Tomato puree, memang susah nak dapat yang jenis betul-betul asli. Kalau ada pun, harganya agak mahal. Sebenarnya, tak susah pun nak hasilkan tomato puree sendiri. Tambahan, tomato puree yang dibeli dipasaran sudah pasti mengandungi bahan pengawet kan.
Kenapa perlu beli kalau boleh buat sendiri dengan mudah dan yang penting lebih sihat. Resepi dikongsikan dalam group MAKMAL MAKANAN oleh Rita Nadz memang mudah dan ringkas. Namun, untuk menghasilkan tomato puree yang mempunyai warna cantik macam beli dekat kedai tu, ada bahan tambahan yang diperlukan.
Ads
BAHAN-BAHAN
12-15 tomato
2- 3 keping beet root (kepingan beet root boleh ditambah tetapi tidak terlalu banyak kerana nanti warnanya akan menjadi terlalu gelap – Update: 15/6/2020 9:00 am)
* Kak Rita tak suka guna gula pasir dalam lauk jadi beet root ni sesuai sangat sebagai pemanis dan pewarna asli
Ads
CARA-CARA:
1. Susun buah tomato dan potongan ubi bit dalam dulang pengukus
2. Kukus selama 20-25 minit (tak perlu tambah air dalam dulang berisi tomato dan beet root
3. Dah siap kukus, kisar (tak perlu tambah air ok-jus dia sendiri dah cukup banyak)
4. Masukkan dalam bekas kaca utk disimpan dalam peti sejuk kalau kalian malas nak gunakan dalam masakan kalian hari ni. Stok tomato puree ni boleh tahan dalam tempoh seminggu jika disimpan di dalam peti sejuk.
Ads
Kalian boleh gunakan puree ni utk topping pizza, Sos pasta, lamb shank, red stew, ikan 3 rasa
apa² je la yang kalian suka
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kini semakin ramai pemilik kediaman yang menjadikan kediaman mereka sebagai tempat untuk sumber sayuran seharian. Malah ada yang menetap di bandar turut sama menanam pokok buah-buahan sebagaimana di kampung-kampung. LAMAN senaraikan enam sayuran yang anda boleh tanam sendiri walaupun anda rasa susah dan mustahil untuk hidup subur.
Asparagus Kaya dengan vitamin B, C dan kalsium asparagus boleh menjadikan edible garden anda lebih bervariasi. Diklasifikasikan sebagai tanaman perennial, pucuknya segar boleh dituai hanya selepas 8 bulan. Disebabkan ia merupakan tanaman perennial, rumpun asparagus boleh membiak dengan banyak apabila mencecah usia 2 tahun dan mampu kekal sehingga 20 tahun. Cara tanaman adalah menggunakan biji benih atau kaedah crown iaitu akar bertunas. Digalakkan menanam pada batas.
Waktu Menanam: Iklim tropika membenarkan asparagus ditanam pada bila-bila masa.
Waktu menuai: Tuai pada tahun kedua kerana ia semakin matang dan merimbun.
Kubis
Kubis lazimnya ditanam di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland atau Kundasang. Ini kerana tumbesarannya memerlukan suhu yang rendah dan bagi membentuk bola kubis. Namun, kubis masih boleh ditanam di tanah rendah dan masih boleh dinikmati dengan enak meskipun memiliki daun terbuka. Kubis termasuk dalam kategori Brassica oleracea yang sekeluarga dengan sayuran seperti brokoli, bunga kubis, kale dan sebagainya. Cara tanaman adalah menggunakan biji benih. Ia boleh ditanam dalam pasu mahupun pada batas.
Waktu menanam: Tiada waktu tertentu untuk iklim tropika atau tanah rendah.
Waktu menuai: Tuai pada dua hingga tiga bulan usia tanaman
Salad (Lettuce) Lettuce atau salad terdiri daripada beberapa jenis seperti butterhead atau Boston yang memiliki bentuk bulat dan daun berkedut, cos dan semicos yang memiliki daun panjang dan rangup, serta loose leaf yang tidak memiliki jantung dan berbentuk bulat. Digalakkan menuai biji benih terus ke tanah kerana ia tidak sesuai dialihkan. Penyiraman dilakukan setiap hari bagi mengelakkan tanah kering.
Waktu menanam:. Sesuai ditanam sepanjang tahun kerana lettuce tahan kepada cuaca panas.
Waktu menuai: Boleh dituai selepas usia tanaman 8 hingga 10 minggu. Tuai bahagian luar lettuce dari masa ke masa kerana ia akan tumbuh yang baharu selepas dipetik. Anda juga boleh menuai keseluruhan salad sekali gus.
Bok Choy (Sawi Cina) Satu tanaman yang tidak sukar dijaga dan boleh dituai dalam masa singkat. Memiliki rasa yang segar dan rangup. Ia boleh ditanam dalam pasu jika kekurangan kawasan tanah. Penanaman menggunakan biji benih di kawasan indoor atau terus pada batas. Menariknya tanaman dalam pasu boleh dijadikan hiasan meja, namun harus mendapat cahaya mencukupi.
Waktu menanam: Sepanjang tahun
Waktu menuai: Boleh dituai dalam masa 4 minggu dengan ketinggian 12 hingga 18 inci.
Bunga kubis Anda boleh menjimatkan kos dapur dengan menanam sendiri bunga kubis kerana harganya yang lebih mahal berbanding sayuran lain di pasaran. Cara menanam ialah dengan semaian anak benih dalam bekas semaian atau pasu. Ia mengambil masa sehingga sebulan lebih sebelum mengeluarkan bunga kubis. Lakukan siraman setiap hari bagi mengelakkan tanah kering. Selepas hasil bunga kubis dituai (selepas 3-4 bulan), biarkan tanaman induk kerana ia akan mengeluarkan anak pokok pada bahagian batang. Anak pokok ini boleh dicantas dan dibiakkan.
Waktu menanam: Sepanjang tahun
Waktu menuai: Tuai apabila bunga kubis sudah matang lebih kurang 3 hingga 4 bulan usia tanaman.
Brokoli Sayuran jenis hardy vegetable ini memerlukan suhu rendah, pancaran matahari penuh dan air mencukupi untuk hidup subur. Namun, ia masih boleh ditanam di Malaysia kerana terdapat penyelidikan yang mendapati tanaman ini boleh hidup subur melalui cuaca tropika. Cara tanaman menggunakan semaian biji benih selama 5 hingga 7 minggu (atau sehingga 5 helai daun) sebelum dipindahkan ke batas yang kalis hujan. Anda perlu bersabar bagi menantikan brokoli menghasilkan ‘bunga’. Tanda kematangan brokoli boleh dilihat pada jambak bunga yang padat dan berwarna hijau iaitu sekitar 70 hingga 80 hari.
Waktu menanam: Sepanjang tahun
Waktu menuai: Mengambil masa sehingga 3 bulan untuk dituai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Di dalam sesebuah unit kediaman, dinding tumpu atau lebih sering disebut feature wall merupakan antara elemen yang penting. Perhatian yang khusus perlu diberikan dalam menghasilkan sebuah dinding tumpu yang menarik dan bersesuaian dengan ruang. Ia berupaya menyempurnakan dekorasi ruang disamping dapat mewujudkan komunikasi visual yang indah antara ruang dalam kediaman.
Sebagai contoh, Jae Jung Suh telah memilih untuk berfikir diluar kotak dan menggunakan kreativitinya untuk menghasilkan sebuah feature wall yang amat berbeza dari kebiasaan. Dengan hanya menggunakan vinly dan hasilnya, menakjubkan! Susunan herringbone menjadi pilihan dan ia merupakan pilihan yang tepat untuk kediamannya.
Lama dah nak buat accent wall Herringbone pattern ni.. and suddenly miss CORONA came.. u know the deal kan..
Kalau nak guna real wood macam mahalkan.. so guna je vinyl flooring ni.. sis2 jangan ingat vinyl floor tok lantai ja tau hehehe.. tp nak patah ler pinggang Sbb buat sorang2 kan..
Kalau anda rasa kurang yakin untuk gunakan pelekat vinyl, boleh je improvise sikit, guna adhesive glue (gam flooring)
Menarik, bukan? Jadi buat anda yang masih tercari-cari idea nak buat apa dengan feature wall dirumah, boleh la cuba tip ini. Boleh buat sendiri, dan pastinya lebih jimat!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Katil lama dah tak dapat nak digunakan lagi, diubahsuai menjadi sebuah kerusi panjang. Mungkin anda yang ada katil lama dan terbiar.. Boleh cuba cara ni. Jom lihat hasil kreatif perkongsian Cikgu Syamsul dari Sungai Petani, Kedah. Mungkin anda di luar sana mendapat ispirasi daripada hasil ini.
Kos yang digunakan kurang daripada RM50 untuk membeli wood filler, wood varnish dan skru. Lain-lain bahan telah sedia ada dalam simpanan beliau.
1 x katil kayu lama / terpakai / rosak.
1 x gergaji kayu
1 x pemutar skru Skru secukupnya.
Tukul.
Pita pengukur.
Kertas pasir secukupnya.
Wood filler.
1 botol wood varnish.
Langkah 1
Leraikan katil kayu yang telah rosak. Kumpul bahagian yang masih boleh digunakan. Untuk membuat bench chair, bahagian kepala katil sangat penting.
Langkah 2
Ukur dan potong bahagian-bahagian kayu yang hendak digunakan.
.
.
Untuk kerusi ini, Cikgu Syamsul buat ukuran 38cm lebar x 160cm panjang mengikut kesesuaian kayu yang sedia ada.
Langkah 3
Kepala katil dah sedia untuk dijadikan tempat bersandar. Potong kakinya untuk rendahkan, lebih sesuai untuk ukuran kerusi. Kayu yang digunakan untuk alas tilam akan jadi platform atau lantai kerusi.
.
Langkah 4
Penyambung asal pada kebanyakan katil boleh guna semula untuk membuat sambungan kayu. Jika ingin beli di kedai atas talian, namanya Iron Bed Fittings Connectors Brackets Joiners Hook Replacement Frame.
.
Rangka kerusi yang akan dihasilkan. Sebelum meletakkan papan untuk dijadikan tempat duduk, pastikan tetulang dibuat supaya kerusi lebih kukuh.
.
Langkah 5
Buat ukuran dan potong papan yang diperlukan. Papan ini ialah papan dari alas tilam pada katil.
.
Langkah 6
Susun dan skrukan papan tadi dengan kemas. Jika tiada skru, paku boleh digunakan sebagai alternatif. Cuma bagi saya, skru lebih kukuh.
Langkah 7
Kerusi hampir siap. Telah disapu wood varnish yang selari dengan warna asal katil. Pastikan kayu-kayu dan papan-papan yang kasar dilicinkan dengan kertas pasir terlebih dahulu. Mulakan dengan kertas pasir yang kasar sehingga yang semakin halus.
.
.
.
Lihat perbezaan warna asal dan warna baru setelah disapu wood varnish. Berseri kan?
Langkah 8
Lebihan papan katil seterusnya digunakan untuk membuat meja untuk melengkapkan set kerusi. Leraikan dan pilih papan yang masih elok.
Langkah 1
Buat ukuran yang dikehendaki dan bina rangka meja. Tinggi kaki meja adalah 40cm, tidak terlalu rendah, tidak terlalu tinggi. Sesuai dengan kerusi yang dibina.
.
Langkah 2
Papan diikat dengan menggunakan skru. Tebuk lubang terlebing dahulu sebelum diskru kerana papan lama biasanya mudah retak/terbelah jika tersalah cara.
.
Langkah 3
Gunakan wood filler untuk menampal lubang-lubang kesan daripada paku yang telah dicabut semasa proses peleraian. Tujuannya untuk hasil kayu yang lebih licin dan cantik.
.
Langkah 4
Jemur meja yang telah ditampal dengan wood filler. Setelah kering, gosok dengan kertas pasir untuk melicinkan permukaan kayu sebelum disapu wood varnish.
Langkah 5
Setelah selesai sapuan wood varnish kali pertama, setelah kering, gosokkan sekali lagi dengan kertas pasir. Kemudian, sapu woord varnish untuk kali kedua. Tujuannya untuk hasil permukaan kayu yang lebih licin dan cantik.
.
Terima Kasih Cikgu Syamsul berkongsi DIY yang mampu memberi inspirasi pada semua pembaca.
Selamat Mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!