Pernah anda terfikir ruang dewan yang sering digunakan untuk pelbagai majlis keraian atau pertandingan boleh diubahsuai menjadi sebuah rumah kediaman yang begitu cantik? Mesti ada dikalangan anda yang berfikiran sedemikian kan, betul tak?
Bagi anda yang baru sahaja mengetahui renovasi seperti ini sudah pasti mahu melihat foto sebelum dan selepas transformasi serta hasilnya. Jadi, tunggu apa lagi mari lihat bersama IMPIANA.
Tidak dinafikan, ruang dalaman rumah yang besar membolehkan anda mempunyai kelebihan untuk melakukan pelbagai transformasi dari segi struktur dan rekaan hiasan ruang dalaman rumah.
Ads
Siapa sangka ruang dewan yang sering digunakan untuk mengadakan pelbagai majlis keraian atau pertandingan mampu diubahusai sehingga menjadi sebuah rumah kediaman yang begitu cantik, unik dan selesa untuk didiami.
Ads
Lihatlah hasilnya, sememangnya ia tampak sangat menakjubkan, betul tak? Jadi, bagi anda mempunyai wang bajet yang besar mungkin transformasi ubahsuai seperti ini boleh dijadikan sebagai salah satu sumber inspirasi kepada anda semua
Sumber: Facebook Rumah Impian
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Bagi anda yang berhasrat ingin membeli sebuah rumah baharu khususnya di bawah projek perumahan dengan pemaju, ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu sebagai seorang pembeli sebelum membuat keputusan untuk membeli kediaman tersebut.
Maka oleh itu, dalam episod Tip Impiana kali ini kami bawakan tetamu jemputan istimewa iaitu Cik Amaliena Mazlan yang merupakan salah seorang Perunding Hartanah dari MATRIX Concepts Holdings Berhad bagi berkongsi tip tersebut bersama para penonton.
Ketika sesi temu bual bersama hos segmen Tip Impiana, Raff dan tetamu jemputan telah memaklumkan ada beberapa perkara yang penting sebagai pembeli harus tahu sebelum mahu membeli rumah baharu dengan pemaju.
“Apa yang saya kongsikan ini sebenarnya adalah perkara asas yang pembeli harus tahu terutamanya kepada mereka yang pembeli rumah pertama yang masih tidak tahu beberapa perkara penting yang wajib anda tahu.
“Pertama sekali, anda perlu tahu mengenai pemilihan lokasi kediaman anda. Maksudnya di sini, anda perlu tahu di mana lokasi projek perumahan anda itu bakal dibangunkan dan sebagai pembeli anda kena tahu rumah yang anda mahu beli itu berada di lokasi mana dan sebagainya.
“Ini kerana sebagai pembeli anda kena tahu jarak dari lokasi perumahan anda ke tempat-tempat kemudahan awam seperti hospital, kedai ke tempat kerja dan sebagainya.
“Mengapa saya kata lokasi ada perkara pertama yang penting wajib anda tahu ini kerana kita lihat potensi projek kawasan perumahan kita itu sebab kita bukan beli rumah semata-mata, tetapi kita beli dengan persekitaran kawasan perumahan itu sekali,” jelasnya.
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai perkara yang penting wajib anda tahu sebagai seorang pembeli rumah baharu dengan pemaju, anda boleh tonton video penuh pautan di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Mungkin ada di kalangan anda yang tidak mengenali dengan hotel penginapan Temple Tree Resort ini meski telah sering berkunjung ke kawasan peranginan terkenal, Pulau Langkawi yang terletak di utara Semenanjung tanah air.
Untuk maklumat anda, Temple Tree Resort ini adalah merupakan sebuah tempat penginapan untuk para pelancong dari serata negara dan telah mula dibina di Pantai Cenang, Pulau Langkawi sekitar pada tahun 2008.
Bukan sekadar seperti tempat penginapan biasa yang lain, Temple Tree Resort ini sememangnya sangat unik dan berbeza berbanding dengan hotel-hotel penginapan lain yang ada di Pulau Langkawi.
Dengan ukuran keluasan tanah kawasan tempat penginapan yang mencecah hampir satu ekar ini, Temple Tree Resort ini telah membangunkan sebanyak 8 buah rumah tradisi lama dan dijadikan sebagai tempat penginapan bertaraf 4 bintang.
Apa yang membuatkan tempat penginapan ini menarik dan sangat unik oleh kerana Temple Tree Resort telah membangunkan semula 8 buah rumah tradisi lama yang didatangkan khas dari serata negeri Semenanjung Malaysia.
Kemudian, proses pembinaan kesemua rumah tradisi lama ini diteruskan dengan pemasangan semula di kawasan peranginan Pantai Cenang, Pulau Langkawi tanpa mengubah keaslian identiti rumah tradisi lama tersebut.
Jadi mari kita lihat dan kenali dengan lebih dekat setiap rumah yang ada di Temple Tree Resort.
IPOH HOUSE
Rumah tradisi pertama adalah merupakan ‘Ipoh House’ yang berada di pintu masuk utama Temple Tree Resort ini telah dijadikan sebagai kaunter ‘reception’ serta restoran buat tempat penginapan berkenaan.
JOHOR HOUSE
Rumah tradisi lama kedua pula adalah merupakan Johor House yang mempunyai sejarah pembinaan berasal dari Batu Pahat, Johor. Pemilik asal kepada rumah ini adalah berbangsa cina, maka oleh itu dari segi struktur dan reka bentuk kediaman ini terdapat elemen budaya
COLONIAL HOUSE
Untuk Colonial House pula, difahamkan mula dibina sekitar tahun era tahun 1900 dan didatangkan khas dari George Town, Pulau Pinang. Struktur reka bentuk dan dekorasi hiasan dalaman pada Colonial House ini terdapat kombinasi elemen sentuhan daripada budaya Peranakan dan Eropah.
ESTATE HOUSE
Estate House antara rumah yang unik dan berbeza daripada yang lain. Ini kerana, Estate House adalah merupakan jenis bangunan berbentuk satu tingkat yang mempunyai 6 buah rumah kesemuanya. Keistimewaan Estate House, setiap rumah memiliki ruang laman privasi di belakang rumah. Menarik bukan?
PLANTATION HOUSE
Plantation House, merupakan sebuah banglo lama dengan sentuhan dekorasi hiasan dalaman bertemakan budaya kemelayuan. Terdapat beberapa sentuhan seni ukiran Melayu ada pada kayu bangunan membuat rumah tradisi lama ini tempak lebih klasik dan mewah.
PENANG HOUSE
Seni bina reka bentuk bangunan daripada Penang House ini juga unik berbanding rumah tradisi lama yang lain. Ia juga didatangkan khas daripada Pulau Pinang dan diterapkan dengan elemen Melayu, Cina dan India pada seni bina bangunan.
NEGERI SEMBILAN HOUSE
Bagi rumah tradisi lama ini sudah semestinya didatangkan khas daripada Negeri Sembilan. Jika kita lihat pada struktur reka bentuk dan hiasan dalaman rumah tradisi lama ini, sudah terang lagi bersuluh pemilik asal kepada kediaman ini adalah berbangsa Melayu. Lihat sahaja lah daripada luaran, rumah tradisi lama ini sememangnya unik
STRAITS HOUSE
Istimewa Straits House berbanding rumah tradisi lama yang lain, ia merupakan sebuah kediaman warisan yang mewah kerana memiliki kolam renang khas persendirian. Selain itu, untuk hiasan dalaman rumah tradisi lama ini telah direka dengan pemilihan perabot yang lebih moden bagi memberikan kepuasan yang terbaik kepada para pengunjung yang menginap di Temple Tree Resort.
KOLAM RENANG
Tidak lengkap rasanya jika tempat penginapan tanpa kolam renang, betul tak? Untuk pengetahuan anda, selain keunikan rumah tradisi lama di kawasan penginapan sudah semestinya Temple Tree Resort ini mempunyai kolam renang yang cantik untuk kegunaan para pengunjung.
Lihat sahaja lah pada foto yang tertera, ternyata kolam renang di Temple Tree Resort ini tampak sangat cantik dengan dihiasi pemandangan awan biru yang menenangkan.
Jadi, tidak dapat disangkalkan lagi, Temple Tree Resort ini merupakan sebuah tempat penginapan yang terbaik dan bertaraf antarabangsa dengan keunikannya yang tersendiri.
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut dan membuat tempahan tempat penginapan di Temple Tree Resort, anda boleh sahaja segera melayari laman sesawang www.templetree.com.my atau hubungi nombor di talian +6017-599 5935.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Dari kebanyakan orang, saya boleh dianggap ekstrovert tetapi sebenarnya campuran introvert dan ekstrovert. Saya berasa teruja bercakap dengan orang yang mempunyai pemikiran dan visi yang sama seperti saya! Saya suka berkongsi beberapa aspek/pengalaman yang saya rasa berguna kepada orang lain tetapi kadang-kadang apabila saya rasa terharu, saya akan berundur ke zon selesa saya dengan perkara yang saya hargai dan menyerang balik! Saya boleh bercakap dengan sesiapa sahaja pada kebanyakan masa dan saya suka memimpin dan bersuara dalam perkara yang saya tahu.
Tiada rahsia, tentang belajar daripada orang lain, mendengar nasihat yang baik daripada pasukan pengurusan kanan kedua-dua syarikat dan, sudah tentu, melakukan penyelidikan anda sendiri.
Menerajui syarikat bukanlah tentang operasi semata-mata, tetapi dapat melihat perkara secara holistik dan menghasilkan strategi yang kemudiannya boleh dilaksanakan. Kerja berpasukan adalah penting.
3) Bagaimanakah hari anda bermula?
5) Apakah aspek menjadi seorang usahawan yang mendorong anda untuk menjadi seorang usahawan?
Selain daripada membaca penerbitan industri, berita, dan artikel semasa. Satu yang saya rasa sangat berguna sebenarnya adalah dengan ‘hadir’ di lapangan. Ini kerana kebanyakan tindakan berlaku di dalam ‘parit’ iaitu. dengan pergi ke konvensyen industri, bercakap dengan pengamal/pemain/pesaing – kebanyakan masa anda akan menemuinya di sana. Dan akhir sekali, bersikap ‘terbuka’ dan ‘menyerap’ idea baharu akan menjadi kunci untuk anda menggunakannya
Saya sentiasa mengkhabarkan keharmonian kerja-kehidupan, kebanyakan masa berbeza dengan keseimbangan kerja-kehidupan. Saya dapati bahawa apabila anda benar-benar menikmati kerja, proses dan pengisaran – anda akan secara ajaib dapat mencari tempat yang manis. Ya, saya akui adalah satu cabaran bagi saya untuk memperuntukkan masa tetapi saya rasa anda secara automatik akan dapat memperuntukkan masa dengan orang yang anda sayangi. Lagipun, kita semua manusia dan kita semua mempunyai ‘jam’ yang sama (24 jam)
Ingin berjaya dalam hidup bukanlah satu perkara yang mudah segala rintangan dan halangan haruslah diharungi agar dapat dikecapi segalanya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.