
Tidak semua orang berpeluang memiliki lebih dari sebuah rumah. Tetapi bagi yang bernasib baik, mempunyai rumah persinggahan juga merupakan salah satu kepuasan yang tidak ternilai.
Melihat kepada perkongsian dari Puan Nursabrina Zahari, rumah persinggahan nya yang terletak di utara tanah air ini telah diubahsuai daripada sebuah kediaman yang lama dan tidak sesuai untuk didiami menjadi sebuah rumah yang moden dan selesa. Menurut pemilik, transformasi ini hanya menelan belanja sekitar RM35k sahaja. Lihat saja perubahan menakjubkan rumahan awam kos rendah satu tingkat ini, sungguh drastik!
SEBELUM
SELEPAS
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pasang Sendiri Wainscoting “Double Frame”, Mudah Tapi Hasilnya WOW

Suatu ketika dulu, wainscoting hanya boleh dilihat pada dinding kediaman yang mewah sahaja. Tetapi sejak beberapa tahun yang lalu, ia telah menjadi trend yang boleh dinikmati oleh pelbagai golongan hidup. Evolusi wainscoting telah menjadikannya lebih mudah untuk didapati dan dengan harga yang jauh lebih murah.
Selain itu, cara pemasangannya yang tidak rumit juga telah menjadikan wainscoting sebagai salah satu elemen kegemaran buat pemilik rumah yang inginkan sesuatu yang lebih elegan. Ramai yang lebih memilih untuk pasang sendiri, yang penting hanya perlu teliti dan sabar.
Dalam perkongsian dari Pembekal Kayu Wainscoting ini, ada menunjukkan step-by-step memasang wainscoting pada dinding, khususnya jenis double frame dengan mudah. Jika ikut betul-betul, pasti ruang anda akan kelihatan jauh lebih menarik dengan karakter yang tersendiri. Mari kita cuba!
Bahan-bahan utk projek wainscoting double frame:
- kayu wainscoting (3pattern. 1 utk chair rail, 2 utk frame)
- gam kayu x-bond
- latex sealant
- masking tape
- cat
– jotun majestic putih
– jotun majestic turquoise kod 6084
Cara-caranya :
- Ukur keluasan dinding, rangka kedudukan kotak frame (bingkai frame) yg di perlukan
- Gap antara setiap bingkai frame antara 4-5 inci shj. (*Gap jgn terlalu besar, tak cantik)
- Pilih saiz kayu yg bersesuaian
- Potong kayu mengikut ukuran yang telah dilakar.. untuk mendapatkn sudut cantuman yang tepat bagi setiap sudut bingkai, gunakan mitrebox atau alat yang bersesuaian
- Cantumkan batang kayu menjadi bingkai
- Untuk gam bingkai ke dinding, perlu dibuat dengan teliti (supaya tidah senget)
- Selepas gam, ketuk sikit kayu untuk memastikan ia betul2 melekat dan lekatkan masking tape sementara menunggu gam kering
- Isi ruang kosong (rongga2 kosong) antara bucu wainscoting dengan filler untuk nampak cantik dan kemas
- Cat keseluruhan dinding & kayu, untuk tampak lebih ‘elegant’ dan mewah gunakan cat jotun majestic sheen (kilat)
- Semoga bermanfaat. Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sebelum Beli Perabot, Ada Perkara Penting Kena Tahu, Barulah Tak Menyesal

Sebelum beli perabot, ada perkara penting kena tahu, barulah tak menyesal. Membeli perabot memanglah sesuatu yang menyukarkan. Kadangkala apabila berada di kedai perabot pasti anda menjadi rambang mata dengan pilihan-pilihan pelbagai reka bentuk perabot yang ditawarkan.
Oleh itu, bagi memudahkan anda untuk membuat pilihan dalam membeli perabot, anda boleh ikuti LIMA perkara ini.

1. SAIZ RUANG
Jumlah perabot dibeli dan dihias perlu berpadanan dengan saiz ruang. Bagi ruang sempit, pilih perabot jenis pelbagai guna, mudah dibuka dan dipasang semula. Contohnya sofa bed amat praktikal untuk kegunaan tetamu yang bertandang.
2. PENGGUNAAN RUANG
Pemilihan perabot haruslah sesuai dengan umur, saiz dan ketinggian penggunaan ruang. Bagi ruang yang dikongsi, keperluan setiap penggunaan harus dititik beratkan. Contohnya rak tinggi, berkaca serta perabot berbucu tajam tidak sesuai untuk ruangan kanak-kanak.

3. PEMILIHAN WARNA
Perabot selalunya datang dengan variasi warna. Pilih warna perabot bukan sekadar mengikut faktor warna kegemaran, tetapi juga warna cat dan kemasan ruang, serta konsep perabot lain. Bagi ruangan kanak-kanak atau ruangan yang diguna lasak, pilih warna perabot yang tidak mudah dikotori.
4. KETAHANAN DAN JANGKA HAYAT
Ambil kira juga faktor ketahanan perabot tersebut terutamanya perabot seperti katil, sofa dan meja makan yang kerap digunakan. Begitu juga dengan rak yang menempatkan barangan berat seperti koleksi buku, pinggan mangkuk dan perhiasan kaca.

5. BAJET
Kenal pasti berapa anggaran perbelanjaan anda bagi setiap ruangan yang ada. Jangan pula terlebih berbelanja pada sesuatu ruang dan tidak cukup perbelanjaan untuk ruangan lain. ukur dan buat perbandingan harga barang dan ketahanannya. Biarlah alah membeli, menang memakai.
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Anda ingin tak memiliki set sofa yang cantik keluaran jenama Ella Furniture?
Jom sertai peraduan rakam video dan menang Ella Furniture. Anda berpeluang untuk memenangi set sofa bernilai RM12,000!
Bagaimana caranya? Mudah sahaja! Follow akaun tiktok rasmi Impiana dan Ella Furniture sekarang.
Rakamkan video berdurasi 1 minit mengapa anda mahukan set sofa baharu dari Ella Furniture.
Muatnaik rakaman video tersebut di akaun TikTok, Instagram atau Facebook peribadi anda.
Jangan lupa untuk tag Impiana dan Ella Furniture berserta hashtag #EllaXImpiana #EllaXSelebriti
Makesure akaun media sosial peribadi anda disetkan mod public! Sertai sekarang!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
4 Petua Ringkas Pastikan Kediaman Kekal Wangi Dan Selesa Didiami

Kebersihan kediaman tidak seharusnya dipandang remeh kerana terdapat pelbagai aspek yang dipengaruhi oleh tahap kebersihan rumah. Ia juga secara tidak langsung dapat mencerminkan identiti pemilik dengan mempamerkan kekemasan dan kebersihan kediaman mereka.
Seseorang yang tidak menitikberatkan tentang kebersihan kediaman sudah tentunya akan dipandang sebagai seorang yang pemalas atau pengotor. Jadi, buatlah pilihan yang bijak dan elakkan daripada tergolong dalam kelompok pemilik yang tidak mementingkan aspek kebersihan kediaman.
Kali ini IMPIANA kongsikan 4 petua yang mudah dibuat untuk kediaman sentiasa dalam keadaan bersih dan segar.
1. Buang habuk melekat pada perabot
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.
Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
2. Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3. Wangikan Ruang Kediaman
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dgn mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir & kesemua perabot berfabrik disembur dgn padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4. Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit : nik zainah muhammad
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI