Bagi anda yang mempunyai ruang dapur yang sangat terhad, sudah pasti pernah menghadapi dengan masalah penyimpanan barangan kelengkapan memasak di ruang dapur anda.
Tambahan pula, apabila ruang penyimpanan di dapur bersepah dan penuh dengan barang pasti sakit mata yang memandang dibuatnya. Betul tak?
Jadi, bagi anda yang sedang menghadapi dengan masalah sedemikian sudah pasti ingin mengetahui dengan langkah penyelesaian yang boleh dilakukan untuk mengatasinya.
Oleh itu, IMPIANA mahu berkongsi idea ruang penyimpanan bawah singki dapur menarik yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada anda semua.
Ads
Mari kita lihat perkongsian tersebut menerusi beberapa keping foto yang dipaparkan di bawah:
Jika anda sedang mencari perkakas dapur seperti yang tertera pada gambar di atas, anda boleh sahaja mendapatkan ia dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Klik di sini.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Bagi mereka yang menggunakan permukaan kaunter (counter top) dari konkrit dengan kemasan jubin mesti pernah alami masalah tiba-tiba bahagian tepi kemasan tercabut. Hal ini akan berlaku pada counter top lama. Bagi yang baru di bina, tapi mengalami masalah yang sama, kebiasaanya berpunca dari jumlah motar yang sangat sedikit.
Kebanyakkan antara kita kalau panggil kontraktor, sudah pasti penyelesaian yang akan diberikan adalah pecah dan tampal baru. Sebenarnya, ada penyelesaian lebih mudah, cepat dan jimat kos.
Melalui perkongsian Ahmad Zunairi Mohamad di dalam group Tukang Apa Hari Ini, Masalah jubin di bahagian tepi counter top selesai dengan beberapa cadangan mudah dan boleh dilakukan sendiri oleh rakan-rakan group tersebut. Antaranya adalah:
1. Silicon bond
Boleh beli di hardware. dan sapu pada bahagian jubin. Lekatkan sahaja. Sementara tunggu gam kering sepenuhnya, boleh guna pelekat kertas sebagai pemegang sementara. Macam kita buat wainscoting
Kalau beli online satu set gam ni dengan pistolnya baru RM 14.90 dekat kedai online ni https://invol.co/clql6i
2. Tile adhesive
Kena pecahkan sikit bekas simen. Sapukan tile adhesive tadi pada jubin yang tercabut dan permukaan konkrit asal. Kemaskan sementara dengan pelekat kertas
Ramai memilih untuk membina counter top sahaja tanpa kabinet bagi menjimatkan kos penyediaan ruang pengstoran di dapur. Yang menjadi masalah, bahagian pengstoran yang terbuka mengundang pemandangan kurang menarik dan tidak kemas. Bagi memastikan dapur kelihatan kemas, puan Fara Airullah berkongsi idea jimat dengan menyediakan langsir mudah dan bajet bagi menutupi ruang tersebut.
Pilih material kain yang sesuai, mcm i pilih kain jersey sebab lebih berat and bila pasang nampak kemas jatuh ke bawah. Lagi satu sebab dia murah kahkahkah. Kain i hantar tailor untuk upah jahit, RM50 untuk 4meter.
Kini, rata-rata kediaman di Malaysia pasti mempunyai sebuah air fryer. Ternyata dengan mempunyai peralatan memasak canggih ini, aktiviti memasak akan menjadi jauh lebih mudah dan singkat. Kepelbagaian fungsi yang memenuhi setiap keperluan didapur menjadikan alat ini sebagai suatu kemestian.
Namun, selepas digunakan sudah semestinya kita perlu mencuci bersih peralatan tersebut sebelum disimpan. Mungkin ada yang beranggapan perkara ini remeh tetapi nak cuci air fryer ni rumit juga ya. Jadi, apa kata anda ikut step-by-step mudah yang dikongsikan Amanda Tan melalui grup Resepi Air Fryer [Malaysia] ini supaya air fryer sentiasa suci bersih tanpa terjadi apa apa kerosakan pada komponen elektrik.
Hari ini kita kongsikan cara membersihkan Air Fryer kita. Semenjak aktif dalam group ini, saya pun menerima banyak PM untuk menanyakan saya cara saya membersihkan Air Fryer. Hah! kebetualn saya nak membersihkan Air Fryer hari ini lalu terfikir untuk membuat video ini. Harap perkongsian saya memberi serba sedikit manfaat kepada semua!
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...