
Kebiasaanya kita dengar hanya kulit telur digunakan sebagai baja. Jarang sekali menggunakan keseluruhan telur temasuk isinya yang masih segar kan? Tetapi di Thailand, mereka menggunakan telur segar sebagai baja untuk memperkuatkan akar tanaman.
2 bahan utama yang digunakan iaitu telur dan yogurt punya peranan masing-masing. Umum tahu, telur kaya dengan kalsium dan ia antara nutrien terpenting yang diperlukan dalam tumbesaran tanaman terutamanya dari jenis sayuran dan buah-buahan. Manakala yogurt mempertingkatkan jumlah mikro di dalam tanah.
Bahan:
20 biji telur
ragi 1/4 je
1 Liter yogurt
molasses / gula merah
Cara buat:
1.20 biji telur di masukkn ke dalam bekas dan kacau. Kulitnya jgn buang yer. Tumbuk sampai halus dan masukkan di dalam telur yang telah dikacau.
2.Masukkan molases/gula merah ke dalam bekas berisi telur tadi dan kacau sehingga sebati.
3.Masukkan yogurt 1 L
4.Setelah bancuhan sebati, masukkan 1/4 ragi di dalam bekas tersebut, pastikan ragi dihancurkan dan kacau sehingga sebati
5.Setelah siap.tapai selama 15 hari. Sedia untuk diguna
Lelaki Ini Guna Umpan Ikan Untuk Musnahkan Keseluruhan Koloni Semut di Laman

Pelbagai petua telah dikongsikan oleh impiana untuk memusnahkan semut di kediaman. Tapi, seminggu dua sahaja yang bertahan. Nanti datang lagi. Hal ini disebabkan oleh koloni semut tidak dimusnahkan sepenuhnya.
Bila semut mula banyak di laman, ia bukan sekadar merosakkan akar tanaman, malah memberi ancaman pelbagai penyakit pada tanaman. Oleh itu, kaedah memusnahkan semut haris dilakukan sehingga ke akar umbi.
Berikut adalah cara yang dicadangkan oleh Manizam Abdul Rahman yang telah dikongsikan di dalam group KGTTS
Cara saya membasmi semut samada dalam rumah atau yang mendatangkan masalah pada tanaman cuma menggunakan 2 benda yang mudah dan murah.
Bahan-bahan:
1 peket Ubat semut yang jenama nya saya sendiri tak tahu nak sebut
1 ekor ikan rebus
P/S: Ridsect tu hanya gimik. Ia hanya mampu membunuh serangga yg berada di depan kita. Apa yang saya buat ni mampu membunuh semut hingga ke sarangnya
Cara-cara:
1. Gaul isi ikan rebus berserta ubat semut hingga sebati
2. Pastikan ikan jangan terlalu lembab
3. Kemudian tabur di tempat laluan semut.
4. Isi ikan yang telah dijumpai oleh semut akan di bawa pulang ke sarang. Nanti bila dijadikan jamuan bersama koloni, secara tidak langsung semua semut akan termakan serbuk ubat semut tadi
Cara Biak Anggur Dari Keratan Batang Untuk hasilkan Baka Yang Baik

Sebelum ini IMPIANA ada berkongsi cara penanaman pohon anggur di dalam iklim Malaysia. Ada yang kata, pembiakkan dari biji benih lebih mudah. Sebenarnya, untuk dapatkan baka yang baik dan hasil cepat, kaedah pembiakkan dari keratan batang paling disarankan
Nak tahu cara pembiakkan anggur melalui keratan batang, boleh tonton video yang disediakan
How To Grow Grape Vine From Cuttings???CRE: Korean Gardener 초록식물TVLink full: https://www.youtube.com/watch?v=MnyqfdNg1Kk
Posted by DIY Crafts and Projects on Wednesday, 3 June 2020
(GAMBAR) Laman Kampung Banyak Guna Pasu Nampak Lebih Kemas dan Menarik

PROFIL TAMAN
Lokasi : Manir, Terengganu
Nama Pemilik : Hasmuni Bin Bahaman
Jenis kediaman : Rumah kampung
Konsep taman : Kampung
Tempoh huni : 15 tahun
Kehidupan di kampung banyak mengajar kita erti bermasyarakat. Persekitaran yang damai dan tenang menyenangkan komuniti berhubung mesra dan saling membantu. Banyak masa santai digunakan untuk mengeratkan silaturahim dan selebihnya memenuhi keinginan tertentu setelah kerja-kerja harian diselesaikan. Antara lain, ada di kalangan mereka yang mempunyai minat dalam menghias halaman kediaman mereka.
Majoritinya halaman rumah kampung adalah luas. Selain menyediakan ruang sebagai tempat anak dan cucu bermain, kebiasaannya pemilik rumah akan menghiasi halaman mereka dengan pokok buah-buahan, bunga-bunga dan tanaman herba. Satu keganjilan sekiranya terdapat rumah yang tidak dipenuhi dengan pokok-pokok hiasan.
Edisi LAMAN Impiana kali ini berpeluang memaparkan keindahan sebuah taman kampung di Beladau Kolam, Manir, Terengganu Darul Iman. Rumah kampung yang dimiliki oleh sepasang suami isteri ini memperlihatkan hiasan halamannya yang berbeza. Setiap spesies tanaman dipilih, dijaga rapi dan disusun indah, menzahirkan kreativiti pemiliknya.
Menurut pemilik “Kediaman ini asalnya adalah peninggalan ibu mertua saya. Memandangkan tiada sesiapa yang menguruskan kediaman ini jadi saya sekeluarga mengambil keputusan untuk berpindah ke sini sejak 15 tahun dahulu. Saya pula sememangnya minat dengan seni hiasan landskap maka saya cuba untuk mencantikkan halaman kediaman ini sedikit demi sedikit sehingga sekarang. Segala-galanya saya lakukan hasil kerja tangan sendiri bermula dari menanam pokok hinggalah ke kerja-kerja kayu”, terang pemilik ramah.
Elemen yang menarik perhatian di kediaman pemilik salah satunya adalah laluan pejalan kaki. Penggunaan bahan berlainan sebagai kemasan laluan pejalan kaki, menyediakan alternatif kepada tetamu. Alternatif pertama, menggunakan kemasan batu-batu kecil dan digabungkan bersama batu bata bersaiz sama berwarna perak bertindak sebagai edging, memisahkan dengan spesies tanaman. Manakala alternatif kedua, pemilik memilih gabungan kepingan konkrit dan diselang-selikan dengan hamparan rumput. Batu-batu kerikil mengambil tempat di kiri kanan laluan ini secara tidak langsung menjadikan laluan lebih luas. Tetamu pasti akan merasai kelainan tekstur apabila berpeluang menggunakan kedua-duanya. Pemilik bijak memilih dan menyusun elemen-elemen ini agar kelihatan seimbang.
Selain daripada itu, pemilik juga menggunakan bongkah-bongkah batu bersaiz sederhana berwarna perang yang diletakkan secara berkelompok dan individu. Kelihatan juga struktur binaan konkrit yang dihiasi lampu hiasan.
Apa yang menariknya dan paling ketara ialah, pemilik banyak menggunakan pasu pelbagai bentuk, saiz, ketinggian dan warna di sekitar kediamannya. Susun atur, peletakan dan kombinasi elemen landskap kejur tersebut begitu harmoni berada di celah-celah spesies tanaman yang lain. Kaedah penggunaan pasu, selain daripada menyenangkan kerja-kerja penyelenggaraan, ianya juga dapat mewujudkan kelainan kepada taman ini.
Walaupun halamannya tidak sarat dengan pelbagai spesies tanaman, namun ternyata pemilihan spesies tertentu begitu menyerlah dan amat berbeza berbanding dengan rumah-rumah di sekitarnya. Pemilik banyak menggunakan spesies Cycad sebagai kunci pemilihan landskap lembut. Tetamu sudah pasti teruja dengan susun atur dan hierarki spesies tanaman ini. Spesies Cycas rumphii, yang mempunyai kadar pertumbuhan agak lambat bukan sahaja ditanam di kawasan tanah lapang, malah terdapat juga yang ditanam di dalam pasu. Kaedah penanaman, lokasi dan hierarki spesies ini akan menarik tumpuan tetamu bila berada di taman ini.
Pemilihan spesies yang membesar ke atas dan tumbuh secara individu memudahkan penjagaan dan tidak kelihatan serabut. Spesies Aloe vera, Yucca spp, Alocasia macrorrhizos, Draceana draco, Sansevieria trifasciata atau pokok lidah jin dan Heliconia kelihatan begitu menarik kerana kepelbagaian warna daunnya.
Bagi menyuntik rona, spesies Wedelia tribolata ditanam secara kelompok bersama-sama dengan tanaman renek berwarna yang lain, di tepi laluan pejalan kaki. Pokok memanjat berdaun lebat ditanam pada bahagian struktur trelis di satu sudut, bagi memberi teduhan di bahagian serambi rumah pada waktu-waktu tertentu, membolehkan pemilik sekeluarga berehat di ruang tersebut. Pokok-pokok Bucida pula bertindak sebagai pokok utama kelihatan begitu menyerlah dengan dedaun putihnya.
Pemilihan spesies tanaman tersebut bukan sahaja menjimatkan ruang. Lebih dari itu, ianya memerlukan penjagaan yang minimum. Justeru masa, tenaga dan perbelanjaan boleh dikurangkan bila mana soal penjagaan diambil kira.
“Urusan penjagaan taman ini semuanya saya lakukan sendiri, dari segi menanam, membina struktur kejur, membaja, menyiram dan segala-galanya adalah keringat sendiri tanpa bantuan sesiapa. Bagi saya tiada istilah penat atau berat kerana minat yang menebal. Kebiasaannya masa yang diperuntukkan tidak menentu, sekitar dua atau tiga jam saya habiskan ketika berada di taman”, tambah pemilik lagi.
Menurut pemilik lamannya tidak pernah memberi sebarang masalah asalkan rajin menjaga maka maintenance pasti mudah dan tidak rumit.