Pemilihan konsep moden industri untuk kediaman merupakan satu langkah berani yang diambil oleh pemilik kerana industrial merupakan trend estetik dalam reka bentuk dalaman yang mengambil ilham dari kilang-kilang lama dan kawasan perindustrian.
NAMA PEMILIK : Dr. Fayyad & Keluarga
LOKASI : Mayang Sari Nilai
JENIS KEDIAMAN : Rumah dua tingkat, corner lot
KELUASAN : 2600sqft
KONSEP : Modern Industrial
Dengan kos keseluruhan RM50k untuk melengkapkan renovasi, kediaman yang baru sahaja didiami selama setahun ini mengambil masa dua bulan untuk disiapkan sepenuhnya. Menurut juruhiasnya, Puan Faten Shahana, proses pemasangan wainscoting merupakan kerja yang paling mencabar baginya kerana dinding asal tidak rata dan banyak kekurangan.
Ads
“Pemilihan konsep dan tema perlu dibuat terlebih dahulu, sebelum memulakan kerja dekorasi. Gabungan warna yang sesuai jugak boleh membantu meng’enhance’kan seri sesuatu ruang.” kata Puan Faten lagi.
Cuaca mungkin boleh berubah-ubah, tetapi warna hijau sentiasa menjadi salah satu pilihan popular apabila tiba masa untuk mendekorasi semula kediaman. Warna yang sinonim dengan alam semulajadi ini merupakan simbol pertumbuhan, keharmonian, kesegaran, dan kesuburan. Dari sudut hiasan dalaman, warna hijau sentiasa boleh diguna pakai tidak kira apa gaya dan bajet anda. Bermacam pecahan warna hijau yang kita pernah dengari contohnya, hijau pucuk pisang, hijau zaitun serta hijau lumut. Dengan pilihan yang luas ini anda hanya tinggal pilih mana satu yang sesuai dengan ruangan anda. Satu fakta menarik, mata manusia boleh membezakan warna hijau lebih banyak berbanding warna-warna yang lain. Hebat kan?
Walaupun begitu, janganlah terlalu ghairah menghias dengan warna hijau tanpa meletakkan sebarang limitasi kerana jika keterlaluan sakit juga mata nak melihatnya. Jadi jika anda sedang memikirkan bagaimana untuk menghiasi kediaman dengan warna hijau, anda telah datang ke tempat yang betul. Sudahkah anda bersedia untuk membawa makna baru pada kediaman dengan idea-idea reka bentuk menarik digabungkan bersama warna hijau yang menawan.
Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk dibawa ‘masuk’ ke dalam rumah kerana ia adalah warna yang melambangkan keseimbangan dan keharmonian. Ia juga warna yang memberi tenaga dan menjanjikan pembaharuan. Untuk benar-benar menikmati kesan positif warna hijau ini pada interior anda, pilihlah warna hijau yang bersesuaian dengan mood yang ingin dikecapi.
RUANG TAMU
Cukup hanya dengan memfokuskan kesebuah perabot kerana dalam ruangan ini ia mampu menjadi tumpuan dan juga sebagai focal point ruang tamu. Biarkan dinding polos tetapi berkarakter bagi mendapatkan latar belakang yang sempurna. Lengkapkan gaya ruang tamu dengan memilih aksesori seperti pasu dan tumbuhan botani agar lebih menyerlah dan nyaman.
RUANG MAKAN
Langsir hijau digantung buat penambah seri ruang makan yang dipenuhi warna-warna neutral kayu. Tumbuhan hijau dalam vase kaca yang polos diletakkan diatas meja sebagai aksesori tambahan.
DAPUR
Dua rona hijau digabungkan pada kabinet dan dinding dapur. Aksesori dan kemasan putih buatkan dapur nampak lebih rapi serta menjamin kesegaran yang mampu bertahan seiring trend semasa.
Kabinet hijau dengan counter top putih amat sepadan digandingkan dengan pemegang berwarna emas. Selain itu karpet oriental vintaj dihamparkan memberikan lebih tekstur pada dapur anda.
BILIK TIDUR
Bilik tidur memerlukan aura yang menenangkan serta nyaman dan ia memang mudah untuk dicapai sekiranya anda mengambil kira penggunaan warna hijau. Kepala katil hijau baldu ini di neutral kan dengan meja sisi kayu dan pasu berbelang hitam putih.
BILIK MANDI
Umumnya, tandas atau bilik mandi adalah tempat yang terkecil dalam keseluruhan rumah. Jadi ia merupakan ruang yang paling sesuai buat anda yang ingin bereksperimentasi dengan warna. Warna hijau digabungkan dengan dinding bata merah dibiar kasar agar tampak jelas kontras antara dua permukaan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Peti sejuk yang sentiasa tersusun dan kemas bukan sekadar memudahkan anda untuk mencari barang keperluan, Malah ia memberi ruang simpanan yang secukupnya. Jika bijak, ruang simpanan tambahan dapat disediakan. Namun, untuk memastikan peti sejuk anda sentiasa tersusun rapi bukan lah sesuatu yang mudah. Berikut, beberapa idea praktikal, bajet dan mudah untuk memastikan peti sejuk anda tersusun rapi
1. BEKAS MAKANAN CEPAT LUPUT
Sediakan satu bekas atau ruang untuk anda letakkan barang-barang atau makanan yang cepat rosak atau tarikh luput singkat. Lebih mudah, Label kan pada bekas tersebut “EAT ME FIRTS”. Langkah ini dapat mengelak dari berlakunya pembaziran
2. “LAZY SUSAN” DALAM PETI SEJUK?
Dengar seperti mustahil kan? tapi ia salah satu ida yang bernas untuk memastikan makanan dalam botol atau tin mudah dicari. Susun botol atau tin yang tinggi di bahagian tengah dan sebaliknya. Bila mencari makanan, anda hanya perlu pusingkan lazy susan tersebut. sebaiknya cari lazy susan bersaiz kecil untuk ruang yang lebih optimum
3. BEKAS TELUR UNTUK SUSUN BOTOL
Botol mayonis, madu, sos yang direka bentuk di dalam botol terbalik atau upside down agak sukar disusun di dalam peti sejuk kerana ia mudah jatuh. Penyelesaian terbaik adalah gunakan bekas atau kotak telur sebagai wadah untuk memastikan botol-botol tersebut tidak mudah jatuh
4. DIY BEKAS SIMPANAN MAGNET
Dapatkan lembaran magnet yang boleh didapati di kedai hardware dan tampalkan pada bekas yang sesuaia. Kaedah ini hanya sesuai untuk bekas yang kecil dan tidak terlalu berat. Kebiasaanya, bekas magnet tersebut dijadikan sebagai wadah simpan herba-herba kering
5. RAK GANTUNG DALAM PETI SEJUK
Guna sebaik mungkin ruang kosong yang terdapat di dalam peti sejuk. Rak lantai telah penuh, namun masih terdapat kelompongan di bahagian atas. Apa kata, makanan yang berkampit di susun pada bahagian tersebut menggunkan klip kertas atau klip langsir
6. BAKUL GANTUNG
Beli bakul dinding atau bakul gantung yang selalu digunakan sebagai bekas berus gigi di dalam tandas sebagai ruang simpanan tambahan di dalam peti sejuk.
7. BEKAS SUSUN FAIL
Jika terdapat bekas susun fail dari plastik yang tidak digunakan, jadikan ia sebagai ruang simpanan untuk makanan ringan, buah dan sebagainya di dalam peti sejuk.
Sumber: www.simplyss.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Proses renovasi dapur merupakan salah satu perkara yang paling merumitkan. Sama seperti tandas atau bilik air, ruang dapur memerlukan ketelitian pada kemasan sesuai dengan aktiviti. Sistem perpaipan sanitari jugaperlu dititikberatkan supaya tiada sebarang kesulitan yang boleh berlaku dimasa hadapan. Selain ituj konsep sesebuah dapur juga perlu seiring dengan fungsi dan penggunaannya agar lebih mudah untuk pemilik menyelenggara dapur kediaman.
Konsep rustik mempunyai peminatnya yang tersendiri. Konsep ini mempunyai ciri-ciri seperti penggunaan bahan semulajadi yang lebih sesuai dibiarkan raw dan tanpa kemasan. Kayu palet pula merupakan salah satu jenis kayu yang paling mudah dan murah anda boleh dapati. Jom tengok beberapa inspirasi dan idea untuk kabinet dapur menggunakan kayu palet.
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.