yang mengelupas tidak kira interior mahupun exterior adalah antara perkara yang biasa berlaku. Bahkan, masalah ini kerap berlaku pada dinding yang baru dicat. Jika hal ini terjadi pada dinding rumah anda, janganlah terburu-buru untuk memanggil tukang untuk memperbaikinya kerana ada beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan sendiri. Sebelum itu, anda perlu kenalpasti punca cat pada dinding mengelupas
1. Umur yang yang sudah lama (mengapur) sehingga daya lekatnya berkurang.
2. Kondisi dinding yang lembap, salah satu penyebab utama pengelupasan pada tembok (flaking) adalah kondisi tembok yang lembap. Hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh banjir, terdapat aliran air pada dinding secara kerap dan dalam tempoh yang lama akibat kebocoran atau sebagainya
3. Proses mengecat dilakukan sebelum konkrit dinding kering dalam tempoh yang sepatutnya
4. Proses kemasan dinding yang kurang baik juga antara sebab cat pada dindin atau tembok mengelupas atau tidak melekat
5. Kualiti cat yang tidak baik turut memainkan peranan. Sebab itu, anda perlu semak dengan penjual bukan sekadar jenis atau jenama, malah tempoh ketahanan cat yang dibeli
6. Teknikcat yang salah. Ini antara faktor penyumbang utama kepada masalah ia cepat mengelupas. Antara perkara yang kerap diabaikan adalah, dinding yang hendak dicat tidak dibersihkan terlebih dahulu. Sehinggakan sisa atau lapisan lama tidak disingkirkan. Hal ini pendorong keapda lapisan baru mengelupas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
House Tour: Kediaman Agam Instafamous Asyalliee Ahmad. Siapa yang tidak kenal dengan instafamous Asyalliee Ahmad ini yang pernah popular dengan dialog, ” Macam cantik jer, macam comel je”. Namanya menjadi viral di media sosial seketika dahulu dengan parodi yang dihasilkan netizen berdasarkan rakaman asal. Nama penuhnya Siti Syasya Rosaelmi Ahmad yang kini sudah pun mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata yang comel-comel.
Baru-baru ini beliau berkongsi House Tour kediamannya yang cukup cantik dan sempurna. IMPIANA cukup tertarik dengan video yang disiarkan di dalam Youtube peribadinya. IMPIANA mengambil kesempatan untuk berkongsi kediamannya cukup elegan dan bergaya. Banyak tip dekor yang dikongsikan oleh Asyalliee dalm video House Tour rumahnya ini.
Mendapat pujian yang banyak daripada netizen kerana bangga dengan kejayaan yang diraih oleh beliau. Anak muda yang mempunyai cita-cita dan target di dalam kehidupannya.
Jika dilihat, Asyalliee banyak mengunakan warna cerah dlam kediamannya. Simbahan putih membuatkan ruang dalam rumah nampak lebih luas dan mewah dalam tarikan dekorasi. Beliau juga bijak mengenakan susun atur yang membuatkan ruang dalaman nampak kemas dan sistematik.
Jom kita saksikan kediaman milik Asyalliee ini. Apakah konsep yang diketengahkan beliau dalam kediaman miliknya.
Video: House Tour Asyalliee Ahmad
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!