Projek DIY Dekor ‘POWDER ROOM’ Kos RM600, Konsep English Classic Terus Naik Seri!
“Powder room” ialah istilah dari bahasa Inggeris merujuk kepada bilik air kecil yang biasanya hanya mempunyai tandas dan sinki, tanpa tempat mandi. Ia sering digunakan untuk tetamu dan biasanya terletak berhampiran ruang tamu atau ruang makan. Ia juga merujuk kepada tandas tetamu atau bilik air kecil.
Walaupun dengan keluasan kecil, ruang ni cukup untuk:
✅ Tandas duduk
✅ Sinki kecil (wall-mounted atau pedestal)
✅ Cermin dinding
✅ Rak mini atau tempat tuala
Projek DIY Dekor Powder Room
Perkongsian daripada Faezahysoffini boleh dijadikan rujukan. Projek DIY dekor untuk ‘powder room’ di rumahnya berkonsep English Classic mengambil masa hanya 2 minggu untuk disiapkan. Daripada tandas biasa dengan dekor asas terus berubah wajah.
Semuanya dilakukan sendiri, daripada mengecat kemasan lantai epoxy, memasang ‘wallpaper’, menggantung cermin, memasang lampu, membuat frame wainscoating pada pintu, tingkap dan sebagainya. Hasilnya memang cantik dan berseri ruang di ‘powder room’ ini.
Project powder room🤍 2 minggu jugak nak siapkan sebab tunggu barang-barang lambat sampai, ada dari temu, taobao dan tiktok.
Ads
Saya ada baca risiko epoxy nie.. tapi tak semuanya akan jadi begitu. Ikut jugak kawasan dan area mana yang dibuat, macam saya buat di powder room ni. Jarang sangat main-main air ni kecuali membuang. Kalau kotor saya cuci je lantai tu. Andai kata beberapa tahun nanti terkopek saya remove dan pasang tiles baru.. simple!
Saya guna lampu jenis rechargeable,remote tu pakai bateri. Lampu pula macam-macam warna. Tapi saya tak guna la lampu liplap tu.. dah macam disko pulak😅 dah temanya English Classic kan, lampu warm je la. Cuma anak-anak saya je kalau masuk sini pakai liplap ni😆so sekarang ni powder room saya pula jadi salah satu tempat healing saya😄
IMPIANA: Terbaik hasilnya. Powder room ini terus naik seri dan berubah wajah hanya dekor sendiri je. Lebih puas hati bila dekor sendiri malah jimat kos.
Tak sangka, kacang walnut tinggi khasiat ini berupaya menghilangkan kesan calar pada permukaan perabot kayu. Caranya mudah sahaja. Hanya gosok lembut kacang walnut pada permukaan perabot yang calar dan lap dengan kain bersih. Namun, kaedah ini hanya sesuai untuk permukaan calar yang tidak dalam sahaja.
untuk ketahui caranya dengan lebih khusus, sila tonton video yang disediakan:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rakan mesra struktur kayu ni biasalah, Anai-anai. Walaupun anda menggunakan kayu atau papan terawat dan telah diberi kesaman pelindung anti perosak, bila sampai usianya, pasti anai-anai akan singgah. Namun, Atama Aaeman ada petua lama yang dipelajari dari bapanya untuk merawat kayu dari serangan sebarang perosak dan tahan lebih lama.
Saya kongsikan di sini petua mengawet kayu supaya tahan lama yang diajarkan oleh bapa saya seorang tukang rumah, tukang kayu dan pernah terlibat dengan industri kayu balak di Sarawak selama berpuluh tahun.
Teknik rawatan kayu ini sangat ekonomik. Saya hanya gunakan campuran ubat gegat (naphthalene) dengan minyak diesel. Sediakan bahan dalam kuantiti sesuai dengan jumlah kayu yang hendak dirawat. Biasanya seliter diesel cukup untuk 1 meter padu kayu. Saya gunakan sebungkus ubat gegat seperti dalam gambar untuk seliter diesel.
Ubat gegat ditumbuk halus sehingga menjadi tepung dan dilarutkan di dalam minyak diesel. Gunakan topeng pernafasan yang sesuai semasa penyediaan dan proses merawat kayu sebab wap naphthalene ini bahaya jika disedut berlebihan. Kayu yang hendak dirawat mestilah betul-betul kering. Campuran bahan tadi boleh disapu dengan berus atau penggelek cat, ataupun disembur ke atas kayu. Biarkan ia meresap ke dalam kayu dan keringkan. Jangan jemur terus di bawah matahari.
Setelah rawatan, kayu masih boleh diketam atau dilicinkan. Pastikan kayu sudah betul-betul kering dari kesan berminyak pada permukaan sebelum mengecat. Warna asal kayu tidak akan terjejas jika rawatan dibuat dengan betul. Kayu yang saya rawat dengan teknik ini terbukti tahan lama tanpa kesan kerosakan akibat cuaca, kulat mahupun serangga.
Bau ubat gegat akan kekal dalam isi kayu untuk tempoh bertahun-tahun walaupun kayu terdedah dengan cuaca panas dan lembap. Malah kalau naik ke atas syiling rumah saya yang rangkanya dibuat dengan kayu terawat ini kita akan hidu bau ubat gegat walaupun setelah lebih 5 tahun! Lipas, cicak, tikus dan serangga-serangga perosak memang tak berani dekat.
Gambar menunjukkan rak tempat isteri saya menanam bunga yang dibuat daripada kayu terawat dengan teknik ini. Selepas rawatan, kayu tersebut terbiar selama lebih 4 tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak bunga ini. Semasa memotong, bau naphthalene masih kuat dan kayu masih kekal elok. Rak bunga ini dah lebih setahun di situ tanpa dicat dan terdedah kepada cuaca di tepi pantai yang panas dan lembap, di atas tanah tanpa beralas.
Selepas dirawat, kayu-kayu ini terbiar selama lebih 4 tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak pasu bunga.
Contoh kayu terawet yang terbiar atas tanah selama 5 tahun dan diserang anai-anai. Kaedah ini tidak membunuh anai-anai tetapi kayu selamat dari dirosakkan. “Terowong” anai-anai dah penuh atas kayu tapi kayu masih elok di permukaan dan dalamnya masih macam baharu
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sudah ketandusan idea dekorasi yang menarik untuk ruang tamu di rumah anda? Pada masa sama, anda juga menghadapi masalah kekangan bajet yang terhad bagi menghasilkan dekorasi yang baharu untuk ruang tamu anda?
Jangan anda khuatir atau pun berasa bimbang, ini ada satu idea dekorasi menarik untuk ruang tamu rumah yang boleh anda lakukan. Apa kata, anda hasilkan sendiri rak hiasan di ruang tamu anda seperti ini.
Untuk menghasilkan rak hiasan seperti ini, apa yang menariknya anda tidak perlu pun untuk berbelanja besar dengan hanya menggunakan dua bahan sahaja iaitu batang ais krim dan ‘hot glue gun’ sahaja. Ini pastinya akan dapat menjimatkan wang poket anda.
Hanya dengan menggunakan kedua-dua bahan ini sahaja, anda boleh menghasilkan sendiri rak hiasan yang cantik dan menarik. Jadi, dengan adanya rak hiasan seperti ini, ruang tamu anda akan tampak lebih estetik.
Bagaimana caranya? Mudah sahaja, apa yang anda cuma perlu lakukan adalah lekatkan kepingan batang ais krim tersebut berulang-kali menggunakan ‘Hot Glue Gun’ mengikut ketebalan dan reka bentuk rak hiasan yang anda inginkan seperti contoh Hexangon. Selain Hexagon, anda juga boleh hasilkan ia dengan berbentuk empat segi (Square).
Selain itu, ada pelbagai pemilihan warna batang ais krim yang dijual di pasaran luar antaranya warna asli, merah, kuning, jingga dan macam-macam lagi. Jadi sebelum menghasilkan rak hiasan ini, anda pilihlah warna batang ais krim kesukaan anda!
Anda tidak tahu di kedai mana anda boleh mendapatkan barangan alat ‘Hot Glue Gun’seperti ini atau mahu pun batang ais krim tersebut? Jangan bimbang, anda boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Sila klik di sini.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!