Kita selalu berfikir, hanya dinding televisyen kita menjadi kawasan menempatkan televisyen, kita akan menempatkan segala macam gambar dan hiasan yang lain bersama televisyen. Mungkin dari aspek visual ia nampak cantik tersusun. Tetapi soalnya kini di mana mata kita mahu difokuskan? Segala visual ditempatkan dalam satu tempat dan umpama merebut perhatian kita. Mana tempat untuk kita beri tumpuan?
Dinding televisyen sewajarnya dihias secara minimum. Pereka yang peka selalunya menempatkan televisyen dan sistem penstoran kemas agar ruang yang ada dapat dimanfaatkan tanpa mengganggu tumpuan kita menonton.
Seperti biasa anda boleh merancang kedudukan televisyen berdasarkan pelan lantai. Jadi ukur kedudukan televisyen anda berdasarkan tempat duduk anda. Ini adalah kerana ada di antara kita yang suka duduk di lantai, hanya bantal besar di rumahnya.
Ada juga yang gemarkan sofa lembut yang agak mendap apabila diduduki dan ada juga yang suka sofa yang agak tinggi sedikit seperti sattee. Jadi pastikan bahagian tengah televisyen berada di kedudukan aras mata kita.
RINGKAS DAN KEMAS. RAK BINA DALAM YANG CANTIK UNTUK MENEMPATKAN PELBAGAI BARANG PENTING DAN HIASAN MINIMUM. TELEVISYEN NAMPAK LEBIH SELESA DITONTON,
Ads
GAYA SEDERHANA NAMUN PRAKTIKAL. POTONGAN KABINET TERTUTUP BAGI MENEMPATKAN SEGALA KEPERLUAN DAN DITUTUP KEMAS AGAR TIDAK MENGGANGGU FOKUS TONTONAN TUAN RUMAH.
IDEA MODEN DENGAN KEMASAN RINGKAS DAN KABINET POTONGAN MINIMUM DAN BIJAK MENYEMBUNYIKAN BARANG AGAR TIDAK MENGGANGGU PANDANGAN.PILIHAN WARNA GELAP MEMBANTU MENYERLAHKAN LAGI VISUAL TELEVISYEN.
Ads
SENTUHAN MODEN. TEMA JIMAT RUANG DAN MENGELAKKAN KEMALANGAN KECIL MENJADI INSPIRASI. SESUAI UNTUK PEMILIK RUMAH KECIL.
ALAHAI COMELNYA. SUAI PADAN DAN KITAR SEMULA BARANG MENJADIKAN DINDING INI SEPERTI RUANG PAMER PRODUK DEKOR YANG CANTIK. TIDAK BANYAK BARANG , SEMUANYA DI SIMPAN DI DALAM KABINET TERTUTUP, ADA ELEMEN HIDUP DAN PEMILIIHAN WARNA LEMBUT MEMBERI KESELESAAN PANDANG PADA RUANG KECIL INI.
Ads
REKAAN BIJAK DAN KEMAS. WARNA PUN MENARIK DAN MUDAH UNTUK DIJAGA SERTA MEMBERI KESELESAAN PADA TONTONAN JUGA CUKUP BERGAYA. SAMA PULA WARNA KAYU DENGAN KULIT KERUSI BARCELONA TU…MENARIK…
CLEAN CUT. IDEA SIMPLE YANG BOLEH DIIKUTI OLEH SEMUA PEMILIK KEDIAMAN. KEBANYAKAN KABINET BINA DALAMNYA PULA TERTUTUP KEMAS DAN TIDAK MENGGANGGU PANDANGAN.
IDEA KEMAS DAN TERSUSUN. BUKAN SAHAJA REKAAN DIBUAT SECARA HORIZONTAL TETAPI VERTICAL. IA MENYERLAHKAN NILAI ELEGAN SEBUAH RUANG YANG PADA DASARNYA SIMPLE DAN KOSONG. BAHAGIAN TELEVISYEN KEKAL DIKENAKAN DENGAN RONA GELAP.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Perlukah Kita Memasang Hiasan Air di Rumah dan Bagaimana untuk Membuat Pilihan Terbaik?
Ubah persekitaran kediaman anda dengan hiasan air yang menenangkan untuk suasana Zen di rumah.
Air sememangnya sesuatu yang penting bagi semua bentuk hidupan, tetapi tahukah anda bahawa air juga merupakan elemen positif yang melambangkan peredaran, kebijaksanaan, kemurnian, keberuntungan, kekayaan dan banyak lagi maksud simbolik yang lain?
Meskipun dengan kesan evolusi budaya sepanjang zaman, pemahaman yang kekal dan masih diterima orang ramai adalah bahawa pembinaan hiasan air mampu mengalirkan tenaga positif masuk ke rumah. Di samping makna simbolik ini, pembinaan hiasan air juga semakin popular sejak kebelakangan ini oleh kerana faedah yang diberikannya. Salah satu daripada banyak kelebihannya termasuk fungsinya sebagai sistem penyejukan cekap tenaga yang semula jadi untuk rumah, terutama bagi kita yang berada dalam iklim tropika sepanjang tahun. Baik di dalam atau di luar rumah, kawasan di mana hiasan air dibina akan mewujudkan suasana sejuk dan nyaman.
Hiasan air di rumah bukan hanya mewujudkan suasana yang menenangkan dan aman di kediaman, ia juga membantu melenyapkan tenaga negatif daripada kehidupan harian kita. Waktu PKP yang telah memaksa kita tinggal di rumah sudah tentu mengakibatkan detik-detik negatif terutamanya apabila kita perlu menyesuaikan diri dengan konsep bekerja di rumah dimana kita perlu menumpukan perhatian sambil mengabaikan sebarang gangguan. Oleh itu, ianya penting untuk kita memastikan persekitaran di rumah kekal aman dan damai demi fikiran yang tenang apabila berada di rumah. Penambahan hiasan air di rumah adalah satu pilihan yang bijak kerana penyelidikan telah menunjukkan bahawa terapi bunyi mampu menenangkan jiwa dan bunyi aliran air merupakan salah satu bunyi yang mampu meningkatkan daya perhatian seseorang.
Ramai yang mungkin inginkan hiasan air di kediaman mereka namun mungkin teragak-agak kerana pada anggapan umum, hiasan air hanya boleh dibina di luar rumah atau memerlukan kawasan tanah yang besar. Sebaliknya, hiasan air boleh dimasukkan ke dalam rumah yang kecil seperti kondominium untuk mendatangkan aura alam yang menenangkan. Dengan perancangan yang teliti dan pemilihan hiasan air yang sesuai, anda boleh menikmati banyak kelebihan tanpa mengeluarkan wang yang banyak!
1. Kenal pasti tempat yang ‘sempurna’
Aspek pertama dan paling penting yang harus dipertimbangkan ketika memasang hiasan air adalah ketentuan lokasi yang sesuai di rumah, kerana pemilihan ukuran, reka bentuk dan bahan hiasan air bergantung pada lokasi yang dipilih. Kenal pasti ruang yang tidak terpakai di rumah anda, sama ada di sudut belakang, di bawah tangga, atau di atas meja untuk menyemarakkan suasana yang tenang tanpa perubahan yang terlalu besar yang mungkin mengganggu rutin harian anda. Selain itu, untuk memastikan kebersihan air, pastikan anda mencari lokasi yang selamat dan mempunyai sumber elektrik supaya anda tidak perlu menarik kabel sambungan dengan terlalu panjang!
2. Pilih hiasan air yang sesuai dengan reka bentuk dalaman dan penggunaan anda
Setelah mengenal pasti lokasi yang sesuai, anda boleh mula memilih hiasan air kesukaan anda! Ada pelbagai jenis hiasan air yang ditawarkan di pasaran dan anda boleh memilih yang paling sesuai dengan ruang dan penggunaan anda. Beberapa jenis hiasan air yang boleh diletakkan di rumah termasuk air pancut dinding, dinding air, air pancut lantai dan air pancut yang boleh diletakkan di atas meja. Sebagai contoh, anda boleh mengganti hiasan dinding dengan air pancut yang dipasang di dinding yang tidak akan mengambil ruang yang banyak. Selain sebagai hiasan, hiasan air seperti dinding air dapat digunakan sebagai pembahagi ruang untuk memisahkan ruang di rumah dengan cara yang unik dan artistik. Air pancut yang boleh diletakkan di atas meja adalah pilihan yang paling sesuai bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lebih kecil dan ia tidak memerlukan banyak usaha untuk menyelenggara. Ia juga lebih mudah untuk dipasangkan pada harga berpatutan berbanding pilihan lain.
3. Pilih bahan yang sesuai untuk hiasan air anda
Bagaimana anda mementingkan pemilihan perabot atau hiasan yang sesuai dengan reka bentuk dalaman rumah, begitu juga pentingnya untuk anda memilih bahan yang sesuai untuk hiasan air anda demi keselamatan dan kemudahan penyelenggaraan. Hiasan air biasanya diperbuat daripada bahan yang berat seperti porselin, batu, marmar, gentian kaca, seramik, logam dan lain-lain. Oleh itu, ianya penting untuk membuat pilihan yang sesuai dengan reka bentuk kediaman anda untuk memastikan keselamatan. Sebaiknya berjumpalah dengan pakar atau penyedia perkhidmatan untuk menilai tahap keselamatan lokasi pilihan untuk memasang lekapan. Walaupun anda memilih hiasan air yang kecil untuk diletakkan di atas meja, pastikan meja anda cukup kukuh untuk menahan berat lekapan.
4. Pastikan air terus mengalir dan jaga kebersihan persekitaran air
Ramai yang mungkin ragu-ragu untuk membina hiasan air di rumah kerana ia memerlukan masa untuk membersih dan menyelenggara, terutama bagi mereka yang ingin memelihara ikan kerana makanan ikan dan sisa yang dihasilkan akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Untuk memastikan air mengalir secara berterusan, anda memerlukan pam bersesuaian untuk memastikan aliran air yang cantik dan lancar sambil mengelakkan percikan yang tidak diingini yang akan menyebabkan kerosakan
pada lantai dan perabot berdekatan. Encik Koo Zao Cheong, Pengurus Pembangunan Serantau Waterco mengatakan bahawa pemasangan hiasan air bukanlah satu prosedur yang rumit dan mahal jika peralatan yang sesuai dipasang dengan betul pada awalnya.
“Ada orang mengalami masalah dengan hiasan air mereka setelah jangka waktu tertentu mungkin berpunca daripada beberapa sebab, salah satunya dan yang paling umum adalah peralatan yang dipasang mungkin tidak tepat untuk penggunaan hiasan air mereka. Contohnya, ukuran pam yang dipilih akan menentukan aliran air yang diingini, atau justeru akan menyebabkan air memercik ke mana-mana dan membazirkan air,” kata Encik Koo.
“Apa-apa yang berkaitan dengan air dan elektrik mesti dikendalikan dengan berhati-hati. Oleh itu, jika penyelidikan dilakukan dengan tepat, sesiapa pun boleh memiliki hiasan air yang mengalir lancar di rumah mereka.”
Untuk memastikan aliran air yang baik dan masa pembersihan yang paling minimum, pastikan anda memilih pam berkualiti tinggi dan cekap tenaga seperti jenama Waterco (syarikat penyedia penyelesaian sehenti yang terkemuka untuk persekitaran air yang selamat dan sihat). Pilihan ini bukan sahaja dapat membantu menjaga persekitaran air untuk kekal sihat dan selamat, ia juga akan mengurangkan kos elektrik untuk penggunaan pam sepanjang hari.
Tak kira saiz rumah anda, pemasangan hiasan air sudah terbukti bukanlah sesuatu yang sulit asalkan anda memahami ruang dan keperluan kediaman anda. Sama ada anda memilih air pancut berskala besar di halaman rumah atau lekapan kecil untuk diletakkan di atas meja, mulailah merancang untuk membawa suasana semula jadi dan menenangkan untuk diri anda dan juga untuk yang tersayang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dengan teknologi yang berkembang maju, perkakasan rumah pun tidak terkecuali menerima arus itu. Boleh di katakan, setiap hari ada sahaja perkakasan rumah yang diperbaharui dengan pertambahan teknologi. Pembaharuan atau suntikkan teknologi mempu mempermudah dan melancarkan lagi tugas-tugas si ibu dalam menguruskan rumah tangga. Sedikit sebanyak, ia menjadikan sesuatu kerja itu lebih efisien.
Antara perkakasan rumah yang menajdi idaman wanita adalah seperti berikut:
1. Air fryer
Sejenis periuk yang digunakan untuk menggoreng tanpa menggunakan minyak. Periuk ini hanya menggunakan kitaran angin panas. Hasilnya, ayam, ikan, nuget atau sebagainya yang digoreng mempunyai hasil lebih kurang sama sahaja dengan kaedah menggoreng konvensional yang menggunakan minyak. Malah hasilnya lebih berkualiti dan tidak berminyak. Namun ia bergantung kepada jenis air fryer yang digunakan. Bila dah dengar tanpa minyak, mesti orang yang tengah diet lebih tertarik. Betul tak?
Iron konvensional banyak isu sebanrnya. Selain perlu memperuntukkan lebih masa menggosok, baju hangus pun menjadi antara isu utama. Dengan steam iron, tak kesalah jenama apa pun ia mampu mempercepat dan memudahkan anda menggosok baju. Sebaiknya, cari steam iron yang boleh gosok sekali 2 lapis maksudnya bahagian depan dan belakang. Ha, kan dah jimat masa.
3. Multi cooker
Ini pun antara kitchen appliance most wanted. Sesuai untuk pelbagai jenis tujuan masakkan sama ada mengukus, memanggang, membakar merebus dan sebaginya. Yang paling best fungsi periuk tekanan. Nak buat rendang, sup tulang dan sebagainya yang kebiasaanya perlu epruntuk 3-6 jam tempoh masak, hanya guna multi cooker ni dalam tempoh 1 jam pun dah boleh siap.
4. Bread maker
Bagi anda yang suka membakar, bread maker antara item must have di dapur anda. Masuk je semua bahan dan tetapkan fungsi, cukup masa roti sedia di hidang. Tak perlu menguli dan memerap. Selain membuat roti, denagr kata mesin bread maker ni ada kegunaan lain. Ada yang boleh buat dodol, yogurt, ais krim dan sebagainya. Namun ia bergantuk kepada jenis bread maker. Tapi ramai yang kelihatan bila dah dapat mesin ni jadi hangat-hangat tahi ayam je. Awal-awal je rajin membuat roti. Lama-lama terbengkalai je mesin tu
5. Dryer
Bagi anda yang duduk apartmen, ini antara item wajib ada untuk memudahkan kerja-kerja mencuci baju anda. Jika tak, habis semau ruang di dalam rumah menjadi tempat menggantung pakaian. Semaknya lah mata tengok. Betul tak? Namun dengan mesin dryer ni, Selesai mencuci pakaian terus masukkan ke dalam mesin pengering. Dah siap. Sedia untuk dilipat atau digantung terus
6. Slow juicer
Berbanding mesin pemerah jus yang bersaiz besar dan bising, slow juicer mempunyai saiz kompak dan menjimatkan ruang. Selain itu juga, slow juicer ni mempunyai sitem yang lebih cekap di mana ia mampu mengekstrak keseluruhan jus dari buah malah mengawal kualitinya dengan baik. Namun di pasaran terdapat slow juicer yang dihadirkan dengan kegunaan lain seperti pemotong atau penyagat dan sebagainya
7. Ice cream maker
Ice cream maker tidak kurang hebatnya. Tanpa perlu di masukkan diruang sejuk beku, ais krim anda boleh siap dalam tempoh yang sekejap sahaja. Paling menarik, anda boelh design sendiri Ais krim mengikut cita rasa anda. Sama ada menggunakan puri, susu dan sebagainya. Ada ice cream maker yang disertakan dalam bread maker. kalau anda nak jimat, cari breadmaker yang mempunyai eplbagai fungsi termasuk untuk hasilkan ais krim
8. Air purifier
Alam semakin tercemar . Lebih lagi bagi anda yang tinggal di tengah bandar. Bagi anda penghidam asma dan sensitif terhadap pH dan kualiti udara. Ini antara perkakasan yang dapat membantu anda. Selain itu juga, ia mampu mengurangkan kadar habuk di dalam kediaman anda. Oleh itu, tuga-tugas mengemas habuk tu dapat dikurangkan.
9. Kitchen hood
Dengan pasaran sekarang, memang sukar untuk mencari rumah yang mempunyai saiz ideal terutamnya untuk kos rendah dan murah. Tambahan, kebanyakkan rumah apartmen kedudukan dapur terletak di bahagian hadapan kediaman dan tidak mempunyai saliran pengudaraan yang baik. Jadi, bila masak wap-wap tue berselerakkan di dalam rumah termasuklah ruang tamu. Lama kealmaan, bau-bau masakan tadi melekat pada fabrik dan mengambil masa yang lama untuk hilang. Jadi, bagi anda yang emmpunyai kondisi kediaman seperti yang dinyatakan, kitchen hood adalah antara item wajib.
10. Steam cleaner
Ini antara item yang tak berapa orang nampak sebab masih tak banyak terdapat dipasaran. Namun ini antara perkakasan yang amat membantu ibu-ibu mengemas dan membersihkan kediaman. Apa tugas steam cleaner ni? Ia seperti vacuum. Digunakan untuk mencuci mencuci karpet, sofa, celah-celah jubin lantai pun boleh. Ada juga vacuum yang disertakan dengan sistem steam cleaner
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tertarik dengan rumah yang terletak di Petaling Jaya ini fasad kediaman ini diberi konsep lestari. Kediaman lama ini yang diubah menjadi tempat uji progresif untuk inovasi reka bentuk, penyelidikan & pengembangan, dan percubaan idea dan prinsip yang terus dikembangkan.
Melihat bahan binaan yang digunakan dalam menghasilkan sebuah rumah berkonsepkan lestari atau sustainable house ini banyak meyerapkan bahan yang kurang karbon dan bahan semula jadi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.