Bagi anda yang mempunyai laman, pasti antara ancaman utama adalah lalang atau rumput. Lalang ni bila masa atau musim hujan lah lagi cepat panjang. Bagi yang ada masa, tugas-tugas memotong lalang dan rumput boleh dilunaskan sendiri. Namun, bagi yang bekerja dan mempunyai waktu libur yang singkat, sudah pasti perkhidmatan memotong rumput menjadi pilihan.

Berapa kos untuk mengupah orang potong rumput yang perlu anda sediakan? Kawasan sekangkang kera pun bayarannya hampir RM 30, ini kan pula untuk satu laman yang luas terutamanya bagi anda yang mempunyai unit kediaman corner lot. Oleh sebab itu, ramai antara pemilik mengambil keputusan untuk simen kan ruang tersebut untuk mengurangkan kos penyelengaraan.

Artikel berkaitan: 9 Tip “Simple” Untuk Elak kawasan Rumput yang Hijau Menjadi Coklat

Sebenarnya, tak perlu susah-suah upah tukang potong rumput. Anda boleh cuba cara pekebun Thailand memusnahkan rumput dan lalang secara organik. Berikut bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan: 
0.25 liter cuka
1/2 sudu makan sabun basuh pinggan
1 sudu makan garam

Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan semburkan pada rumput atau lalang. Untuk lalalang, semburan perlu dilakukan pada bahagian pangkal. Lagi banya, lebih cepat lalang mati

Kredit: Sara Saad

 

Komen anda